IQNA

Bahagian 2 ; Kepentingan memperhatikan Asyura dan Arbain Husaini

Pembangkit Kembali kepada Ajaran murni Al-Quran

21:14 - September 20, 2023
Berita ID: 3103201
ANALISIS SEJARAH (IQNA) - Generasi kontemporari Islam telah semakin sedar bahawa kitab suci Al-Quran yang ada di tangannya adalah kitab suci yang mengajarkan seluruh nilai murni untuk kemajuan hidup bertamadun yang sebenar umat manusia, oleh itu bagi umat manusia hari ini, hanya satu jalan untuk menyelesaikan semua krisis kemanusiaan mereka adalah menekuni ajaran Al-Quran secara saksama dan sistematik.

Presiden Republik Islam Iran, hujatul Islam wal-Muslimin Raisi, yang bersesuaian dengan gelaran beliau sebagai hujah Islam dan umat Islam, tentu sahaja telah mewakili sekitar 2 beliun umat manusia kontemporari yang telah siap menjunjung tinggi dan berkorban mempertahankan kehormatan kitab suci Kemanusiaan ini.

Cetusan idea menjawab kesombongan orang-orang kafir yang mencuba menghina kesucian dan kehormatan kitab suci Islam yang memuat firman-firman suci Tuhan yang maha Esa, telahpun cukup mendapat jawapan yang sepatutnya dengan cara terbaik, menjelaskan dan memperkenalkan isi kandungan ajaran mulia kitab Al-Quran yang memartabatkan nilai suci kemanusiaan umat manusia di depan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada tengah malam Selasa, 19 September, waktu Tehran, ini satu lonjakan bersejarah bagi peranan seorang hujah Islam dan Muslimin yang muncul dari kubu revolusioner Islamik dan sebagai presiden Republik Islam mengangkat kitab suci Tuhan untuk umat manusia di hadapan Perhimpunan perlembagaan bangsa-bangsa manusia sedunia, suatu peristiwa yang tentu diilhami oleh Kebangkitan Asyura dan Karbala Husain bin Ali dan Fatimah Binti Muhammad (SAW), seorang Nabi besar Tuhan pembawa kitab Al-Quran yang sekarang menjadi isu sentral menjadi pembeza dua kubu manusia; Muslim atau Kafir, sesuai dengan nama lain Al-Quran adalah Al-Furqan «الفرقان» yang bermaksud Pemisah Haq dan Batil atau Muslim dan Kafir.

Kemajuan kubu manusia materialis yang berpusat pada keangkuhan ketua-ketua masyarakat kafir di Barat, yang mendakwa sebagai yang bertamadun, nyatanya hanya tong kosong nyaring bunyinya kata pepatah Melayu yang bermaksud; tidak bertamadun sebenarnya - Orang jahil cakap besar tidak berfaedah, hanya polesan palsu (Makeup) untuk mempercantik penampilan zahir sahaja, itulah gambaran tamadun palsu masyarakat kafir dan apartheid.

Perjuangan mempertahankan kesucian, kemurnian dan kehormatan firman-firman Tuhan telah dibuat sepanjang sejarah kemanusiaan, hingga kemuncaknya adalah dibuat oleh Imam Husain (as) Cucunda Nabi Muhammad (SAW) yang dikenal dengan tragedi kesyahidannya di Karbala dan Asyura, sejak itu kebangkitan terus dilancarkan oleh para pecinta Ahlul-Bayt Nabi besar Islam yang sudah tentu mencintai Al-Quran dan siap bangkit kembali untuk mempertahankan keagungan kesucian dan kemuliaan kitab suci kemanusiaan bertamadun sebenar ini.

*Siri Kebangkitan Al-Quran Husaini - kajian Sekhah Al-Idrus; Study Program Muslim Thought (Ph.D) at Al-Mustafa International University, Republik Islam Iran.

captcha