Laporan IQNA, memetik BULETIN TV3; Dari Bukit Jalil arena pidato Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan Malaysia mula dikritik dan ‘diserang’ oleh negara-negara kuasa besar susulan kelantangan membela hak Palestin.
Bagaimanapun, beliau menegaskan, Malaysia tidak sesekali gentar dengan ugutan dan tekanan tersebut.
“Saya dikritik, mula diserang beberapa kalangan Amerika Syarikat, Eropah dan Israel. Waspada saya beritahu, selagi saya diberi mandat oleh rakyat saya tidak terima ugutan itu, kita lawan tetap lawan.
Malah katanya, selagi diberikan mandat dan kepercayaan oleh rakyat, beliau selaku ketua kerajaan tidak akan tunduk dan gentar dengan sebarang ugutan.
Tambah beliau, sebagai negara berdaulat, Malaysia akan kekal bebas dan akan terus mempertahankan kebebasan negara dan juga memperjuangkan kebebasan rakyat Palestin.
“Selagi saya diberi mandat oleh rakyat, saya tidak akan terima ugutan sebegitu. Bagi kita lawan tetap lawan,”
“Saya telah terima banyak teguran dan ugutan. Tetapi saya sebut, kamu salah pilih orang.”
“Malaysia negara yang bebas dan merdeka, dan akan kekal sebagai negara yang berdaulat, yang akan perjuangkan kebebasan dan hak rakyat Palestin.”
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil malam ini.
Dianggarkan lebih 16,000 orang hadir dari seluruh negara bagi menunjukkan solidariti kepada Palestin.
buletintv3