IQNA

Bagaimana Syaitan berkawan manusia?

7:26 - March 05, 2023
Berita ID: 3102297
TEHRAN (IQNA) - Di dalam surah Zukhruf (زخرف) ayat 36, bermaksud, "Barangsiapa yang mengabaikan mengingati Allah Yang Maha Penyayang, Kami akan menjadikan syaitan-syaitan berkawan dengannya".

Laporan IQNA; Ayat-ayat Al-Quran telah menyatakan hukum-hukum alam semesta. Di antara hukum-hukum tersebut, kita boleh merujuk kepada ayat 36 Surah Az-Zukhruf;

وَمَنْ يَعْشُ عَنْ ذِكْرِ الرَّحْمَنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ

"Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." (Qs,Az-Zukhruf 43:36).

Sesiapa yang mengabaikan Tuhan yang menjadi sumber kebaikan dan kesempurnaan, maka ia akan berada di jalan yang bertentangan dengan kebaikan dan kesempurnaan.

Dari segi apa yang dimaksudkan dengan Syaitan sebagai sahabat? Sebahagian ahli tafsir ada mengatakan bahawa sahabat atau kawan yang jahat adalah syaitan yang mendampingi hati untuk selalu menggodanya.

Imam Ali bin Abi Talib (امام علی بن ابی طالب) telah dinukilkan sebagai yang berkata tentang Syaitan yang menjadi kawan manusia;

اتَّخَذُوا الشَّيْطَانَ لِأَمْرِهِمْ مِلَاكاً وَ اتَّخَذَهُمْ لَهُ أَشْرَاكاً، فَبَاضَ وَ فَرَّخَ فِي صُدُورِهِمْ وَ دَبَّ وَ دَرَجَ فِي حُجُورِهِمْ، فَنَظَرَ بِأَعْيُنِهِمْ وَ نَطَقَ بِأَلْسِنَتِهِمْ

Yang bermaksud; "Mereka (kaum pelampau batas undang-undang Tuhan) mengambil syaitan untuk urusan mereka sebagai ukuran, dan syaitan mengambil mereka sebagai sekutunya, lalu syaitan bertelur dan berkembang dalam dada mereka, membesar dan mengeras bersama mereka, maka menjadilah mata mereka sebagai pandangan syaitan dan syaitan bercakap dengan lisan mereka." (Nahjul-Balaghah; khutbah 7)

Allamah Muhammad Taqi Jaafari (علامه محمدتقی جعفری) menulis dalam satu huraian artikel: "Semalam ada orang, yang telah menjadi syaitan hari ini. Semalam ada orang, yang mempunyai ciri-ciri manusia; Mereka pernah berjalan dan memegang tangan orang lain untuk mencapai kesempurnaan kebaikan Tuhan, tetapi lama kelamaan mereka kehilangan ciri-ciri tersebut dan menjadi penghalang kepada manusia untuk mencapai kesempurnaan itu dan malah Ia menjadi menyimpang dari jalan kesempurnaan itu. Kini mereka beralih kepada setiap orang dan kumpulan yang mereka berkomunikasi untuk penyimpangan. Oleh itu, terdapat manusia yang menjadi syaitan pada hari ini. Apabila matlamat dan pemikiran seseorang mempunyai aspek syaitan, dia menjadi syaitan dengan berwajah manusia."

*Nahjul-Balaghah ialah koleksi surat dan ucapan hazrat Ali ibn Abi Talib yang paling terkenal. Buku ini disusun oleh Sharif Razi, seorang ulama kaliber di zamannya yang terkenal pada abad ke-10 Masihi (abad ke-4 Hijriah).

*Allamah Muhammad Taqi Jaafari (15 Ogos 1925 – 16 November 1998); Beliau adalah seorang penyelidik Islam Iran, ahli falsafah, intelektual dan ahli teologi. Beliau merupakan seorang pakar dalam pelbagai bidang termasuk sejarah, logika, metafizik, sastera, tasawuf, fiqh dan falsafah sains.

captcha