IQNA

Mengenali Satu Budaya Hussaini bersejarah 200 tahun Tehran +Video

10:09 - September 03, 2022
Berita ID: 3101465
TEHRAN (IQNA) -Tekieh ialah tempat berkumpulnya para sufi atau maqam para syeikh sufi, atau tempat tinggal sementara mereka semasa dalam perjalanan, atau asrama percuma yang didiami oleh pengunjung di kota-kota yang mempunyai maqam agama atau slogan-slogan perjuangan yang biasanya berkaitan dengan Imam Hussain as, dan tempat mengadakan majlis belasungkawa atas kesyahidan beliau as bersama keluarga dan sahabat-sahabatnya as, yang juga dikenal dengan istilah Hussainiah.

Laporan IQNA; Istilah Tekieh atau Tukoyo dalam bahasa uruf budaya Farsi - تكيه  atau تکایا - dan Arab - التکیة - at-Takiyatu - adalah istilah  yang digunakan pada satu tempat yang dibangun untuk persinggahan musafir pelestari  perjuangan Agama yang identik sebagai menyambut panggilan Imam suci kenabian Islam SAW, yang dilhami oleh Firman Allah swt :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ

"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu." (Qs, Muhammad 47:7).

Sambutan pengukuhan ayat ini pada zaman-zaman setelah awal Islam yang sangat terkenal dikalangan pengikut sunnah Ahlulbayt baginda Rasulillah Muhammad SAW; adalah seruan al-Imam Hussain as di padang Karbala ketika jasad beliau diserang beramai-ramai oleh pasukan bertombak dan anak panah dan berada dalam kesendirian dengan suaranya menghimbau umat datuknya as;

"هَلْ مِنْ ذَابٍّ يَذُبُّ عَنْ حَرَمِ رَسُولِ اللَّهِ ص هَلْ مِنْ مُوَحِّدٍ يَخَافُ اللَّهَ فِينَا هَلْ مِنْ مُغِيثٍ يَرْجُو اللَّهَ بِإِغَاثَتِنَا هَلْ مِنْ مُعِينٍ يَرْجُو مَا عِنْدَ اللَّهِ فِي إِعَانَتِنَا"

"Adakah orang yang hendak lebur membela kehormatan Rasulillah SAW, adakah orang bertauhid yang takut terhadap Allah dalam urusan kami, Adakah orang mendambakan Allah melalui mendambai kami, adakah pembantu yang mengharapkan apa yang ada di sisi Allah melalui pertolongan kepada kami?".

Secara ringkasnya, kata-kata Imam Hussain (as) berdasarkan riwayat lain menyebut:

"هَل مِن ناصِر يَنصُرُنِي؟"

"Adakah penolong yang akan menolongku?"

Para pengikut sunnah Ahlulbayt as sentiasa menghidupkan tragedi Kesyahidan Imam Hussain as sebagai menyambut seruan suci ini dengan pelbagai cara dan budaya, salah satu budaya Hussaini yang masyhur adalah mendirikan tempat-tempat khusus untuk mengadakan upacara berkabung dan membangkitkan semangat untuk membela kesucian Islam dan para pahlawan yang telah merenggut kesyahidan demi tegakknya Agama suci Islam.

Tekieh atau Hussainiah menjadi satu tempat yang dibangun oleh masyarakat pecinta Ahlulbayt suci Nubuah baginda Rasulillah Muhammad SAW, berada di pusat-pusat kependudukan mereka.

Seperti di Republik Islam Iran memiliki pusat budaya ini yang menyebar di pelbagai kota, dengan usia berabad-abad, di Tehran terdapat Tekieh dengan usia mendekati 200 tahun seperti yang dicebis dalam tayangan video di bawah ini:

Tekieh Darband berusia 200 tahun adalah takeh terakhir di bahagian utara Tehran, yang hanya beberapa langkah dari gunung Darband. Sebuah Tekieh yang pengasasnya adalah penduduk tempatan.

Jalan Tuysarkani berhampiran Istana Saad Abad dari sisi pintu utara dikenali dengan Tekieh Darband. Tekieh yang dibangun hanya dengan tiang kayu pada mulanya, beberapa tahun kebelakangan ini telah dibangun lebih kukuh.

Dalam pembangunan Tekieh ini dilakukan secara derma setiap keluarga yang ada dipersekitaran, mereka membiayai setiap bilik yang ada di atas dewan Tekieh dan juga dipersiapkan bilik-bilik untuk khusus majlis wanita, yang dilindungi pagar atau langsir.

Jika tidak ada tempat untuk wanita duduk di tingkat satu, mereka pergi ke bilik-bilik ini dan menonton upacara dari atas. Upacara ini mungkin perkabungan sepuluh hari pertama Muharram atau peristiwa malam Arbain dan kewafatan Nabi SAW.

 

 

* Ada keunikan istilah tekieh ini, dilihat dari analisis sejarah linguistik kata "toko" dalam bahasa Melayu Indonesia yang berarti kedai, ada kemiripan makna yang dimaksud sama dipenuhi oleh barang-barang perniagaan, hanya sahaja Tekieh sebagai toko maknawi, yang membeli spritual agama untuk menerima pahala bayaran surga Allah swt secara ikhlas dan benar yang diilhami oleh budaya Hussaini.

4081423

captcha