IQNA

Persiapan Makam Imam Husain (a.s) untuk Menyambut Upacara Perkabungan Tuwayrij

16:25 - July 05, 2025
Berita ID: 3106661
IQNA - Bahagian Penyelenggaraan dan Jentera di Astana Makam Suci Husaini mengumumkan bahawa semua pintu masuk Makam Imam Husain (a.s) telah siap sepenuhnya untuk menyambut kumpulan-kumpulan perkabungan yang akan menyertai upacara Tuwayrij «طویریج» pada Hari Asyura.

Laporan IQNA, memetik sumber dari Astana Makam Suci Imam Husain (a.s); Abdul Hasan Muhammad «عبدالحسن محمد», Ketua Bahagian Penyelenggaraan Makam Suci tersebut, berkata bahawa bahagian penyelenggaraan dan jentera telah menyelesaikan kerja-kerja penyediaan dan pembaikan semua pintu masuk utama bagi menyambut perarakan dan kumpulan-kumpulan jemaah yang akan mengambil bahagian dalam perkabungan Tuwayrij pada 10 Muharam.

Beliau menambah bahawa usaha ini telah dilakukan dengan penuh kesungguhan dan keazaman, serta berdasarkan bimbingan Syeikh Abdul Mahdi al-Karbala’i «شیخ عبدالمهدی الکربلایی», wakil Ayatullah al-Uzhma Sayyid Ali al-Sistani «آیت‌الله سیستانی», dan dengan sokongan serta pemantauan berterusan dari Setiausaha Agung Astana Makam Suci Husaini, Hassan Rashid al-Abayji «حسن رشید العبایجی».

Beliau menegaskan bahawa semua kerja-kerja persiapan ini telah diselesaikan dalam jangka masa yang luar biasa singkat berkat kerjasama erat antara bahagian penyelenggaraan dan jentera, yang mencerminkan semangat tinggi dan rasa tanggungjawab kakitangan Astana dalam memberi khidmat kepada para penziarah Sayyid al-Syuhada, Imam Husain (a.s) «سیدالشهدا، امام حسین(ع) ».

Abdul Hasan menjelaskan bahawa kerja-kerja ini telah dimulakan beberapa hari sebelum itu di bawah pengawasan dan kawalan rapi di lapangan, dan kejayaan dalam menyiapkannya dalam masa singkat menunjukkan tahap profesionalisme tinggi yang dimiliki oleh staf teknikal Astana Makam Suci ini.

Langkah ini diambil menjelang Hari Asyura sebagai sebahagian daripada rangkaian persiapan perkhidmatan yang dilaksanakan oleh Astana Makam Imam Husain (a.s), dengan tujuan untuk menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa bagi para penziarah, serta memudahkan pergerakan mereka di dalam dan sekitar kawasan makam, terutamanya memandangkan jutaan orang akan hadir di bandar suci Karbala pada hari tersebut.

4292653

captcha