IQNA

Pengenalan Tafsir dan Ulama Ahli Tafsir / 13

Tafsir Surabadi; Tafsiran kuno Al-Quran dalam bahasa Parsi

13:52 - January 03, 2023
Berita ID: 3102024
TEHRAN (IQNA) - Tafsir - سورآبادی "Surabadi" adalah tafsiran kuno Al-Quran yang ditulis oleh - ابوبکر عتیق بن محمد هروی نیشابوری - ulama Sunni Abu Bakar Atiq bin Muhammad Heravi Nishaburi, yang dikenali sebagai Surabadi atau Syriai, pada abad kelima dalam bahasa Parsi, dan ia juga disebut sebagai "Tafsiirut-Tafaasiir - «تفسیر التفاسیر» Tafsirnya tafsir-tafsir ".

Laporan IQNA; Tidak ada maklumat yang boleh dipercayai dan signifikan tentang Surabadi, tetapi beberapa orang menyebut beliau sebagai seorang yang soleh, mujtahid dan berakhlak mulia. Sekali imbas, tafsir Surabadi merupakan salah satu tafsiran Al-Quran yang paling lengkap dan tertua. Seperti yang disebutkan, tafsiran ini sebagai peninggalan abad ke-5 Hijrah dan mempunyai prosa yang mudah dan sederhana. Kewujudan pelbagai versi dan ringkasan menunjukkan kepentingan tafsiran ini di kalangan ulama pada zaman itu. Selain itu, dalam ulasan Surabadi terdapat himpunan perkataan dan gabungan bahasa Parsi yang dicipta oleh pengarang untuk memaknai perkataan dan istilah Al-Quran.

Menggunakan keupayaan bahasa Parsi dalam penggunaan awalan yang meluas dalam pembinaan kata kerja berimbuhan awalan dan mendorong pelbagai makna melaluinya adalah salah satu ciri utama tafsiran yang mulia ini, yang menjadikan skop pengetahuan pembacanya lebih menyedari bahasa Parsi pada masa itu, dan tradisi penulisan tafsir Parsi. Prosa mudah tanpa kerumitan, mencari jalan beberapa maklumat saintifik pada masa itu dalam ulasan, perumpamaan sesekali pengulas menggunakannya, kehadiran beberapa pemikiran sufi adalah beberapa nilai lain yang menimbulkan pemikiran dalam ulasan tafsir ini.

Ciri-ciri tafsir Surabadi

Karya ini, berdasarkan manuskrip yang sedia ada, merupakan ulasan besar yang nampaknya dibahagikan kepada tujuh bahagian. Tafsir dimulakan dengan pujian kepada Allah dan kemuliaan Nabi (SAW), kemudian ada pendahuluan tentang tafsir, dan diterangkan sebabnya ditulis dalam bahasa Parsi dan menerangkan antara perawi yang menjadi sandaran pengulas, kemudian menterjemahkan dan mentafsir dari Surah al-Fatihah hingga akhir Surah Nas.

Mengenai sebab menulis ulasan ini dalam bahasa Parsi, Surabadi berkata bahawa dia diminta untuk menjadikannya lebih berguna kepada masyarakat umum berbahasa Parsi dan menambah bahawa jika Beliau menulisnya dalam bahasa Arab juga, maka seorang guru akan mengajarnya, sedangkan tidak ada bahasa Arab yang labih baik daripada Kata-kata Al-Quran itu sendiri.

Pada permulaan setiap surah, Surabadi memberikan tajuk dan bilangan ayat, perkataan, huruf, tempat turunnya wahyu dan fadhilatnya, dan dalam tafsiran ayat-ayat itu, beliau kadang-kadang memetik dan menterjemah serta menafsirkan keseluruhan ayat itu sekaligus, dan kadang-kadang sebahagian. Beliau telah memetik berita, riwayat dan kata-kata mufassir dan perawi syair Arab.

Dalam beberapa kes, Surabadi telah menyebut syair dan ucapan Imam Ali (as), Imam Husain (as), Imam Sadiq (as) dan Imam Reza (as) dan hadis-hadis daripada Nabi (SAW) tentang rahmat AhlulBait (as) dan persahabatan atau kecintaan terhadap Ali (as) dan larangan bermusuhan dengannya telah dinukilkannya.

Di bawah ayat penyucian, beliau juga memberikan riwayat berdasarkan yang merujuk kepada keluarga Nabi (SAW), Imam Ali (as), Hazrat Fatimah azZahra (as), Imam Hassan (as) dan Imam Hussain (as).

Beliau juga menyebut keutamaan Abu Bakar, Umar, Uthman dan Hazrat Ali (alaihimussalaam) dalam sebahagian ulasan tafsirnya.

Walau apa pun, tafsiran prosa Parsi Surabadi dan terjemahan Al-Quran beliau adalah antara contoh prosa Parsi yang fasih dan cemerlang serta penuh dengan perkataan dan ungkapan Parsi yang telah dipilih oleh Surabadi untuk ungkapan dan frasa Al-Quran.

Pada akhirnya, perlu diingat bahawa ulasan Surabadi telah disunting sepenuhnya oleh usaha Ali Akbar Saidi Sirjani dan diterbitkan pada tahun 1381.

captcha