IQNA

Kebangkitan sejarah untuk menghidupkan semula matlamat agama

7:42 - July 28, 2022
Berita ID: 3101299
TEHRAN (IQNA) - Salah satu peristiwa penting dalam sejarah Islam ialah tindakan yang dimulakan oleh cucu Nabi Muhammad (SAW) di tengah-tengah manasik haji dan bergerak ke Iraq dengan tujuan kebangkitan politik dan agama. Tindakan yang membawa kepada kesyahidan para pembangkit, tetapi akhirnya menyebabkan jalan Islam yang sebenar tercatat dan diabadikan dalam sejarah menentang penyelewengan pemerintah munafik, dan insan dapat pencerahan terus menerus hingga hari ini.

Laporan IQNA; 30 Julai bertepatan dengan awal Muharram, bulan Hijriyah qamariyah pertama. Bulan Muharram mengingatkan peristiwa menakjubkan yang dianggap sebagai salah satu peristiwa penting dalam sejarah Islam. Imam Hussain (as), cucu Nabi Muhammad (SAW), yang merupakan model agama revolusioner, berpindah dari Mekah ke Kufah (salah satu kota di Iraq) semasa musim haji, dengan niat untuk kebangkitan politik dan agama.

Cerita pendek ini menimbulkan persoalan besar dalam fikiran: Apakah matlamat penting yang lebih penting daripada menunaikan ibadah haji?

Hanya 50 tahun selepas kewafatan Nabi (680 Masihi), apakah jenis penyelewengan yang terbentuk antara Ummah dan pemerintah sehingga pemimpin pemuda syurga (suatu ungkapan yang Nabi gunakan tentang Imam Hussein as) harus bangkit dalam masyarakat Islam?

Soalan-soalan ini menunjukkan betapa hebatnya peristiwa yang sedang kita hadapi.

Peristiwa "Asyura" pada hari kesepuluh Muharram, menghadapi kita dengan kejutan yang lebih besar: Imam Hussein, yang dikenali oleh semua umat Islam kerana ketakwaannya dan pegangan yang benar kepada sunnah dan tradisi Islam, di hadapan para penguasa yang zalim, bersama keluarganya dan dengan 72 orang dari para sahabatnya tetap bersendirian dan mati syahid.

Riwayat sejarah telah menyatakan bahawa bilangan tentera lawan adalah antara 10 ribu hingga 30 ribu, yang membunuh para sahabat Imam Hussain (as) dengan kekejaman yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Seperti sepanjang sejarah, elegi atau kisah pembunuhan terperinci telah dinyatakan untuk kesyahidan setiap sahabatnya.

Himpunan khutbah, ucapan, surat dan wasiat Imam Hussain (as) yang tercatat dalam sejarah adalah cara terbaik untuk mengetahui matlamat dan motivasi kebangkitan Asyura.

Mengapa Bangkit?
Imam Hussain (as) menceritakan tujuan pergerakannya dalam wasiat yang Beliau tulis kepada saudaranya Muhammad bin Hanafiyah ketika meninggalkan Madinah pada saat perpisahan:

انی لم اخرج اشرا ولا بطرا ولا مفسدا ولا ظالما، وانما خرجت لطلب الاصلاح فی امة جدی محمد ارید ان آمر بالمعروف وانهی عن المنکر و اسیر بسیرة جدی محمد وابی علی بن ابی طالب...

Bermaksud; "Sungguh Aku tidak keluar untuk perkara yang jahat, dan tidak juga melampaui batas, membuat kerosakan, dan kezaliman, tetapi aku keluar untuk mencari pembaikan di kalangan umat datukku Muhammad...,Aku hendak menyuruh kepada yang ma'ruf dan melarang dari yang munkar, dan menjalankan sunnah datukku Muhammad dan ayahku Ali bin Abi Talib..."

Imam Hussain (as) juga semasa musim haji dalam perhimpunan ulama dan elit ketua dari wilayah Islam yang berbeza di kota Makkah dengan ucapan yang ghairah dan bergema, sambil mengingatkan tugas berat dan kewajipan serius para ulama dan pemerintah kota, untuk melindungi intipati agama dan kepercayaan umat Islam dan akibatnya berdiam diri terhadap jenayah Umayyah (pemerintah tanah Islam pada masa itu), mengkritik sikap berdiam diri mereka terhadap dasar anti-agama dan menyeleweng pemerintah Umayyah dan mempertimbangkan sebarang kerjasama dan kompromi dengan mereka sebagai dosa yang tidak boleh diampunkan.

Pada akhir ucapannya, Imam Hussain (as) mengisytiharkan tujuan tindakan dan aktivitinya menentang sistem pemerintahan yang menindas, yang menampakkan dirinya dalam bentuk gerakan kebangkitan melawan para pendusta dan penzalim Agama atau muqawwammah - beberapa tahun kemudian, ungkapan Imam Hussain (as) dalam seruan doanya:

... اللهم انک تعلم انه لم یکن ما کان منا تنافسا فی سلطان، ولا التماسا من فضول الحطام، ولکن لنری (لنرد) المعالم من دینک، و تظهر الاصلاح فی بلادک، ویامن المظلومون من عبادک، ویعمل بفرائضک و سننک واحکامک...

“Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa apa yang telah kami lakukan (seperti perkataan dan perbuatan menentangi penguasa bani Umayyah), bukanlah disebabkan oleh persaingan dan ketaksuban dalam memerintah dan menghendaki lebih kepada harta dunia yang tidak seberapa; Sebaliknya untuk menunjukkan (menegakkan) tanda-tanda agamaMu (kepada manusia) dan mendedahkan pembaikan di negeriMu. Kami mahu hamba-hambamu yang tertindas selamat dan kewajipan, tradisi, dan perintahMu dipatuhi."

Dengan teliti dalam ungkapan Imam Hussain (as), kita dapat memahami empat matlamat utama Imam Hussain (as) daripada tindakan dan aktiviti yang dilakukannya semasa era pemerintahan Yazid untuk Bangkit:
1. Menghidupkan kembali manifestasi dan tanda-tanda Islam Muhammad yang tulen dan murni;
2. Mereformasi dan memperbaiki keadaan penduduk dunia Islam;
3. Memastikan keselamatan rakyat yang tertindas;
4. Menyediakan platform yang sesuai untuk melaksanakan perintah dan kewajipan ilahi.

captcha