IQNA

Cucu Qari terkenal Mesir menceritakan;

Pengabdian harian Syaisya kepada Al-Quran dan perhatian khusus kepada keluarga

19:28 - August 15, 2023
Berita ID: 3103018
QARI MESIR (IQNA) - Muhammad Al-Yamani (محمد الیمانی), cucu kepada Syeikh Abul-Ainin Syaisya (شیخ ابوالعینین شعیشع), salah seorang qari Mesir yang meninggal dunia, berkata bahawa qari agung Al-Quran ini memberi banyak perhatian kepada keluarganya dan ahli Al-Quran, juga sebagai amalan mengaji selama sejam selepas solat subuh oleh Syeikh Abul-Ainin Syaisya.

Laporan IQNA, memetik Al-Watan (الوطن), Muhammad Al-Yamani, cucu Syeikh Abul-Ainin Syaisya, yang bercakap di saluran satelit Nas (الناس) sehari selepas hari lahirnya, berkata tentang ingatannya yang hidup di mata penduduk kampung halamannya: penduduk kota Bila (بیلا), ulang tahun ke-101 kelahiran Almarhum Syeikh, disambut dengan bacaan Al-Quran; Keluarga, saudara mara dan sahabat-sahabat Syeikh Abul Ainin Syaisya dan sejumlah qari di kota itu berkumpul dan selepas membaca ayat-ayat Al-Quran, memohon keampunan dan rahmat untuk Syeikh.

Menurut Al-Yamani, syeikh itu sentiasa memberi perhatian khusus kepada keluarganya malah selepas Almarhum menyertai Radio Mesir sebagai pembaca termuda sehingga hari itu pada tahun 1935 dan menetap di Kaherah, beliau tidak pernah meninggalkan melawat keluarganya di kota Bila.

Cucu menambah: Syeikh berusaha bersungguh-sungguh untuk memenuhi keperluan ahli Al-Quran, dan walaupun sangat sibuk, Almarhum hadir di semua majlis perkahwinan cucu-cucunya atau anak-anak saudaranya, dan juga hadir di semua majlis upacara perkabungan keluarga, dan Almarhum menggunakan bacaannya yang indah untuk menghiburkan mereka yang ditinggal.

Cucu kepada Syeikh Abul Ainin Syaisya berkata tentang amalannya membaca Al-Quran: Syeikh pernah mengamalkan bacaan selama sejam setiap hari selepas solat subuh dan juga berjalan kaki selama sejam setiap hari.

4162383

captcha