IQNA

Hizbullah Lubnan Mengecam Pembunuhan Pemberita Suria Oleh Kumpulan Pengganas

23:32 - May 28, 2013
Berita ID: 2540389
Kumpulan Antarabangsa: Gerakan Hizbullah Lubnan dalam sebuah kenyataannya mengecam pembunuhan Abbas, pemberita rangkaian televisyen negara,Syria.
Kumpulan Antarabangsa: Gerakan Hizbullah Lubnan dalam sebuah kenyataannya mengecam pembunuhan Abbas, pemberita rangkaian televisyen negara,Syria.
Menurut laporan berita rangkaian satelit Al Minar, Hizbullah telah mengecam pembunuhan ini dan menyatakan sokongan mereka terhadap institusi-institusi media Syria yang menghadapi pelbagai serangan kumpulan pengganas.
Dalam kenyataan ini ditekankan bahawa ini bukanlah jenayah pertama yang mereka lakukan, bahkan ini merupakan cara mereka berhadapan dengan mereka yang cuba menyampaikan hakikat sebenar kepada dunia.
Hizbullah diakhir kenyataannya mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan mangsa dan mendoakan supaya mereka yang tercedera sembuh secepatnya.
Nota: Ara Abbas terbunuh semalam semasa serangan pengganas keatas team pemberita-pemberita. Ara Abbas merupakan orang yang aktif dalam rangkaian berita dan mempunyai peranan yang penting dalam kemajuan pergerakan tentera-tentera Suria.

1235394
captcha