IQNA

Mengenali 20 nama bulan suci Ramadhan

14:23 - March 28, 2023
Berita ID: 3102385
TEHRAN (IQNA) - Bulan suci Ramadhan mempunyai banyak nama dalam kata-kata Maksumin (as), yang masing-masing nya menyatakan dimensi bulan ini, dan menurut hadis Nabi (SAW), "Ramadhan" adalah salah satu dari nama Tuhan.

Dinyatakan dalam kitab muktabar - yang boleh dipercayai «کنز المرام فی اعمال شهر‌الصیام» "Kanzul-Maram fi A'maal Syahri-Siyam" bahawa pelbagai nama dan tafsiran bulan Ramadhan telah disebutkan, beberapa di antaranya akan kami ulas di bawah:
1. Salah satu nama bulan suci puasa ialah "Ramadhan"«رَمَضان».
Perkataan "«رَمَضان»" dalam bahasa Arab berasal dari akar kata «رَمَض» - Ramadha - yang bermaksud pencairan pasir gurun akibat cahaya matahari.

Pada bulan Ramadhan, cahaya ilmu dan cinta ilahi menyinari hati orang-orang yang beriman, dan sinaran cahaya ilahi yang bersambung mencipta kesan seperti sinaran matahari dalam hati-hati setiap mukmin. Hati-hati ini dipanaskan dengan mengingati Allah dan oleh rasa takut untuk menjauhi kemaksiatan terhadapNya, dan badan-badan menjadi hangat kerana beribadat, dan dalam hari-hari yang panjang, kepanasan dahaga dan kelaparan juga menambah suasana panas yang dirasakan.

Makna lain dari "Ramadha" ialah hujan musim luruh yang turun di tanah kering, sebagaimana hujan rahmat Allah di bulan Ramadhan menyirami hati orang-orang yang beriman dan membersihkan hati hamba dari pencemaran dosa.

2. Nama lain bulan Ramadhan ialah “Mudhamar” «مضمار». Menurut bahasa Arab; Kuda yang disiapkan untuk perlumbaan yang terlati selama 40 hari dengan cara yang khas; dipanggil «مضمار» - kuda perlumbaan terlatih.

Di Madrasah latihan Ramadhan, orang yang berpuasa menjalani latihan penjimatan selama sebulan dan mempersiapkan diri untuk memasuki arena pertandingan, untuk mengatasi orang lain di medan pengabdian kepada Tuhan. Dalam hal ini, Imam Husain (as) berkata:

«إنّ اللّه عزّ وجلّ جعل شهر رمضان مضمارا لخلقه یستبقون فیه بطاعته إلی رضوانه، فسبق فیه قوم ففازوا، وتخلّف آخرون فخابوا

“Sesungguhnya Allah Ta’ala menciptakan bulan Ramadhan sebagai sarana (medan perlumbaan) dan pelatihan bagi manusia untuk mentaatiNya secara intensif dalam apa yang diredhaiNya, sehingga hambaNya berjaya mendahului masuk syurga dan mencapai kebahagiaan dan sekumpulan lain terjunam dalam neraka - kemaksiatan"

3. Nama lain bagi bulan Ramadhan ialah "Syahrullah" «شهراللّه» yang bermaksud "bulan Allah". Sebagaimana sabda Rasulullah SAW dalam khutbahnya yang terkenal pada akhir Syaaban;

یا أیّها النّاس قد أقبل علیکم شهراللّه بالبرکة والرّحمة والمغفرة

"Wahai manusia, "bulan Allah" telah menghadap kepadamu, dengan keberkatan, rahmat dan keampunan"

4. Syahru al-Siyam; bulan puasa - شهر الصیام
5. Syahru al-Islam; bulan Islam - شهر الاسلام
6. Syahru al-Thuhur; bulan bersuci - شهر الطُهور
7. Syahru al-Tamhis; bulan pembersihan - شهر التّمحیص
8. Syahru al-Qiyam; bulan menghidupkan malam - شهر القیام
Imam Sajjad (as) menggunakan lima gelaran ini pada bulan Ramadhan dalam doanya yang terkenal yang dibacanya ketika melihat hilal Ramadhan, yang bermaksud; Pada bulan ini hamba Allah melakukan perbaikan diri dengan menunaikan puasa, menyerah diri, membersihkan dan mensucikan diri dari dosa dan maksiat dan mendirikan malam dengan ibadah dan munajat.
9. Syahru al-Barakah; bulan yang diberkati - شهر البرکة
10. Syahru al-Inabah; bulan kembali kepada Allah - شهر الانابه
11. Syahru al-Taubah; bulan taubat dari dosa - شهر التوبه
12. Syahru al-Maghfirah; bulan pengampunan - شهر المغفرة
13. Syahru al-Atiq; bulan pembebasan dari api neraka - شهرالعتق من النار
14. Syahru al-Fauz; bulan kejayaan sampai ke Syurga - الفوز بالجنة
15. Syahru al-Tsawab; bulan mendapat bonus pahala - شهر الثواب
16. Syahru al-Raja'; Bulan harapan dan keinginan - شهر الرجا
17. Syahru al-Sabr; bulan kesabaran -شهر الصبر
18. Syahru al-Mawasat; Bulan toleransi bersama saudara seiman (tolong menolong dan empati) - شهر المواسات
19. Syahru al-Rahmah; bulan rahmat - شهر الرحمة
20. Seyyed al-Syuhur ; Pemimpin bulan-bulan - سید الشهور

*Kebanyakan dari dua puluh nama yang disebut sebagai nama panggilan bulan Ramadhan, merujuk kepada khutbah terkenal Nabi (SAW) yang disampaikan pada hari Jumaat terakhir bulan Syaaban.

3893841

captcha