IQNA

Adakah rakyat Palestin menjual tanah mereka kepada Zionis?

19:32 - October 23, 2023
Berita ID: 3103351
BADAI AL-AQSA BUMI PALESTIN (IQNA) - Salah satu isu yang dibangkitkan mengenai pembentukan rejim Zionis ialah rakyat Palestin menjual tanah mereka kepada Zionis dan ini merupakan salah satu faktor penting pembentukan rejim Israel. Tetapi sejauh mana kebenaran dakwaan ini?

Laporan IQNA; Salah satu keraguan yang sentiasa kedengaran tentang pembentukan rejim Zionis Israel ialah rakyat Palestin menjual tanah mereka kepada Yahudi Zionis pada awal dekad abad ke-20, dan ini secara beransur-ansur membawa kepada pengembangan Zionisme, penjajahan tanah Palestin dan pembentukan rejim Israel, tetapi sejauh manakah kenyataan ini didokumentasikan?

Laman web berita analitik Yeni Shafaq telah menyiasat isu ini dalam artikel yang ditulis oleh Taha Clinch, memetik fakta sejarah;

Proses pembentukan rejim Israel

Penjajahan Zionis yang membawa kepada penubuhan Israel di tanah bersejarah Palestin, berjalan melalui tiga paksi atau peringkat utama: 

1. Pembunuhan, keganasan dan buangan,
2. Perampasan dan pendudukan tanah awam,
3. Penjajahan tanah, harta benda individu rakyat Palestin. 

Mari kita periksa topik ini dalam susunan kronologi, bermula hingga langkah terakhir:

Pada abad ke-19, ketika Empayar Uthmaniyyah masih berkuasa, terdapat ramai orang dari pelbagai kaum dan agama dari seluruh dunia di Palestin. Pada masa itu, keistimewaan telah diberikan kepada bangsa yang berbeza dan rakyatnya dalam rangka dasar kerajaan yang menjaga keseimbangan, mudah dan toleran; Hak untuk membina kuil «معابد» tempat ibadah diberikan kepada penganut agama yang berbeza dan peraturan mudah diwujudkan mengenai urus niaga hartanah.

Selain masyarakat Yahudi yang tinggal di bumi Palestin selama berabad-abad, Yahudi dari Eropah dan wilayah lain juga membeli tanah dan menetap di Palestin. Sudah tentu, tiada siapa pada masa itu menyangka bahawa orang-orang Yahudi ini (Eropah) suatu hari nanti akan menghalau penduduk tempatan keluar dari tanah mereka dan mewujudkan sebuah negara pendudukan (ekspansi jajah) di sana.

Tetapi semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid II, apabila gerakan politik Zionis kelihatan sebagai bahaya yang jelas, Empayar Uthmaniyyah mengambil semua langkah yang mungkin untuk menghalang penjualan tanah kepada orang Yahudi. 

Dalam perkara ini, terdapat banyak fatwa ulama Arab ketika itu, yang menekankan bahawa menjual tanah dan hartanah kepada pendatang Yahudi dari luar negara adalah "haram menurut Syariah".

Penting juga untuk disebut mengenai penjualan tanah bahawa perkara tanah kawasan besar di utara Palestin adalah milik keluarga Arab, yang kebanyakannya bukan Islam dan tinggal di Lubnan dan Mesir.

Begitu juga, di Baitulmaqdis, tanah di mana Knesset Israel dibina sekarang, dahulunya adalah milik Uskup Ortodoks Yunani Yerusalem.

Ketika Empayar Uthmaniyyah melewati hari-hari terakhirnya pada awal abad ke-20 dan secara beransur-ansur kehilangan kawalannya ke atas pelbagai tanah milik warga pribuminya, orang Yahudi yang berhijrah ke Palestin dari seluruh dunia mengambil kesempatan ini dengan menggunakan kumpulan militia bersenjata mengambil tindakan merampas, menduduki dan menggarap ladang-ladang (kibbutz) di atas tanah hasil merampas milik warga asli tempatan bumi Palestin.

Kumpulan bersenjata ini mengatur diri mereka di bawah nama yang berbeza semasa pembentukan kerajaan Israel, dan sebahagian daripada mereka dibubarkan dan yang lain bergabung untuk membentuk asas tentera Israel.

Rejim yang berasaskan genangan darah rakyat Palestin

Pembunuhan, ugutan dan pengusiran orang awam dengan menyasarkan orang asli yang tinggal di wilayah Palestin adalah kaedah paling biasa, mudah dan meluas yang digunakan oleh rejim Zionis dan mendapat hasil yang paling banyak.

Dalam tempoh singkat dari pertengahan 1930-an hingga 1948, bumi Palestin menyaksikan salah satu konflik paling berdarah dalam sejarahnya. 

Lebih daripada 750,000 orang terpaksa berhijrah ke kawasan yang berbeza, lebih daripada 20,000 orang awam terbunuh, kampung-kampung dimusnahkan dan dirompak, dan kerosakan yang dahsyat telah ditinggalkan.

Penubuhan Israel bukan sekadar "kerosakan" yang mungkin berlaku pada penubuhan mana-mana negara. Hampir seribu nama kawasan dan bandar di Palestin telah dihapuskan dari peta, dan orang Yahudi merampas semua yang ditinggalkan oleh rakyat Palestin. Malah, Israel dibina di atas lautan darah warga asli Palestin.

Di samping perkara di atas, Israel merampas banyak harta dan tanah milik rakyat Palestin berikutan peperangannya dengan orang Arab pada 1948-1949, 1967 dan 1973. Juga, sistem penempatan rakyat Yahudi pendatang untuk menjadi warga rejim haram Israel adalah salah satu bentuk penjajahan kekal di tanah Palestin.

4177157

captcha