Laporan IQNA; Puan Zohi Balut «ضحی بلوط», yang menyertai bidang membaca bahagian wanita Pertandingan Al-Quran Antarabangsa Iran ke-40 dan merupakan salah seorang penulis buku "Sharifaat Alal-Thufaan" mengenai subjek kebangkitan Islam Palestin -Badai Al-Aqsa - Operasi Penentangan (طوفان الاقصی), bercakap dengan IQNA tentang sebab-sebab penulis bergabung dalam menulis buku ini, berkata: Sebab utama yang membuatkan saya turut serta dalam penulisan buku "Sharifaat Alal-Thufaan"; Tujuan buku yang diterbitkan oleh rumah penerbitan Beirut Innovation Society ini adalah untuk menyampaikan kepada orang ramai apa yang saya pelajari daripada ajaran Al-Quran dan agama Islam.
Kerana dinyatakan dalam hadis bahawa;
من لایهتم بامور المسلمین فلیس مسلم
"Orang yang tidak mempedulikan masalah orang Islam bukanlah orang Islam".
Beliau menambah: Juga, membantu yang hak dan kebenaran dan membantu orang yang tertindas adalah motivasi lain untuk menulis buku ini.
Penduduk Gaza berada di bawah pencerobohan rejim Zionis, pencerobohan kejam yang menyebabkan mereka dibunuh, dilukai, terlantar dan dipindahkan/diungsikan.
Saya berusaha dari segi memberi bantuan kepada orang yang ditindas / mazlum, sehingga saya memutuskan untuk menulis buku ini untuk menyampaikan mesejnya kepada dunia.
Mengenai keinginannya untuk memperkenalkan buku ini kepada khalayak Iran, Zohi Balut berkata: Sebenarnya saya berniat untuk membawa buku ini, yang mengandungi cerpen yang diceritakan oleh pelajar Lubnan dan saya ada cerita di dalamnya, ke Iran.
Kerana yang mempertemukan kita dengan Iran adalah prinsip Jihad dan menolong orang yang ditindas.
Zohi Balut menyatakan: Mujurlah dan dengan rahmat Tuhan, buku ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Parsi, dan saya ingin menyatakan bahawa buku ini telah disediakan dalam masa 10 hari sahaja, dan semua yang terlibat dalam penulisan, penomboran, dan reka bentuk muka depan serta penerbitan daripada buku ini adalah semua sukarelawan yang bekerjasama dengan rumah penerbitan Majmael-e-Bada'i «انتشارات مجمع الابداعی» dan tujuan menulis buku ini adalah untuk menyampaikannya kepada penduduk Gaza bahawa kami menyokong mereka.
Sambil menyatakan harapannya agar buku ini sampai kepada Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam, beliau berkata: Seperti yang saya katakan, buku ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Parsi dan insya-Allah akan sampai kepada pemimpin besar Revolusi Islam.
Saya berdoa agar ini berlaku; Kerana ini adalah pesanan dari kami kepada ketua revolusi (HF) dan pesanan dari kami kepadanya supaya kami berpegang pada janji yang kami buat. Sebagai pemimpin, Beliau memberi perintah dan kita patuh.
4201246