IQNA

Sempena memperingati kemenangan Fajar Revolusi Islam

Ahli akademik dan jihad memperbaharui pakatan mereka dengan cita-cita Imam Khumaini (ra).

13:06 - February 07, 2023
Berita ID: 3102191
TEHRAN (IQNA) - Majlis memperbaharui perjanjian ahli akademik dan jihad dengan cita-cita Imam Khumaini (Allahyarham) dan memperbaharui ikrar dengan Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam telah diadakan semalam, 6 Februari, sebagai hari ke lima Fajar kemenangan Revolusi umat Islam Iran.

Laporan IQNA; Majlis memperbaharui akad ahli akademik dan jihad dengan cita-cita Imam Khumaini (ra) dan memperbaharui ikrar bersama Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam hari Isnin 6hb, bersama hadir Muhammad Ali Zulfigul (محمدعلی زلفی‌گل); Menteri Sains, Hujjat-ul-Islam Rostami (حجت‌الاسلام رستمی); ketua badan perwakilan Pemimpin Tertinggi di universiti - Penyelidikan dan Teknologi, dan Hassan Musliminayini (حسن مسلمی‌نایینی); ketua jihad universiti, telah diadakan di makam Imam Khumeini (Allah yarhamhu).

Dalam majlis ini, semasa membaca doa ziarah Imam Khumeini (ra) di hadapan pegawai, ahli akademik dan jihad, Hujjatul Islam Rostami, ketua organisasi yang mewakili Pemimpin Tertinggi di universiti, berkata: Kami bersyukur kepada Tuhan kerana kami telah berjaya, bersaman hari ulang tahun kemenangan Revolusi Islam dan masuk ke 44 tahun penubuhan sistem negara Islam dan kejatuhan sistem empayar, bersama-sama ahli akademik, marilah kita hadir di hadapan Imam (ra), yang menghidupkan bangsa ini dan menghidupkan agama.

Di penghujung majlis ini, dibacakan kenyataan ahli akademik dan jihad tanah air dalam pembaharuan akad dengan cita-cita Imam Khumaini (ra) dan Pemimpin Agung, iaitu seperti berikut.
Teks kenyataan:

Firman Allah SWT:

وَنُرِيْدُ اَنْ نَّمُنَّ عَلَى الَّذِيْنَ اسْتُضْعِفُوْا فِى الْاَرْضِ وَنَجْعَلَهُمْ اَىِٕمَّةً وَّنَجْعَلَهُمُ الْوٰرِثِيْنَ ۙ

"Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya)." (Qs, Al-Qasas 28:5).

Syukur dan pujian yang tidak terhingga kepada Tuhan yang tiada tandingannya yang telah memberkati dan mengurniakan kita dengan Revolusi Islam sehingga kita dapat mengibarkan panji kemuliaan kedaulatan «الله» untuk ketinggian gerakan popular dunia.

Menjelang Musim Bunga Kemenangan ke-44, kami, ahli akademik Iran, mengucapkan tahniah kepada semua rakyat Iran yang mulia, umat Islam dan orang-orang yang tertindas di dunia pada ulang tahun kemenangan Revolusi Islam, dan di tempat suci ini kami mengucapkan tahniah kepada jiwa tinggi dan mulia Imam Khumaini (ra) dan para syuhada yang sentiasa ada. Dan dengan cita-cita Revolusi Islam dan pengasasnya yang agung, kami memperbaharui kesetiaan kami dengan Pemimpin Tertinggi, Imam Khamenei, untuk melindungi darah para syuhada kami dan darah revolusi kita sehingga nafas terakhir kita dan sehingga kemunculan penyelamat terakhir Al-Mahdi (as) yang dijanjikan.

1- Kita mengetahui bahawa cita-cita Imam (Allah yarhamhu) adalah bersumberkan ajaran Al-Quran dan Ahlul-Bayt suci (عترة الطاهرة) dan tidak akan terpengaruh dengan debu zaman, dan pasti penggantinya juga begitu. Mentaati mereka sama seperti mentaati Allah dan Rasul. Oleh itu, kita akan mengikuti garis panduan pemimpin yang bijak itu dalam semua aspek politik, sosial, dan budaya, dan dengan membaca semula pengalaman berharga sejarah revolusi, kita akan mempercepatkan laluan kemajuan, kecemerlangan dan kemerdekaan negara kita yang tercinta.

2- Dunia keangkuhan; Amerika dan rejim penjenayah Zionis, walaupun mengalami kegagalan berturut-turut selama bertahun-tahun menghadapi revolusi Islam, masih bermimpi untuk mengubah sistem dengan mencuba mengupah aliran takfiri dan ekstremis dan unsur asing yang dijual sendiri dan menipu. Kejahilan sebahagian orang dalam negeri, dengan propaganda media yang meluas, menanam kepercayaan ketidakupayaan dan keputusasaan sistem di kalangan warga negara tercinta, terutamanya golongan belia. Kelakuan menderhakai mana-mana perkara kedaulatan negara ini adalah satu dosa yang tidak boleh diampunkan yang pastinya tidak akan ditinggalkan oleh orang-orang yang bersemangat, wanita terpelajar dan anak muda negara ini.

3- Kami ahli akademik mengutuk sekeras-kerasnya penghinaan gila-gilaan terhadap Al-Quran dan kewibawaan kepimpinan dunia Islam, dan sambil mengecam tindakan tidak bijak meletakkan nama Kor Pengawal Revolusi Islam dalam senarai kumpulan pengganas, kami telah mengisytiharkan sokongan penuh kami kepada Kor Pengawal Revolusi Islam dan kepada pasukan tentera bersatu. Kami berbangga dengan kedisiplinan Kor kami.

4- Kami percaya bahawa satu-satunya cara untuk kemajuan dan kehormatan Iran Islam adalah bergantung kepada Tuhan Yang Maha Kuasa dan kebolehan dan keupayaan yang tidak terkira banyaknya anak-anak Iran yang hebat. Kami menganggap sebarang pergantungan dan harapan kepada Timur dan Barat sebagai kemerosotan dan kami mengisytiharkan sekali lagi bahawa maruah bangsa dan negara kita bergantung kepada pengeluaran saintifik, budaya, kebangsaan dan pergantungan kepada pelajar dan anak muda yang bersemangat dan pemikir sempadan dan wilayah ini. Oleh itu, bersama-sama negara Islam Iran, kita cuba menjadikan senjata sekatan musuh tidak berkesan dengan meningkatkan pecutan saintifik negara dan kemakmuran ekonomi berbasis pengetahuan inovasi dasar tulen.

5- Kami percaya bahawa universiti kami mempunyai kapasiti untuk mendidik remaja revolusioner di jalan mendidik umat ilahi. Kami akan menumpukan diri kepada pendidikan remaja yang tercerahkan, beriman dan revolusioner supaya mereka boleh menjadi model yang patut dipuji bagi semua negara di dunia dialam paksi kuasa Tuhan.

6- Dari tempat yang memancar cahaya Ilahi ini kepada jiwa yang tinggi dan murni Imam Khumaini, para syuhada dalam semua sejarah, lelaki, wanita dan kanak-kanak dari semua generasi negara, para komander dan penghulu, para syuhada revolusi Islam, para syuhada pertahanan yang suci, para syuhada pembela makam suci dan para syuhada keselamatan - kesihatan, Kami mengucapkan salam dan meminta pertolongan Allah untuk mereka demi kebanggaan, maruah dan kesihatan pemimpin tercinta kami Imam Khamenei dan negara kuat kami agar kami dapat menyerahkan amanah besar Revolusi Islam kepada pemilik asalnya, Imam Mahdi, dan umat memahami masa pemerintahan ilahinya.

4120090

captcha