IQNA

Kedudukan Al-Quran dalam Peristiwa Asyura Husaini

18:20 - July 30, 2023
Berita ID: 3102941
TEHRAN (IQNA) – Imam Hussain (as) berdiri untuk mengikuti perintah ilahi dan menyampaikan mesej Al-Quran kepada telinga umat Islam, dan ini menjadikan Islam dan Al-Quran kekal sepanjang sejarah dan sehingga hari ini.

Tercatat dalam sejarah bahawa para pembesar, ketua dan penduduk kota Kufah menulis ribuan surat kepada Imam Husain (as) untuk datang ke Kufah dan membentuk pusat pemerintahan Islam di sana. 

Apabila Imam Husain (as) memutuskan untuk bergerak ke arah Kufah, beberapa orang memintanya berhenti. Sebagai balasan kepada mereka, Imam Husain (as.) membacakan ayat Al-Quran ini: 

أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِكْكُمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنْتُمْ فِي بُرُوجٍ مُشَيَّدَةٍ...
"Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh..." (Qs, An-Nisaa' 4:78).

Demikian Imam Husain (as) berkata bahawa syahid sudah tertulis dalam takdir saya dan saya mesti dibunuh; Islam dan Al-Quran tidak akan hidup melainkan bersama pengorbanan dan dengan darah ditumpahkan, semakin suci darah ini, ia akan menjadi jaminan untuk memelihara Islam dan Al-Quran sehingga hari kiamat. Selepas itu, Imam Husain (as) membacakan ayat 154 Surah Al-Imran;

...قُلْ لَوْ كُنْتُمْ فِي بُيُوتِكُمْ لَبَرَزَ الَّذِينَ كُتِبَ عَلَيْهِمُ الْقَتْلُ إِلَى مَضَاجِعِهِمْ وَلِيَبْتَلِيَ اللَّهُ مَا فِي صُدُورِكُمْ...؛
"...katakanlah (wahai Muhammad): "Kalau kamu berada di rumah kamu sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang yang telah ditakdirkan (oleh Allah) akan terbunuh itu ke tempat mati masing-masing". Dan (apa yang berlaku di medan perang Uhud itu) dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang ada dalam dada kamu, dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hati kamu. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada". (Qs, A-li'Imraan 3:154).

Malah selepas peristiwa Asyura, yang dilihat dan didengari adalah mesej Al-Quran dan ayat-ayat Al-Quran daripada tawanan Karbala. 

Selepas kesyahidan Imam Husain (as) dan para sahabatnya, tawanan Karbala dibawa ke Syam (kini Syria). Ibnu Ziyad (pemerintah Syria) membaca ayat 10 Surah Rum: 

ثُمَّ كَانَ عَاقِبَةَ الَّذِينَ أَسَاءُوا السُّوأَى
"Maka akibat orang-orang yang melakukan kejahatan itu ialah seburuk-buruk azab".

Hazrat Zainab (as) (saudara perempuan Imam Husain (as) sebagai membidas bacaan Ibnu Ziyad, beliau (as) membaca ayat 79 Surah An-Nisa:

مَا أَصَابَكَ مِنْ حَسَنَةٍ فَمِنَ اللَّهِ وَمَا أَصَابَكَ مِنْ سَيِّئَةٍ فَمِنْ نَفْسِكَ...
"Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri...". (Qs, An-Nisaa' 4:79). 

Pesan-pesan Asyura, banyak diambil dari ayat-ayat Al-Quran, supaya disampaikan ke telinga semua orang, bahawa gerakan Imam Husain (as) merupakan gerakan keagamaan yang berasal dari ajaran Al-Quran; pada setiap peringkat, anda boleh mendengar suara Al-Quran atau mesej daripada Al-Quran dalam kelangsungan tragedinya. Oleh itu kebangkitan menentang penindasan (penzalim) dan ketidakadilan adalah kewajipan setiap Muslim, sebab itu mesej utama Al-Quran. 

Imam Husain (as) juga melihat Islam dalam bahaya; dimana prinsip agama menuju ke arah penyelewengan dan kemusnahan oleh pemerintah zalim, jahil dan korup; Oleh itu, beliau (as) memprotes dan bangkit menentangnya berdasarkan perintah ayat-ayat Al-Quran.

 

captcha