IQNA

Surah-surah Al-Quran (65)

Surah At-Talaq; Menjelaskan Hukum perceraian Islam

7:39 - March 08, 2023
Berita ID: 3102315
TEHRAN (IQNA) - Isu kekeluargaan dalam Islam telah diberi perhatian khusus dan bagi setiap ahli keluarga telah menyediakan peranan dan kewajipan yang khusus agar ahli keluarga dapat bersama-sama dengan penuh kasih sayang dan kemesraan, tetapi juga kepada suami dan isteri yang mempunyai perbezaan yang sulit untuk bersama lagi juga disediakan jalan penyelesaiannya.

Laporan IQNA; Surah ke-65 dalam Al-Quran disebut «طلاق» "Perceraian". Surah dengan 12 ayat ini diletakkan dalam juzuk ke-28. Surah ini, tergolong Madaniyah, adalah wahyu ke-99 yang diturunkan kepada Nabi (SAW).

Menamakan surah ini dengan nama «طلاق» talaq - adalah kerana ia merujuk kepada hukum-hukum pemisahan suami isteri antara satu sama lain dari sudut agama Islam. Lebih separuh daripada surah ini didedikasikan untuk topik ini.

Pada bahagian pertama Surah Talaq, hukum perceraian umum dibincangkan dengan amaran, ancaman, dan berita gembira, dan bahagian kedua, kebesaran Allah, kedudukan Nabi (SAW), pahala orang yang soleh dan azab untuk orang-orang fasik telah disebutkan.

فَإِذَا بَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَأَمْسِكُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ أَوْ فَارِقُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍۢ وَأَشْهِدُوا۟ ذَوَىْ عَدْلٍۢ مِّنكُمْ وَأَقِيمُوا۟ ٱلشَّهَـٰدَةَ لِلَّهِ ۚ ذَٰلِكُمْ يُوعَظُ بِهِۦ مَن كَانَ يُؤْمِنُ بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْـَٔاخِرِ ۚ وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجْعَل لَّهُۥ مَخْرَجًۭا

"Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik, atau lepaskan mereka dengan cara yang baik; dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu (semasa kamu merujukkan atau melepaskannya); dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata. Dengan hukum-hukum yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya)," (Qs,At-Talaaq 65:2).

Surah Talaq telah dianggap mengandungi peraturan umum tentang hukum perceraian (احكام طلاق) bersama dengan nasihat, ancaman dan berita gembira. Selain hukum-hukum yang berkaitan dengan perceraian, wanita yang diceraikan, serta hak-hak wanita hamil yang diceraikan, surah ini merujuk kepada nasib masyarakat dan umat terdahulu sebagai pengajaran untuk masa hadapan.

Surah ini juga berbicara tentang tauhid, kebangkitan, kenabian dan perihal orang yang bertaqwa, serta perintah bertaqwa dan bertawakkal kepada Allah adalah topik lain dalam Surah Talaq.

Dalam surah ini disebutkan nasib dua golongan; Pertama, ia berkaitan dengan orang-orang yang ingkar perintah Allah dan menerima hukuman yang berat, kedua, mereka yang, dengan beramal dan mengikuti para nabi, mendapat bimbingan Ilahi yang istimewa dan rahmat syurga.

captcha