
Laporan IQNA; Ayatullah Muhammad Ja'far Tabasi, guru kursus hauzah ilmiah, telah menulis nota tentang "Asma binti Umais", yang boleh anda baca sebahagian daripadanya dibawah:
Menurut riwayat yang terkenal dan sahih, hari ketiga Jumadil-Thani adalah hari ulang tahun kesyahidan putri Nabi (SAW), isteri Ali (as) dan ibu kepada Hasnain (as), syahidah Fatimah az-Zahra (as).
Setiap kali nama putri Nabi (SAW) disebut, nama puan dan sahabat Rasulullah (SAW), "Asma binti Umais" juga dikaitkan. Hari-hari ini adalah peluang yang baik untuk melihat status rohani dan kehidupan kebanggaan wanita mulia ini dalam artikel pendek berikut;
Penghijrahan ke Habsyah
Dalam senarai orang yang berhijrah ke Habsyah, Muhammad bin Ishaq menyebut Ja'far bin Abitalib bersama isterinya Asma binti Umais (ra).
Perawi hadis dari Rasulullah (SAW);
Asma meriwayatkan hadis daripada Rasulullah (SAW) dan orang-orang seperti Saeed bin Musayib (سعید بن مسیب) dan Amer Shaabi ( عامر شعبی) dan putranya, Abdullah bin Ja'far bin Abi Talib (عبدالله بن جعفر بن ابی طالب) dan Abdullah bin Abbas (عبدالله ابن عباس) dan Urwa bin Zubair (عروة بن زبیر), dan putri Imam Hussain (فاطمه بنت حسین بن علی بن ابی طالب), dan putri Imam Ali ( فاطمه بنت علی بن ابیطالب) dan lain-lain telah meriwayatkan hadis daripadanya.
Demikian juga Abi Dawud, Ibnu Majah, Tirmidzi dan Nasa'i juga telah meriwayatkan hadis daripadanya.
Asma termasuk wanita syurga
Almarhum Syeikh Saduq (wafat 381H) dalam bukunya Khisal (خصال -Jilid 2, hlm 363) memetik daripada Imam Muhammad Baqir (as) bahawa Tuhan mengasihani saudara perempuan syurga dan salah seorang darinya adalah Asma binti Umais (ra).
Kehadiran aktif dan memainkan peranan dalam kempen dakwah Rasulullah (SAW)
Asma binti Umais memainkan peranan teladan dalam Ghazwah (perang pertahanan) Nabi (SAW). Menjahit girbah air dan merawat yang terluka telah menjadi salah satu manifestasi terpenting dari kehadiran aktif wanita terhormat ini untuk menyokong pihak kebenaran di medan pertempuran berhadapan kemusyrikan dan kekufuran.