IQNA

Keutamaan dan adab bulan Ramadhan dalam sabda Rasulullah SAW

7:00 - March 28, 2023
Berita ID: 3102382
TEHRAN (IQNA) - Terdapat pelbagai riwayat hadis tentang kepentingan dan keutamaan Ramadhan, antaranya, khutbah Nabi Islam (SAW) menjelang bulan suci Ramadhan sangat penting untuk disemak.

Dinyatakan dalam kitab muktabar - yang boleh dipercayai «کنز المرام فی اعمال شهر‌الصیام» "Kanzul-Maram fi A'maal Syahri-Siyam" bahawa Syeikh Saduq (شیخ صدوق) meriwayatkan dalam dokumen yang sahih daripada Imam AhlulBait - Al-Imam Ar-Redha (as) bahawa Nabi (SAW) memberikan khutbah pada akhir bulan Syaaban (di salah satu tahun selepas Hijrah Baginda SAW), berkata, yang bermaksud:

"Wahai manusia, sesungguhnya bulan Allah telah menghadap kamu dengan keberkatan, rahmat dan keampunan; Bulan yang merupakan bulan yang paling baik di sisi Allah, hari-harinya adalah hari-hari yang terbaik, malam-malamnya adalah malam-malam yang paling baik dan waktu-waktunya adalah waktu yang paling baik.

Bulan di mana anda dipanggil ke hari pertamuan - jamuan Tuhan dan menjadi salah seorang daripada umat Tuhan yang bermaruah - yang dimuliakan olehNya; Nafasmu dikira pahala bertasbih dan tidurmu ada pahala ibadah, amalmu diterima di dalamnya dan doamu dimakbulkan.

Maka, dengan niat yang benar dan hati yang bersih dari dosa dan bebas dari sifat-sifat buruk, mohonlah kepada Allah agar diberikan keberkahan untuk berpuasa dan membaca Al-Quran pada bulan tersebut, amat merugilah orang yang terhalang dari mendapatkan keberkahan dan keampunan Allah dalam bulan ini.

Dengan dahaga dan laparmu di bulan ini, ingatlah akan kehausan dan kelaparan hari kiamat, bersedekahlah kepada fakir dan miskin, hormati orang tua, kasihanilah anak-anak, perlakukanlah saudaramu dengan kebaikan dan kasih sayang, dan jagalah lisanmu dari yang tidak boleh diucapkan.

Jagalah, tutuplah matamu dari pandangan yang tidak halal, tutup telingamu dari bunyi yang haram, usaplah anak yatim, agar anak yatimmu juga diperlakukan demikian sesudahmu.

Bertaubatlah dari dosa-dosamu kepada Tuhan, angkat tanganmu ke langit pada waktu solat, kerana waktu-waktu solat adalah waktu yang terbaik dan pada waktu-waktu itu, Yang Maha Tinggi memandang hamba dengan mata belas kasihan, menjawab doa mereka, menyambut panggilan "Labaik" memenuhi kehendak pendoa.

Wahai manusia, Rohmu bertanggungjawab atas amalmu, maka tebuslah dirimu dengan beristighfar, punggungmu membengkok di bawah beban dosa yang berat, ringankanlah dengan sujud yang panjang. Allah yang maha kasih telah bersumpah dengan diri-Nya sendiri bahawa dia tidak akan menyiksa ahli ibadah dan orang yang sujud dan tidak akan menyiksa mereka dengan api neraka.

Wahai manusia, setiap kamu memberi buka puasa untuk seorang mukmin di bulan ini akan mendapat pahala memerdekakan seorang hamba sahaya dan diampuni dosa-dosamu yang telah lalu.

Wahai manusia, sesiapa yang memperbaiki akhlaknya di bulan ini akan mendapat kemudahan di akhirat, dan sesiapa yang menghentikan kejahatannya terhadap manusia pada bulan ini, Allah akan menahan kemurkaannya daripadanya pada hari kiamat.

Sesiapa yang membelai anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakannya di hari kiamat, Sesiapa yang menziarahi kerabatnya dan berbuat ihsan di bulan ini, rahmat Allah meliputinya, Sesiapa yang memutuskan hubungan dengan kerabatnya di bulan ini, Allah akan menahan rahmat-Nya daripadanya pada hari kiamat.

Wahai manusia, dibukakan pintu-pintu syurga pada bulan ini, mohonlah kepada Allah agar tidak menutupnya untukmu, dan pintu-pintu neraka ditutup pada bulan ini, mohonlan kepada Allah agar tidak dibukakan untukmu, syaitan-syaitan dipenjara pada bulan ini, dari mintalah kepada Tuhan untuk tidak membiarkan mereka menguasai anda".

3893327

captcha