IQNA

Hijrah: Petunjuk politik perpaduan umat daripada Al-Quran

13:41 - August 13, 2022
Berita ID: 3101370
TEHRAN (IQNA) - Pelaksanaan Islam secara sempurna mewajibkan adanya kuasa politik mentadbir yang tidak terpisah daripada agenda dakwah. Khususnya, pada zaman mutakhir ini apabila pencapaian dan kemajuan teknologi telah menghubungkan seluruh dunia tidak seperti zaman dahulu.

FIRMAN Allah SWT:

﴿ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِيٓ أَنزَلَ عَلَىٰ عَبۡدِهِ ٱلۡكِتَٰبَ وَلَمۡ يَجۡعَل لَّهُۥ عِوَجَاۜ١﴾

“Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hamba-Nya (Muhammad), al-Kitab (al-Quran) dan Dia tidak mengadakan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong).” (Surah al-Kahf: 1)


Pelantikan Rasulullah Muhammad SAW menjadi rasul akhir zaman bersama wahyu mukjizat al-Quran kepada seluruh manusia adalah melalui proses dakwah menarik hati manusia secara damai tanpa paksaan. Kerasulannya adalah berasaskan konsep manusia itu berkeluarga dan bermasyarakat madani (berkonsepkan tamadun dan Islam sebagai al-din).

Pelaksanaan Islam secara sempurna mewajibkan adanya kuasa politik mentadbir yang tidak terpisah daripada agenda dakwah. Khususnya, pada zaman mutakhir ini apabila pencapaian dan kemajuan teknologi telah menghubungkan seluruh dunia tidak seperti zaman dahulu.

Firman Allah SWT:


﴿يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُواْ رَبَّكُمُ ٱلَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفۡسٖ وَٰحِدَةٖ وَخَلَقَ مِنۡهَا زَوۡجَهَا وَبَثَّ مِنۡهُمَا رِجَالٗا كَثِيرٗا وَنِسَآءٗۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ ٱلَّذِي تَسَآءَلُونَ بِهِۦ وَٱلۡأَرۡحَامَۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَيۡكُمۡ رَقِيبٗا١﴾

“Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kalian yang telah menjadikan kalian (bermula) daripada diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawwa’), dan juga yang membiakkan daripada kedua-duanya zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kalian selalu meminta dengan menyebut-nyebutkan nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawasi) kalian.” (Surah al-Nisa’: 1)

 

Harakahdaily

captcha