
Laporan IQNA; Beberapa ayat Al-Quran menyatakan bahawa tujuan penciptaan Alam dan manusia adalah supaya manusia menjalani ujian:
وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ وَكَانَ عَرْشُهُ عَلَى الْمَاءِ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا
“Dan Dia lah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa, sedang "ArasyNya, berada di atas air (Ia menjadikan semuanya itu untuk menguji kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya." (Qs, Hud 11:7).
Di ayat lain Al-Quran menyatakan:
الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ
“Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun". (Qs, Al-Mulk 67:2).
Dalam dua ayat ini, memaklumkan sebab terciptanya manusia adalah untuk menjalani ujian. Bahkan Al-Quran menyatakan penciptaan keberkahan dan keindahan lahiriah bumi demi ujian, sebagaimana dinyatakannya:
إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا
“Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya." (Qs, Al-Kahfi 18:7).
Dalam pandangan Al-Quran kesusahan dan musibah bererti sama dengan ujian, dan ujian juga adakalanya dalam bentuk kesenangan, keseronokan, kebaikan dan cinta dan ada kalanya dengan kesulitan, kesusahan, musibah dan kebencian. Oleh itu, apa sahaja yang dialami oleh manusia di kehidupannya di dunia ini akan menjadi ujian baginya dan ujian ini sebagai salah satu keistimewaan manusia berbanding makhluk yang lain.
Menjalani Ujian dengan baik dan tepat adalah sebahagian daripada ibadah dan ketaatan manusia kepada penciptanya, serta ukuran kriteria untuk kenaikan pangkat dan peringkat penghambaan. Tahap pengabdian dikenal pasti dan didedahkan oleh ujian, dan ujian yang lebih kecil menyediakan seseorang untuk ujian yang lebih sukar dan peringkat yang lebih tinggi.
Ujian sebanding ibadah, adalah sarana dan pengenal seseorang kepada kesempurnaan ilahi.