IQNA

Tarikh perasmian Masjid terbesar Asiai tengah di Tajikistan

10:35 - February 05, 2023
Berita ID: 3102180
TEHRAN (IQNA) - Ketua Fakulti Hal Ehwal Agama, Tajikistan, mengumumkan masjid Jamek Dushanbe, akan diresmikan pertengahan tahun 2023.

Laporan IQNA, memetik Asia Plus Tajikistan; Suleiman Daulat zadeh ( سلیمان دولت‌ زاده) seorang ulama Kurdish, mengumumkan; Lawatan rasmi pejabat Qatar di Tajikistan telah diprogramkan, dan masjid ini, dengan penyertaan pihak berkuasa Qatar, akan dirasmikan.

Seperti yang dinyatakan oleh pihak pejabat Tajik; masjid ini menjadi masjid terbesar di Asia tengah, yang sebenar telah ditetapkan akan diresmikan pada Ogos 2020, tetapi penularan COVID- 19, menjadi tertunda.

Projek pembangunan bernilai 100 juta dolar dengan pantauan langsung Imam Ali Rahman, Presiden Republik Tajikistan, dan Qatar telah menyumbang kira-kira 70% daripada kos projek ini.

Masjid besar Dushanbe seluas 12 hektar mempunyai ruang yang luas, selain untuk menunaikan solat, perpustakaan, muzium, dan ruang mesyuarat.

Masjid ini akan mampu menampung 120 ribu jemaah solat. Tajikistan memiliki 2000 masjid, sebahagian daripadanya termasuk monumen bersejarah negara, dan 98 peratus, daripada 1.9 juta penduduk Tajikistan adalah orang Islam.

4119577

captcha