IQNA

Asyura Husaini, penunjuk makna lebih jauh dari keterikatan kepada kehidupan dunia moden

19:26 - July 24, 2023
Berita ID: 3102909
TEHRAN (IQNA) – Kebenaran Asyura adalah jawapan kepada persoalan, berapakah harga kehidupan? Kita manusia mempunyai keterikatan, minat dan kebergantungan, dan mesej Asyura untuk manusia moden adalah hakikat bahawa terdapat makna di luar keterikatan dan tarikan kehidupan seharian yang mempesonakan ini.

Asyura adalah peristiwa pelbagai rupa. Atas sebab ini, sepanjang sejarah dan dalam situasi yang berbeza, ia sentiasa menjadi inspirasi dan tertakluk kepada tafsiran yang berbeza. Tetapi saya fikir kita harus membezakan antara kebenaran Asyura dari pelbagai manifestasinya.

Untuk memahami perbezaan ini, sudah cukup untuk memberi perhatian kepada pelbagai manifestasi kebenaran pelbagai rupa ini. 

Mencari syahid adalah salah satu aspek Asyura; Tetapi bolehkah mesej ini menentukan semua situasi kehidupan kita? 

Menurut Al-Quran, seseorang itu tidak boleh mahu mati. Menurut Al-Quran, kehidupan adalah dari roh Tuhan, ia adalah kebenaran yang ilahi dan berharga. Mengambilnya dari satu orang adalah seperti mengambilnya dari semua orang.

Selain kesan epik kesyahidan, Asyura juga punya aspek lain iaitu mengadakan rundingan dan dialog.

Diilhamkan daripada desakan Imam Husain (as) - (Seyyed al-Syuhada -سید الشهدا), untuk berunding dengan Umar Saad (عمر سعد) dan tentera Kufah supaya mencegah peperangan, mengapa kita tidak menganggap mengadakan Asyura itu bermaksud mencegah peperangan?
  
Kehidupan yang tidak bermakna dan ketiadaan kerohanian mengancam manusia zaman moden. Asyura pasti dapat memberi inspirasi kepada manusia moden dan memberi makna kepada hidupnya, sudah tentu dengan syarat kita memahami kebenaran Asyura dengan baik.

Kebenaran Asyura adalah jawapan kepada persoalan, berapakah harga kehidupan? 

Kita manusia mempunyai keterikatan, minat dan kebergantungan. Mesej Asyura untuk orang moden adalah mesej kerohanian; Bahawa ada kebenaran dan makna di luar keterikatan dan pesona kehidupan seharian.

Pada peringkat praktikal, akal moden adalah alasan yang tidak ada kaitan dengan kebaikan dan kebajikan, dan kemuncaknya adalah moral yang berorientasikan kewajipan atau keuntungan. Namun, jika hasil daripada akal moden adalah untuk mengosongkan kehidupan yang bermakna dan mengosongkan Tuhan dari kehidupan keseharian dan cuba mengimbangi kekosongan ini dengan perkara-perkara seperti etika kewarganegaraan, maka budaya Asyura juga cukup mampu untuk mengimbangi kekosongan yang disebabkan oleh akal moden dalam kehidupan dan memberi makna kepada kehidupan moden. Imam Husain (as) berkata:

 "Jika anda tidak mempunyai agama dan anda tidak takut hari kiamat, maka cukup jadilah manusia bebas di dunia anda". 

Bermaksud "kebebasan". Syarat pertama "kebebasan bagi seseorang adalah; "Pembebasan manusia untuk tidak menjadi hamba manusia lain - daripada perhambaan orang lain". Pada masa yang sama, seperti yang saya katakan, kita boleh mendakwa bahawa Kebebasan yang sebenar adalah yang disertai dengan "Pembebasan".

Apabila kita perhatikan pergerakan Imam Husein (as) dari Madinah ke Makkah dan kemudian ke Kufah, kita melihat hanya satu logika di dalamnya, iaitu Imam mahukan hak kebebasan untuk dirinya dan masyarakat dalam memberi taat setia dan mengundi, dan kebebasan untuk mengkritik kuasa pemerintah yang bercanggah dengan kebenaran. 

Hak untuk memperbaiki pendapat yang salah dan kebebasan dalam menolak berbaiat kepada orang yang zalim, untuk diri sendiri dan masyarakat serta membiarkan masyarakat bebas membuat keputusan tentang dirinya, adalah perkara utama yang selalu ditekankan oleh Imam sepanjang perjalanan dari Madinah ke Makkah dan dari Makkah ke Kufah.

Sudah tentu, syahid adalah salah satu manifestasi Asyura, tetapi lihat apabila syahid ini menjadi perlu menurut Imam Husain; di mana dan dalam keadaan apa anda mesti memilih Syahadah? 

Imam Husain (as) berkata, "Anak bajingan dan haram jadah ini telah membuat saya memilih antara dua perkara: antara pedang dan menyerah kepada penghinaan, dan biarlah ketundukan kepada kehinaan itu jauh dari kami".

Saya berpendapat kebenaran Asyura terletak pada kalimat ini dan hal-hal lain yang saya sebutkan sebelumnya adalah manifestasi dari kebenaran ini.

Dengan kata lain, adakah nyawa dan kebenaran manusia boleh dijual dengan harga yang murah untuk meneruskan kehidupan yang menghina tanpa sebarang maruah dan kehormatan? 

Asyura memberitahu kita bahawa kelompok Yazid menjual akhirat dengan harga dunia yang kecil. Dalam pengertian ini, Asyura adalah terjemahan Al-Quran.

*Petikan daripada temu bual Muhsen Armin (محسن آرمین), seorang penyelidik Al-Quran, bersama IQNA.

3647783

captcha