IQNA

Perumpamaan orang mukmin dan kafir kepada cahaya dan kegelapan

8:22 - March 24, 2023
Berita ID: 3102375
TEHRAN (IQNA) - Kepercayaan kepada Tuhan, Kepercayaan kepada hari kebangkitan dan amal soleh adalah sebagai kepercayaan yang membawa kepada kehidupan baru, kehidupan yang lebih tinggi daripada kehidupan haiwan, pandangan dan cahaya baru yang menunjukkan dimensi baru kewujudan seseorang dan orang yang belum mencapai iman ini masih berada dalam kegelapan dan terperangkap dalam neraka perpisahan dan terhalang melihat cahaya cinta.

Laporan IQNA; "365 Hari dalam Percakapan Al-Quran" tajuk buku yang ditulis oleh Profesor Husein Muhiddin Ilahi Qomshei (حسین محی‌الدین الهی قمشه‌ای), adalah buku keempat dalam siri buku mengenai "Belia dan budaya global". Koleksi ini diterbitkan buat pertama kali pada tahun 1390HS dengan tujuan untuk memperkenalkan budaya dan sastera kepada golongan muda.

Buku "365 Hari dalam Percakapan Al-Quran", 365 petikan pendek dan panjang dari Al-Quran telah dipilih untuk membiasakan golongan muda dengan ajaran Al-Quran yang menyeluruh, dan usaha telah dibuat untuk melukis gambaran tentang pelbagai dimensi firman ilahi untuk pembacanya.

Buku ini bukanlah ulasan atau tafsir dalam erti kata idiomatik seperti buku tafsir Al-Quran Kashaf (کشاف) dan Majmaul-Bayan (مجمع البیان) dan seumpamanya, tetapi lebih merupakan refleksi dari Kitab Wahyu dalam kesusasteraan mistik Parsi dan Islam yang melihat Al-Quran dari perspektif sastera, estetika, moral, sosial dan mistik.

Kumpulan pemikir IQNA, bagi memberi manfaat kepada pelayarnya daripada khazanah Al-Quran dan sastera ini, telah menerbitkan petikan daripada buku "365 Hari dalam Percakapan Al-Quran", bahagian ke-72 hari dari buku ini dipersembahkan kepada hadirin yang dikasihi dengan tajuk; "Perumpamaan orang mukmin dan kafir dengan terang dan gelap".

أَوَمَنْ كَانَ مَيْتًا فَأَحْيَيْنَاهُ وَجَعَلْنَا لَهُ نُورًا يَمْشِي بِهِ فِي النَّاسِ كَمَنْ مَثَلُهُ فِي الظُّلُمَاتِ لَيْسَ بِخَارِجٍ مِنْهَا كَذَلِكَ زُيِّنَ لِلْكَافِرِينَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

"Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami hidupkan dia semula (dengan hidayah petunjuk), dan Kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapatlah ia membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan dapatlah) ia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia, (adakah orang yang demikian keadaannya) sama seperti yang tinggal tetap di dalam gelap-gelita (kufur), yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya? Demikianlah (sebagaimana iman itu diperlihatkan keelokannya kepada orang-orang yang beriman), diperlihatkan pula pada pandangan orang-orang yang kafir itu akan keelokan apa yang mereka telah lakukan (dari perbuatan kufur dan segala jenis maksiat)." (Qs, Al-An'aam 6:122).

رگ رگ است این آب شیرین و آب شور
بر خلایق می‌رود تا نفخ صور
نیکوان رفتند و سنت‌ها بماند
وز لئیمان ظلم و لعنت‌ها بماند (مثنوی)

Urat adalah urat, ini adalah air segar - tawar manis dan air masin
Ia berterusan mengalir pada ciptaan sehingga sangkakala ditiup
Orang yang berbudi telah pergi dan sunnahnya kekal
dan dari pendurhaka zalim, kutukan abadi. (Mastnawi)

Orang-orang yang gelap hati, pahit rasa hatinya, betapa mereka hanya melihat racun dan apa yang mereka muntahkan ke atas anak-anak yang tidak berdosa, mereka hinakan di bawah tangan dan kaki mereka, dan mereka telah menghancurkan nilai keindahan dan kemanusiaan dan patung kebebasan dengan kejahilan, mereka pecahkan, kemudian memandangnya sebagai kelakuan yang baik. Sudah tentu para penyaksi yang sentiasa membina dan mendirikan patung-patung ini dan memaniskan lelangit dengan nektar seni dan kesopanan juga sentiasa berada di dunia yang juga memberi aksi yang baik dan beradab.

4126168

captcha