IQNA

Jurutulis Al-Quran:

Peluang mempromosikan seni murni Al-Quran

14:53 - November 24, 2022
Berita ID: 3101851
TEHRAN (IQNA) - Muhammad Nemati, seorang artis veteran yang menulis Al-Quran, menyatakan bahawa orang Iran telah lama cemerlang dalam seni khat di dunia, dan berkata: "Pihak berkuasa harus merebut peluang untuk mempromosikan budaya kebanggaan Al-Quran serta perlu berusaha sungguh-sungguh untuk menghargai bidang ini."

Laporan IQNA, memetik Fars; Muhammad Nemati, jurutulis Al-Quran wilayah Fars, malam 22 November, dalam pertemuan dengan Muhammad Hussein Hasani, ketua Pertubuhan Al-Quran ahli akademik negara, berkata: "Al-Quran memberi manusia hak untuk menjadi ahli profesional, dan adalah wajar untuk kita menjadi ahli Al-Quran."

Nemati dengan memetik nasihat dari hadis Nabi (SAW) yang bersabda; "Di zaman penuh godaan dan fitnah berlindunglah kepada Al-Quran", Nemati berkata: Menurut sabda Rasulullah (SAW), titipan berat baginda Rasulillah (SAW) yang paling besar ialah Al-Quran, yang kita harus memberi keutamaannya dalam aktiviti keagamaan.

Beliau juga menyeru untuk memajukan bacaan Al-Quran dalam kumpulan-kumpulan sosial keagamaan.

Apabila isu «جَاءَ الْحَقُّ» "Ja'al-Haq" kebenaran telah datang, dan «زَهَقَ الْبَاطِلُ» "Zahaqal-Batil" kemusnahan kebatilan, ini bermaksud kita harus mengangkat kebenaran Al-Quran dalam konteks yang berbeza untuk memusnahkan kebatilan.

Nemati menyebut Al-Quran sebagai titik persamaan umat Islam dan berkata: "Musuh berusaha sedaya upaya untuk mewujudkan perpecahan di kalangan umat Islam dan kita harus menggunakan titik bersama ini untuk mengukuhkan perpaduan."

Mengingatkan bahawa beliau telah menulis 24 jilid Al-Quran setakat ini, beliau berkata: "Saya telah menyumbangkan 15 lukisan karya saya kepada Muzium WIwilayah Quds Redhawi."

Tambah Nemati: "Tahun lalu saya mula menulis Al-Quran, iaitu tulisan paling tebal dalam sejarah penulisan Al-Quran di Iran".

Beliau menekankan keperluan memperkenalkan artis Al-Quran seperti itu dalam masyarakat dengan mengatakan bahawa saya telah bekerja dengan 20 tukang emas yang kebanyakannya adalah wanita, tetapi malangnya tiada siapa yang mengenali mereka."

4101725

captcha