IQNA

Apa kata Al-Quran / 36

Skop perkahwinan orang Islam

8:36 - November 20, 2022
Berita ID: 3101824
TEHRAN (IQNA) - Keluarga merupakan salah satu tonggak sosial terpenting di mana proses membesarkan anak-anak dan generasi penerus dijalankan. Islam sensitif terhadap unit sosial ini dan telah menentukan rangka kerja khusus untuknya.

Laporan IQNA; Al-Quran mempunyai ketetapan dan undang-undang yang luas tentang perkahwinan dan telah menyatakan hukum yang luas mengenainya. Salah satu daripada peraturan ini ialah larangan perkahwinan orang Islam dengan orang musyrik (kafir):

وَلَا تُنْكِحُوا الْمُشْرِكِينَ حَتَّى يُؤْمِنُوا ... وَلَوْ أَعْجَبَكُمْ أُولَئِكَ يَدْعُونَ إِلَى النَّارِ وَاللَّهُ يَدْعُو إِلَى الْجَنَّةِ وَالْمَغْفِرَةِ بِإِذْنِهِ وَيُبَيِّنُ آيَاتِهِ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ

"Dan janganlah kamu menikahi wanita-wanita musyrik, sebelum mereka beriman. Sesungguhnya wanita budak yang mukmin lebih baik dari wanita musyrik, walaupun dia menarik hatimu. Dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik (dengan wanita-wanita mukmin) sebelum mereka beriman. Sesungguhnya lelaki budak yang mukmin lebih baik dari lelaki musyrik, walaupun dia menarik hatimu. Mereka mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke syurga dan ampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menerangkan ayat-ayat-Nya (perintah-perintah-Nya) kepada manusia supaya mereka mengambil pelajaran." (Qs, Al-Baqarah : 2 : 221).

Penulis tafsir Amstal membahas tentang ayat ini: Ayat ini sebenarnya adalah jawapan kepada soalan tentang berkahwin dengan orang musyrik.

Daripada ayat ini, kita memahami bahawa tujuan perkahwinan bukan sahaja untuk kesenangan seksual, wanita adalah pasangan hidup lelaki dan guru kepada anak-anaknya dan membentuk separuh daripada keperibadiannya, namun, bagaimana kita dapat mengelakkan syirik dan akibat buruknya dengan ditukar oleh kecantikan luaran dan secuil kekayaan sementara duniawi?!.

Pada akhir ayat, beliau menjelaskan sebab perintah ilahi ini untuk menggerakkan fikiran supaya cermat berfikir akibat perbuatan menikah dengan orang musyrik: "Mereka - iaitu orang-orang musyrik - mengajak ke neraka, sedangkan Allah (dan orang-orang mukmin) mengajak ke syurga dan ampunan Tuhan melalui pendidikan ketaatan kepada perintahNya."

Dalam Tafsir Noor pula, ayat ini mengandungi beberapa pesanan:
1. Orang Islam tidak berhak menjalinkan hubungan kekeluargaan dengan orang kafir. «وَ لا تَنْكِحُوا» - Dan janganlah kamu berkahwin.

2. Dalam memilih jodoh, iman adalah asal perkara yang penting untuk menjadi ukuran dan berkahwin dengan orang kafir adalah dilarang. «وَ لَأَمَةٌ مُؤْمِنَةٌ خَيْرٌ» - Dan seorang wanita beriman adalah terbaik untuk dinikahi.

3. Dalam perkahwinan, jangan terpedaya dengan kecantikan, kekayaan dan status orang. «وَ لَوْ أَعْجَبَتْكُمْ ... وَ لَوْ أَعْجَبَكُمْ» - sekalipun kecantikan, kekayaan dan status mereka membuat kamu kagum.

4. Status, kekayaan dan kecantikan tidak memenuhi tempat iman. «وَ لَوْ أَعْجَبَكُمْ».

5. Telah diberi keutamaan memilih pasangan berkahwin dengan orang-orang yang komitmen beriman; ertinya orang-orang yang memiliki sifat-sifat murni moral agama; tanggungjawab, amanah, taqwa sekalipun sesorang itu tidak punya status, harta dan kecantikan, ertinya dia lemah dan kekurangan dalam segi ekonomi dan pangkat serta rupa wajah yang tidak cantik itu lebih baik dari orang kaya, cantik punya status tetapi musyrik. «لَأَمَةٌ مُؤْمِنَةٌ ... لَعَبْدٌ مُؤْمِنٌ خَيْرٌ» - berkahwinlah dengan mereka umat mukmin... seorang hamba yang beriman itu lebih baik bagi kamu wahai wanita dan lelaki umat Islam".

6. Naluri seksual mesti dikawal oleh pendidikan agama. «حَتَّى يُؤْمِنَّ ... حَتَّى يُؤْمِنُوا» syarat beriman adalah sebagai asas pilihan berkahwin sesama orang Islam.

7. Iman adalah sumber nilai kemajuan dan keselamatan dan syirik - penyembahan selain Allah SWT adalah sumber kehinaan, kejatuhan, kehancuran, kesesatan dan kebinasaan.

8. Iman dahulu, kemudian perkahwinan. Jangan fikir mungkin mereka akan beriman selepas berkahwin. «حَتَّى يُؤْمِنَّ ... حَتَّى يُؤْمِنُوا» sebelum melakukan pernikahan ajak beriman terlebih dahulu - "Sehingga dia beriman... sehingga mereka beriman".

9. Mencegah pengaruh unsur musyrik dalam kehidupan umat Islam, dan perhatikan pelbagai bahaya perkahwinan jenis ini. «أُولئِكَ يَدْعُونَ إِلَى النَّارِ» "Mereka, orang musyrik, menyeru kepada api neraka". Sedang orang beriman dan Allah menyeru kepada asbab bagi kamu masuk ke dalam Syurga.

10. Pasangan orang musyrik adalah perintis masuk neraka. «يَدْعُونَ إِلَى النَّارِ» "Mereka Isteri atau suami musyrik mengajak kamu ke Neraka".

Berita Berkaitan
captcha