Laporan IQNA; Anomali dalam masyarakat dunia adalah antara sebab yang melambatkan permulaan pemerintahan adil Al-Mahdi (AFS) - tetapi Imam Mahdi (as) mempunyai rancangan pembaharuan yang lengkap untuk menangani anomali ini.
Sudah tentu, para sahabat dan pengikut sejati Iman Mahdi itu mempunyai kemampuan untuk menentang anomali dan mereka boleh memulihkan keadaan masyarakat dan bersiap-sedia untuk kedatangan Al-Mahdi (as).
Pada peringkat seterusnya, Hazrat Mahdi (as) melaksanakan undang-undang yang lengkap dan proporsional tentang keperluan harian masyarakat yang bertindak balas terhadap hak individu dan sosial semua orang dan pembentukan sistem kepimpinan yang adil.
Tanda-tanda masyarakat yang dibentuk oleh Hazrat Mahdi (as) adalah bahawa semua orang mempunyai hak individu dan sosial yang cukup dan tidak ada yang boleh memusnahkan atau mengabaikan hak orang lain.
Satu lagi ciri permulaan pemerintahan Sahib al-Zaman (AFS) ialah semua orang melakukan sesuatu untuk pertumbuhan akhlak dan menyediakan kehidupan yang lebih baik untuk diri sendiri dan anggota masyarakat yang lain supaya kehidupan yang ideal kemanusiaan menjadi nyata.
Menyediakan masyarakat untuk pembentukan keadaan ini dan mencapai kualiti manusia yang terbaik memerlukan kehadiran pemimpin yang berkebolehan mewujudkan keadilan dan kesaksamaan di dunia dengan menyedari prasyarat penting, yang sudah pasti hanya seorang yang mempunyai kuasa yang bersumber dan berhubungan langsung dengan kuasa Tuhan yang akan mencetus revolusi baharu ketuhanan ini.
Nabi Muhammad (SAW) telah memperkenalkan orang yang layak untuk melaksanakan tindakan hebat ini dan mengkhabarkan Al-Mahdi (as) sebagai satu-satunya pemimpin yang mempunyai keupayaan untuk memimpin dengan adil berdasarkan dalil pengenalan beliau (AFS) terhadap semua ilmu dan saintifik alam semesta sehingga memiliki kemampuan untuk gerakan mencetus revolusi ketuhanan ini.
Dalam menjelaskan dalil, Nabi (SAW) yang bermaksud: Salah satu ciri penting Al-Mahdi (as) untuk kepimpinan ialah beliau tidak mempunyai syarat untuk membimbing manusia lagi (kerana pengalaman 124 ribu Nabi telah diutus untuk menyampaikan bimbingan Ilahi kepada umat manusia) oleh itu Al-Mahdi (as) diakhir zaman tidak lagi bersikap mengajak kepada kebenaran kerana pada masa itu semua kebenaran telah terdedah dan mudah dijangkaui dan diakses ke dalam hati setiap manusia dengan kemajuan teknologi perhubungan dan komunikasi yang canggih, beliau (as) datang hanya untuk menegakkan keadilan dengan sistem kepimpinan berdasarkan Agama Islam Allah SWT, oleh itu sikap lembut terhadap kaum kafir, munafik dan pelampau tidak diperlukan lagi dalam kepimpinan Al-Mahdi (as), dan beliau tidak mempunyai matlamat lain selain keredhaan Tuhan dan manusia untuk pembentukan masyarakat yang penuh persamaan dan keadilan (masyarakat makmur dan sejahtera).
Satu lagi faktor penting yang berkesan dalam mewujudkan masyarakat beragama yang ideal dalam kepimpinan Al-Mahdi (as) ialah kehadiran orang-orang yang dikenali sebagai sahabat atau penolong Imam Zaman (AFS), yang mereka ini diperlukan untuk pembentukan masyarakat beragama yang ideal dan ini bergantung kepada persediaan mereka (secara umum ditawarkan oleh baginda Nabi Muhammad SAW untuk umat manusia di akhir zaman) dengan membuktikan secara praktikal bahawa mereka tidak mempunyai kebimbangan selain daripada pembentukan komuniti yang bercita-cita selamatkan umat manusia dari ketidak adilan dan kejahatan segala individu dan komponen penjenaya global dan mereka berusaha untuk mencapainya.
Dalam menghuraikan ciri-ciri Sahabat Imam Zaman (as), perlu diingatkan bahawa mereka mempunyai pengetahuan yang cukup tentang niat dan matlamat Imam Zaman (as) dan mengelak daripada menentang petunjuk dan rancangannya.
Para sahabat Imam Zaman (as) memasuki domain ini dengan pengetahuan penuh kerana pengetahuan terperinci mereka tentang Tuhan dan Imam Zamannya, dan itulah sebabnya mereka tunduk kepada kenyataan Imam Zaman dan membantu melaksanakannya.
Menyembah Tuhan dan mengikuti perintah agama, pengorbanan diri, kesabaran, empati dengan orang lain, keberanian dan penerimaan Imamah Sahib al-Zaman (AFS) adalah ciri-ciri lain dari para sahabat Al-Mahdi (as), dan untuk mencapai sifat-sifat ini, mereka mengikuti dan mengambil contoh dari Al-Mahdi (as) sendiri.
Para sahabat Sahib al-Zaman (as) mempunyai ciri-ciri kemanusiaan yang tinggi, hanya memikirkan matlamat untuk membentuk masyarakat manusia beragama yang ideal dan menjauhkan masyarakat dari perkataan dan tingkah laku lucah dan tidak berpatut dan betapa baiknya setiap daripada kita untuk menjadi penolong pembentukan masyarakat ideal ini sebagai ikut ambil bahagian mempersiapkan diri menjadi sahabat dan penolong Al-Mahdi (ATF).
*Anomali, adalah penyimpangan dari peraturan, ketakwajaran.
*Nama panggilan lain Al-Mahdi; Sahib al-Zaman (صاحب الزمان) - Pemilik Era akhir Zaman - Imamul Asr (امام العصر).
*Doa yang digunakan untuk Allah SWT percepatkan kemunculan Al-Mahdi (as):
«اَللّهُمَّ عَجِّل لِوَلیِّكَ الفَرَج»
Allahumma 'Ajjil liwaliyyikal faraj - "Ya Allah percepatkanlah kedatangan waliMu!"
Atau dalam penulisan setelah menyebut nama Al-Mahdi (as) dan laqabnya ditulisan singkatan (AFS) yang bermaksud; (عجل الله تعالی فرجه الشریف) - Ajjalallahu taala Farajahu Syariif - "Semoga Allah SWT mempercepat kemunculannya yang mulia." atau Alaihissalaam (as) -"Salamat sejahtera atas beliau".