Kumpulan Antarabangsa: Ayatullah Uzama Syed Ali Sistani, Marjak Syiah di Iraq, telah mengecam pencerobohan rejim Al-Khalifah keatas rumah pemimpin Syiah Bahrain Ayatullah.
Menurut Laporan berita Barasa, Ayatullah Uzama Syed Ali Sistani, Marjak Syiah Iraq, semalam, 18 Mei, telah mengecam pencerobohan rejim Al-Khalifah dan menyatakan bahawa beliau menyokong Ayatullah Sheikh Isa Qasim dan ulamak-ulamak umat Islam dan mukminin yang lain.
Ayatullah Uzama Sheikh Bashir Najafi, salah seorang marjak Syiah di najaf , didalam satu kenyataan beliau juga telah mengecam tindakan yang dilakukan oleh rejim Al-Khalifah, beliau berkata: “Penghinaan keatas Sheikh Isa Qasim sebagai simbol agama dan masyarakat Bahrain, adalah penghinaan keatas saya.”
Ayatullah Uzama Jawadi Amuli juga semalam, didalam pelajaran tafsirnya telah mengecam pencerobohan yang dilakukan keatas rumah Ayatullah Sheikh Isa Qasim, beliau berkata: “ Di akhirat nanti apa jawapan yang akan kamu berikan tentang pencerobohan kamu keatas rumah ulamak ini.”
Nota: Pagi Jumaat , 17 Mei ,pegawai-pegawai yang berpakaian biasa bersama-sama dengan pasukan-pasukan keselamatan telah menyerang dan menceroboh rumah Ayatullah Sheikh Isa Qasim dan telah merosakan barangan rumah dan menghina keluarga beliau.
1230366