IQNA

Analisis yang berbeza tentang hubungan antara Al-Quran dan Ahlul-Bayt (as)

15:40 - June 18, 2023
Berita ID: 3102731
Analisis yang berbeza tentang hubungan antara Al-Quran dan Ahlul-Bayt (as)
TEHRAN (IQNA) – Sebahagian ahli tafsir menganggap perkaitan Al-Quran dan Ahlul-Bayt baginda Rasulullah (SAW) dalam batasan adanya ayat-ayat Al-Quran yang menetapkan kewalian Ahlul-Bayt (as), tetapi hadis yang diriwayatkan oleh Rasulullah (SAW) mempunyai aspek yang lebih luas.
Analisis yang berbeza tentang hubungan antara Al-Quran dan Ahlul-Bayt (as)

Reza Muhaqiqian (رضا محققیان), pakar sains Islam, pada pertemuan "Keberiringan Al-Quran dengan Itrat" - Ahlul-Bayt (as), menyatakan beberapa perkara tentang (حدیث ثقلین) "Hadis Tsaqalain" baginda Rasulullah (SAW), petikan yang boleh anda baca di bawah;

Kita mempunyai ini dalam beberapa riwayat daripada Rasulullah (SAW) bahawa «علی مع القرآن و القرآن مع علی » - Ali maal Quran wa Al-Quran Maa Ali; yang bermaksud; "Ali bersama Al-Quran dan Al-Quran bersama Ali".

Jadi tafsiran "keberiringan"; persahabatan, perkaitan dan tidak terpisahnya antara Ahlul-Bayt baginda Rasulullah (SAW) dengan ajaran-ajaran Al-Quran dinyatakan oleh sabda Nabi (SAW) sendiri. Asosiasi ini tidak bermakna bahawa beberapa ayat wilayat telah menjelaskan Ahlul-Bayt (as) sahaja.

Maksud hadis tersebut ialah: Keseluruhan Al-Quran yang terdiri daripada 114 surah hendaklah disertakan dengan Ahlul-Bayt (as). Begitu juga, Ahlul-Bayt (as) hendaklah disertakan dengan surah-surah Al-Quran. Setiap surah boleh dikaitkan dengan Ahlul-Bayt (as) dengan cara yang berbeza.

Cara yang pasti ialah setiap surah mengikut tujuan dan bilangan ayat ditentukan berdasarkan tujuan surah tersebut. Sebenarnya, surah itu bukan sahaja menyediakan orang ramai untuk mencapai matlamat, tetapi juga menyediakan pelaksanaan matlamat surah-surah itu oleh para maksum dari Ahlul-Bayt Nabi Muhammad (SAW), dan setiap surah adalah berkaitan dengan Ahlul-Bayt (as) berdasarkan matlamat tersebut.

Contohnya, Surah Hamd atau Al-Fatihah bermula dengan perkataan Hamdalah - pujian, serasinya di samping pujian harus ada nikmat dan berkat, nikmat dan keberkahan disebut dalam sambungan surah tersebut. 

Apabila kita meneliti nikmat dan keberkatan itu dalam hadis-hadis, kita melihat bahawa nikmat dan keberkatan ini adalah nikmat dan keberkatan wujud Ahlul-Bayt Nabi (as). Maka seluruh tujuan Surah Al-Hamd adalah untuk memuji dan bersyukur kepada Allah atas nikmat yang paling agung, yaitu nikmat wilayat para Maksumin dari Ahlul-Bayt baginda Rasulullah Muhammad (SAW).

Kisah Nabi Adam (as) disebut dalam surah yang berbeza, tetapi dalam Surah Al-Baqarah ada sebahagian kisah yang Allah hendak meletakkan nabi Adam sebagai khalifah di muka bumi.

Apakah syarat menjadi khalifah Allah? 
Syarat pertama ialah ilmu. Salah satu syarat Imam ialah berilmu luas. Dalam Surah Al-Baqarah ini juga disebutkan kisah Talut dan Jalut dengan menyatakan syarat lain untuk kepimpinan: 

وَقَالَ لَهُمْ نَبِيُّهُمْ إِنَّ ٱللَّهَ قَدْ بَعَثَ لَكُمْ طَالُوتَ مَلِكًۭا ۚ قَالُوٓا۟ أَنَّىٰ يَكُونُ لَهُ ٱلْمُلْكُ عَلَيْنَا وَنَحْنُ أَحَقُّ بِٱلْمُلْكِ مِنْهُ وَلَمْ يُؤْتَ سَعَةًۭ مِّنَ ٱلْمَالِ ۚ قَالَ إِنَّ ٱللَّهَ ٱصْطَفَىٰهُ عَلَيْكُمْ وَزَادَهُۥ بَسْطَةًۭ فِى ٱلْعِلْمِ وَٱلْجِسْمِ ۖ وَٱللَّهُ يُؤْتِى مُلْكَهُۥ مَن يَشَآءُ ۚ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌۭ 
"Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: "Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. Mereka menjawab: "Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?" Nabi mereka berkata:" Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan". Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya." (Qs, Al-Baqarah 2:247).

Maksudnya imam itu mesti dipilih oleh Allah, beliau juga mesti mempunyai ilmu dan kebolehan mengurus negara. Oleh itu, keseluruhan Surah Al-Baqarah telah menjelaskan ciri-ciri petunjuk ketuhanan, dan keseluruhan Surah Al-Baqarah adalah berkaitan dengan para Imam suci Ahlul-Bayt nabi Muhammad (SAW), yang merupakan petunjuk ketuhanan - pemberi hidayah yang juga sama dengan sifat Al-Quran.

captcha