IQNA

Kepentingan Masjid dalam Islam

5:54 - September 29, 2022
Berita ID: 3101593
TEHRAN (IQNA) - Masjid sebagai tempat yang istimewa dalam Islam. Walaupun masjid dianggap sebagai pusat ibadat sembah Tuhan, namun fungsi masjid sepanjang sejarah telah menunjukkan bahawa masjid sebagai tempat yang istimewa dalam urusan sosial dan politik umat.

Laporan IQNA; kata Masjid disebut 28 kali dalam Al-Quran, 22 daripadanya adalah bentuk tunggal dan 6 daripadanya adalah jamak. Di dalam ayat-ayat tersebut telah disebutkan tentang kepentingan dan kedudukan masjid dalam Islam, beberapa peraturan masjid dan Masjidil Haram serta peraturan khususnya, Masjid Al-Aqsa dan Masjid Ashabu Kahfi.

Al-Quran mensifatkan Masjid itu untuk Allah, oleh sebab itu kerja-kerja yang berkenaan dengan segala kerja ke arah mengingati Allah dan di jalan Allah dikerjakan di masjid-masjid:

وَأَنَّ الْمَسَاجِدَ لِلَّهِ فَلَا تَدْعُوا مَعَ اللَّهِ أَحَدًا

"Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun bersama-sama Allah." (Qs, Al-Jinn 72:18).

Ahli tafsir percaya bahawa yang dimaksudkan dengan masjid adalah tempat yang dibina untuk beribadat kepada Allah. Menurut ayat dan hadis, Kaabah di Makkah adalah rumah pertama tauhid dan rumah pertama yang dibina untuk menyembah Tuhan Yang Esa:

إِنَّ أَوَّلَ بَيْتٍ وُضِعَ لِلنَّاسِ لَلَّذِي بِبَكَّةَ مُبَارَكًا وَهُدًى لِلْعَالَمِينَ

"Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia." (Qs, A-li'Imraan 3:96).

Kerana kepentingan dan keutamaan masjid di atas tempat-tempat lain, Allah telah menisbatkan masjid itu kepada dirinya dan menganggapnya sebagai miliknya, sehingga dapat ditentukan kelebihannya daripada tempat-tempat lain.

Menyerahkan masjid kepada Tuhan mempunyai aspek simbolik dan menunjukkan bahawa masjid adalah perhatian khusus Tuhan. Oleh itu, perkara yang dilakukan di masjid-masjid adalah untuk kepentingan Allah dan umat Islam penyembah Allah SWT - Tuhan yang Maha Esa.

Oleh sebab itu masjid merupakan pusat iman dan taqwa serta persekitaran yang suci dan mulia serta pusat beribadat dan bermunajat kepada Allah, namun ada yang cuba menghalang kehadiran umat Islam di masjid.

Kerana masjid sepanjang sejarah sentiasa menjadi asas perpaduan dan empati dan benteng perjuangan menentang penindasan dan rasuah, itulah sebabnya para Penzalim dan orang yang korup takut kepada pusat-pusat ini dan menganggap masjid sebagai ancaman serius kepada diri mereka sendiri.

Kadang-kadang mereka telah memusnahkan masjid-masjid dan kadang-kadang mereka telah menakut-nakutkan atau menghalang orang Islam daripada menghadiri masjid; Allah telah menyifatkan orang-orang ini sebagai orang yang paling zalim:

وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنْ مَنَعَ مَسَاجِدَ اللَّهِ أَنْ يُذْكَرَ فِيهَا اسْمُهُ وَسَعَى فِي خَرَابِهَا

“Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatunya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar." (Qs, Al-Baqarah 2:114).

Nama:
Email:
* komen:
captcha