IQNA

Sempena memasuki bulan Rejab; Imam Ali Khamenei (HF);

Mari! Menggunakan peluang bulan Rejab

21:39 - January 13, 2024
Berita ID: 3103751
IQNA - Dalam salah satu saranan beliau (HF) mengenai penggunaan hari-hari yang berharga dalam bulan Rejab, Pemimpin tertinggi Revolusi Islam berkata: "Para tua-tua dan orang-orang yang berilmu dan orang-orang yang berakhlak « اهل سلوک» telah menganggap bulan Rejab sebagai permulaan bulan Ramadhan. Bulan Rejab, bulan Syaban, merupakan satu persiapan agar manusia dapat memasuki bulan suci Ramadhan - iaitu bulan bertamu Ilahi dengan keadaan siap sedia. Apa yang anda boleh bersedia? Pertama sekali, ia adalah kesediaan untuk memberi perhatian dan kehadiran hati «حضور قلب »".

Menurut IQNA; Sempena permulaan bulan Rejab, pangkalan maklumat Pejabat Pemeliharaan dan Penerbitan Karya Ayatullah Ali Khamenei (HF) menerbitkan pilihan cadangan dan kenyataan Pemimpin Revolusi Islam mengenai menggunakan peluang yang istimewa di bulan yang penuh barakah ini dengan lebih baik.

Orang tua-tua agama, orang yang berakal dan orang yang berakhlak telah menganggap bulan Rejab sebagai permulaan bulan Ramadhan. 

Bulan Rejab, bulan Syaban, merupakan waktu persiapan agar manusia dapat memasuki bulan suci Ramadhan - iaitu bulan perjamuan Ilahi dengan siap sedia.

Apa yang anda sudah boleh bersedia? 
Pertama sekali, ia adalah kesediaan untuk memberi perhatian kehadiran hati; menganggap diri anda di hadapan pengetahuan ilahi « فی محضر علم الهى», untuk berada di hadapan Tuhan yang Maha Suci; «سُبْحَانَ مَنْ أَحْصَى كُلَّ شَيْءٍ عِلْمُهُ»  yang Maha menghitung semua perkara pengetahuanNya"; untuk mempertimbangkan semua keadaan anda, pergerakan anda, niat anda, lintasan hati anda semuanya terdedah di hadapan pengetahuan ilahi; Ini adalah kesiapan yang pertama sekali dan penting; Dan jika ini tercapai, maka perhatian kita kepada tindakan kita, kepada kata-kata kita, kepada perjalanan dan pepergian kita, kepada diam kita, kepada apa yang kita katakan akan semakin meningkat.

Bulan Rejab adalah bulan pengampunan

Bulan Rejab adalah peluang yang baik; Ia adalah bulan untuk banyak berdoa, ia adalah bulan rayuan dan munajat serta bertawasul kepad insan-insan suci Ilahi untuk mengantar kita kepada kedekatan diri kepada Allah SWT, ia adalah bulan perhatian, ia adalah bulan memohon keampunan. 

Kita mesti sentiasa memohon keampunan. Tiada siapa yang patut menyangka bahawa saya terkecuali daripada pengampunan. Nabi (SAW) sahaja bersabda: 

و إنّي لَأستَغفِرُ اللّه َ في كُلِّ يَومٍ سَبعينَ مَرّةً
"Dan sesungguhnya aku memohon ampun kepada Tuhan sepanjang hari tujuh puluh kali." 

Nabi Allah sahaja memohon ampun sekurang-kurangnya tujuh puluh kali sehari. Pengampunan adalah untuk semua orang; Terutamanya kita yang tenggelam dan tercemar dalam gerakan dunia material ini. 

Pengampunan membersihkan dan menghilangkan sebahagian daripada pencemaran ini. Rejab adalah bulan pengampunan; Insyaallah mari kita rebut peluang baik ini. Kami mengucapkan tahniah kepada anda pada bulan ini. Insya Allah bulan ini akan diberkati untuk kami dan anda, dan mulai bulan ini apabila kita memasuki bulan Syaban, kita akan melakukan sebahagian daripada pekerjaan dengan kejayaan Allah*. 

Perhatian kepada tauhid dan keagungan ilahi

Salah satu ciri Doa bulan Rejab ialah: memperhatikan masalah tauhid, memperhatikan Allah, nama-nama dan sifat-sifat Allah. Bulan ini harus dihargai. Bulan ini hari pertamnya diberkati dengan kelahiran Imam maksum dari keluarga suci Nabi Allah iatu Imam Muhammad bin Jaafar al-Baqir (as). Penghujung bulan ini (iaitu tarikh 27 Rejab) diberkati dengan peristiwa terbesar dalam sejarah umat manusia iaitu dimulainya misi Islam Khatamun Nabiyyin, Rasulullah (SAW) - Hari Mab'ats «یوم المبعث» - Bi'tsatun Nabiyil akram.

Manfaatkan peluang mengadakan ibadah itikaf « اعتکاف»

Ini adalah bulan Rejab; Manfaatkan peluang ini, anak muda! Anda menggunakan lebih banyak dari peluang baik ini. Hatimu yang murni, jiwamu yang halus dan bercahaya bersedia untuk pancaran dan sinaran rahmat ilahi dan perhatian ilahi; Hargai peluang ini. Tradisi itikaf, pergi ke masjid, berpuasa, berdoa, mendirikan solat, khusyu dalam beribadah kepada Allah SWT.

Jadikan doa-doa bulan Rejab mengalir di hati dan lidah dengan mengerti maknanya

Hargai bulan Rejab; segala doa diterima di bulan ini untuk dipelajari sebagai pengajaran; Ia bukan sekadar berbelit di lidah. 

Jadikan doa-doa ini mengalir dalam hati dari lidah anda dengan kehadiran hati anda dan dengan pengetahuan kedalaman maknanya. 

Seandainya seorang muslim - muda dan tua, lelaki dan perempuan pada bulan Rejab dan kemudian pada bulan Syaban, menjadikan hubungannya dengan Tuhan Yang Maha Esa lebih lancar dan dekat, maka dia akan sampai ke bulan Ramadhan dengan penuh kesiapsiagaan. Maka bulan Ramadhan akan menjadi hari jamuan raya Ilahi baginya.

Bulan Rejab, bulan solat
Rejab adalah sebahagian besar sebagai bulan solat. Syaban kebanyakannya adalah bulan solat sekaligus puasa sunnah, dalam tiga bulan ini, gunakan apa yang anda mampu untuk simpanan kerohanian anda; Kerana ini bergantung pada semangat belia anda dan akan kekal untuk anda, semua dalam masyarakat apabila ada belia semangat mengadakannya ia akan kekal terkenang. Segala sesuatu yang bergantung kepada kebeliaan adalah pertama akan kekal dalam masyarakat, dan kedua ia sentiasa segar dan baharu.

Mata air doa dan permohonan bertawasul kepada Allah
Bulan Rejab adalah mata air untuk beribadah dan berdoa kepada Allah. Hari-hari ibadat ini - bulan Rejab, bulan Syaban dan lebih-lebih lagi, bulan Ramadhan - tidak boleh dipandang ringan.

Peluang untuk memperbaiki diri sepanjang tahun
Ada baiknya kita menggunakan peluang hari-hari yang penuh keberkatan di bulan Rejab ini untuk memberi perhatian kepada keharusan usaha dalam apa jua peringkat kita berada dan dalam apa jua kesibukan kita.

Hari-hari bertepatan dengan bulan Rejab; Bulan doa, bulan permohonan, bulan tawasul dan bulan penyediaan hati, insyaAllah untuk memasuki medan Ramadhan.

*(Kenyataan Pemimpin Revolusi tertinggi Islam dalam mesyuarat wakil Majlis Syura Islam tarikh 04/03/2018).

4193617

captcha