IQNA

Pemimpin Revolusi Islam berkata dalam mesej Nowruz:

Tahun 1402HS; Tahun "Kawalan inflasi dan peningkatan produksi" / semua orang harus cuba menjadikan tahun baru sebagai tahun yang manis untuk negara

14:13 - March 21, 2023
Berita ID: 3102365
TEHRAN (IQNA) - Ayatullah Khamenei, dalam perutusan pada permulaan tahun 1402 Hijriah Syamsiah, mengucapkan tahniah kepada rakyat Iran dan semua negara yang menyambut Nowruz pada kesempatan awal tahun 1402 HS, isu utama negara pada tahun lepas adalah tentang ekonomi dan keperluan hidup rakyat, dengan tekanan tahun ini juga masih bertumpu pada ekonomi sebagai isu asli negara; Slogan tahun 1402 beliau mengumumkan sebagai tahun "Kawalan inflasi dan pertumbuhan pengeluaran - peningkatan produksi".

Laporan IQNA, memetik pangkalan maklumat Pejabat Pemimpin Tertinggi, Ayatullah Khamenei; Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam, dalam perutusan sempena permulaan tahun 1402 Hijriah Syamsiah, mengucapkan tahniah kepada rakyat Iran dan semua bangsa yang meraikan Nowruz (hari baru musim bunga), dan menetapkan slogan Tahunan berdasarkan isu terpenting negara.

Tahun lepas, beliau (HF) menganggap isu ekonomi dan mata pencarian rakyat sebagai isu utama, dan menekankan bahawa ekonomi adalah isu utama negara tahun ini juga, beliau mengumumkan slogan 1402 sebagai tahun "Kawalan inflasi dan pertumbuhan pengeluaran".

Pada permulaan perutusan Nowruznya, Pemimpin Revolusi Islam, merujuk kepada simetri - kebersamaan tibanya dua musim bunga; mata air alam jisim (musim bunga materi) dengan mata air kerohanian (musim bunga Al-Quran dan maknawi bulan Ramadhan), berkata: Angin kerohanian di bulan suci Ramadhan merangkumi keadaan setiap orang dan kita harus mendedahkan diri dan hati kita kepada haruman angin ketuhanan ini.

Hazrat Ayatullah Khamenei kemudian, dengan ulasan ringkas tahun 1401, menganggap tahun lalu itu sebagai ada pahit dan manisnya, seperti tahun-tahun selepas Revolusi Islam, bersama-sama dengan pelbagai komplikasi, dan menekankan bahawa ekonomi adalah isu terpenting negara tahun lepas, beliau menambah: Dari segi ekonomi, ada yang pahit ada juga yang manis-manis, kepahitan itu terutama berkaitan dengan inflasi dan harga yang tinggi, terutama harga barang makanan dan keperluan asas kehidupan, yang telah meningkat dengan banyak sehingga tekanan yang paling banyak dirasakan oleh masyarakat berekonomi lemah.

Beliau menegaskan: Sudah tentu kerja dan pembinaan yang baik telah dilakukan dalam sektor ekonomi, yang sepatutnya berkaitan dengan kehidupan dan mata pencarian rakyat.

Pemimpin Revolusi Islam menyenaraikan sokongan pengeluaran dan produksi pada tahun 1401 dengan menubuhkan kembali ribuan kilang yang pernah tertutup dan separuh tertutup, serta peningkatan syarikat berasaskan ilmu pengetahuan dan teknologi dan pengurangan peratusan kecil pengangguran, antara langkah positif dalam sektor kewangan dan berkata: Satu lagi perkara yang menggembirakan sektor Ekonomi Tahun lepas, terdapat pameran keupayaan dan pencapaian pengeluar kerajaan dan bukan kerajaan dan pertemuan beliau dengan pengeluar utama negara di Huseiniah Imam Khomeini.

Ayatullah Khamenei, menekankan bahawa pertimbangan beliau adalah positif mengenai tindakan pengeluar negara, yang juga menunjukkan beberapa pertumbuhan ekonomi dan menambah: Dalam sektor insurans, menunjukkan pertanda yang baik, dan dalam sektor yang berkaitan dengan air, gas, jalan raya, dan alam sekitar, kerja yang baik telah dilakukan.

Beliau berkata: Saya dengan tegas mengatakan bahawa kerja-kerja baik yang dilakukan dalam sektor ekonomi harus membawa kepada penambah baik kehidupan dan pendapatan rakyat, terutamanya mereka yang ekonomi lemah, dan isu ini tidak mungkin berlaku kecuali dengan perancangan yang teliti dan kesinambungan kerja.

Mengenai penilaian keadaan ekonomi negara, pemimpin Revolusi Islam, menyatakan bahawa dalam penilaian, pahit dan manis perlu dilihat secara berdampingan dan jumlahnya perlu dikira.

Ayatullah Khamenei menegaskan bahawa masalah ekonomi tidak hanya berlaku di Iran, tetapi hampir semua negara, termasuk negara yang mempunyai ekonomi yang kukuh dan maju, mengalami masalah ekonomi dan juga bankrap bank dan hutang luar biasa, dan berkata: Pegawai kerajaan dan juga ahli ekonomi, aktivis politik dan budaya sepatutnya mereka harus melakukan yang terbaik untuk menjadikan tahun ini tahun yang manis untuk negara Iran dengan mengurangkan kepahitan dan meningkatkan kejayaan.

Mengenai tahun 1402, beliau menyebut: isu utama negara pada tahun ini ialah ekonomi. Sudah tentu, ini tidak bermakna tiada masalah dalam sektor lain. Terdapat pelbagai masalah budaya dan politik di negara ini, tetapi jika kerajaan, parlimen, aktivis ekonomi, dan kumpulan rakyat muda; bermotivasi dan berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah rakyat, banyak masalah lain juga akan dapat diselesaikan.

Pemimpin Revolusi Islam, menganggap penyelesaian masalah rakyat bergantung kepada aktiviti ekonomi asas seperti aktiviti produksi dan kerja kemanusiaan; memberi bantuan awam dan bantuan kepada golongan yang lemah dalam masyarakat dan beliau menyatakan: antara tugas asas lain selain aktif produksi ialah isu penting pelaburan, yang sepatutnya pegawai kerajaan dan sektor swasta perlu memberi perhatian khusus kepadanya.

Merujuk kepada kemunduran negara dalam bidang pelaburan pada tahun sembilan puluhan, Ayatullah Khamenei menegaskan: Salah satu jurang yang serius ialah isu pelaburan yang mesti disediakan dan dilaksanakan dengan perancangan yang baik.

Tambah beliau: Memandangkan semua aspek ini khususnya isu inflasi sebagai masalah utama dan berproduksi sebagai salah satu kunci untuk menyelamatkan negara daripada masalah ekonomi, saya mengumumkan slogan 1402 sebagai tahun "Kawalan inflasi dan pertumbuhan produksi".

Ayatullah Khamenei menekankan: Para pegawai dan aktivis ekonomi, aktivis sosial dan budaya, serta radio dan televisyen, yang mempunyai tugas untuk mencipta budaya, harus meletakkan semua usaha mereka dalam kedua-dua isu ini untuk membendung dan mengurangkan inflasi pada mulanya dan di tempat kedua; mencipta persekitaran yang menyediakan peningkatan pengeluaran atau produksi.

Di akhir perutusan Nowruznya, Pemimpin Revolusi Islam, sambil menyatakan pengabdiannya kepada Hazrat - بقیه‌ الله‌ الاعظم(عج) - Baqiyatullahil-A'azam - Al-Imamul Mahdi (AFS) untuk memohon kepada Tuhan Yang Maha Kuasa, peninggian darjat bagi jiwa murni Imam yang mulia (Al-Imam Khomeini) dan para syuhada dan kebahagiaan rakyat Iran pada Nowruz tahun baru ini.

captcha