IQNA

Asas data Al-Quran mengenai kebolehan slogan "Matilah musuh Islam"

15:33 - February 21, 2023
Berita ID: 3102240
TEHRAN (IQNA) - Pemimpin Revolusi Islam (Rahbar) dalam satu kenyataan beliau di hadapan perhimpunan rakyat wilayah Azerbaijan Timur dengan bersandar pada tiga ayat Al-Quran; Ayat 16 surah "Jin", 60 surah "Anfaal" dan 119 surah "Aal-Imran", menyatakan bahawa kemajuan Iran adalah punca kemarahan musuh-musuh.

Laporan IQNA; Slogan “Matilah...” adalah diperbolehkan berdasar bukti Al-Quran, dalam ayat 119 Surah Aali-Imran, Tuhan dengan menggunakan ayat;

«مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ»
"Matilah dengan kemarahan kamu",

yang dutujukan kepada orang-orang munafik, dalam bahasa sekarang, seperti slogan revolusioner rakyat: "Marg bar...- «مرگ بر», ini menunjukkan walaupun asas Islam adalah keamanan, rahmat dan kasih sayang, tetapi di tempat-tempat yang diperlukan, di mana perkataan ini juga digunakan dan Allah SWT berfirman kepada Nabi (SAW) supaya mengatakan kepada orang-orang kafir dengan ucapan ini;

«مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ»
"Matilah dengan kemarahan kamu".

Pemimpin Revolusi Islam (Rahbar) dalam satu kenyataan beliau di hadapan perhimpunan rakyat wilayah Azerbaijan Timur dengan bersandar pada tiga ayat Al-Quran; Ayat 16 surah "Jin", 60 surah "Anfal" dan 119 surah "Al-Imran", menyatakan bahawa kemajuan Iran adalah punca kemarahan musuh-musuh. Dalam hal ini Al-Quran juga telah menjelaskan dengan ayatnya;

قُل موتوا بِغَیظِکُم‌
Katakanlah, “Matilah kamu dalam kemarahanmu”.

Demikian jugalah Allahyarham syahid Behesyti, menterjemahkan (dalam bahasa Farsi - berkata; "«!از این عصبانیت بمیر» - az in asabaniat bemir! - sebagai terjemahan dari ayat Al-Quran;

موتوا بِغَیظِکُم‌
"Matilah kamu dalam kemarahan kamu".

Tentu musuh akan marah, musuh tidak merasa senang, oleh itu kerja-kerja mereka bersandar pada kemarahan, ucapan-ucapan mereka mengandung kemarahan, apabila Iran kuat, mereka marah, kenapa? kerana apabila Iran kuat, mereka tahu konspirasi permusuhan mereka menjadi gagal, mereka tidak mahu Iran kuat, setiap yang menjadikan Iran kuat, menjadikan mereka marah, menjadikan mereka tidak senang.

Teks ayat:

هَا أَنتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ ۚ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ 

"Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). Dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: "Kami beriman", tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), katakanlah (wahai Muhammad): "Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu". Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada." (Qs, A-li'Imraan 3:119).

*Konspirasi; Rancangan rahasia untuk melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang (terutamanya yang berbau politik) - Kamus Dewan Edisi Keempat.

4123175

Berita Berkaitan
captcha