IQNA

Licik tipu Muslihat tidak ada jalan dalam politik Islam

6:24 - August 28, 2022
Berita ID: 3101438
TEHRAN (IQNA) - Politik dalam Islam tidak bermaksud licik dan muslihat, tetapi piawaian etika, kebijaksanaan, keadilan dan perhatian terhadap tingkah laku yang sopan dianggap antara komponen utamanya.

Laporan IQNA; Hujjat-ul-Islam wal-Muslimin Naser Rafiei, pensyarah dan ahli fakulti komuniti Al-Mustafa, menyatakan beberapa perkara tentang politik Islam dalam sesi tafsir Al-Quran, yang boleh anda baca di bawah:

Konsep politik dalam Agama Islam sangat berbeza dengan dunia barat; Istilah logis Islami menyatakan;
ائمة ساسة العباد - Aimah saasatul ibaad- Para Imam adalah pemeneg hamba-hamba Allah, atau Pemimpin adalah penyelia umat dan ini jauh dari yang dikatakan oleh barat politik menolak agama.

Yang mesti dikatakan adalah Agama menolak politik yang tidak beragama, bak kata Imam Khomeini (ra); "jika seseorang memisahkan agama dari politik, dia tidak faham agama dengan betul dan tidak faham politik dengan betul."

Semua imam mati syahid kerana mereka berpolitik dan berkonflik menolak pemerintah zalim di zaman mereka, dan ini adalah bukti terbaik imam berpolitik, jika tidak, mereka hanya sibuk dengan ibadah yang tidak ada kaitan dengan pemerintah, mereka tidak akan teraniaya dan akhirnya mati syahid.

Menghormati hak orang adalah satu lagi ciri orang beriman. Janganlah kita beranggapan bahawa walau sebanyak mana pun kita licik tipu helah muslihat, sebagai ahli politik, tentu sebaliknya adalah contoh jual beli yang kurang baik, jual beli yang tidak adil, sedangkan orang yang mengambil beban dari bahu rakyat dan meringankan kesulitan orang, diceritakan dalam riwayat bahawa Tercatat baginya pahala 9 ribu tahun berbanding ritual ibadat.

Kita harus meneliti kehidupan para imam sebagai satu sistem dan tidak menonjolkan sebahagian daripada kehidupan mereka untuk pelicin tujuan politik kita.

Ketaatan kepada pemerintah yang adil adalah ciri lain orang mukmin berpolitik.

Di sini, berdasarkan riwayat Imam Maksum (as) bahawa menjadi Pemimpin yang Adil tidak hanya dibuat oleh para maksum bahkan orang biasapun boleh cekap berlaku adil.

Ciri ketiga orang politik ialah menghormati hak orang mati. Kita tidak boleh memfitnah dan menghina orang mati di belakang mereka, tetapi hendaklah kita memaafkan mereka dan memohon keampunan untuk mereka, kecuali orang-orang seperti Syamr dan Yazid, yang patut dilaknat terus-menerus.

captcha