IQNA

Pemimpin Tertinggi Revolusi

Tanfiz Masud Pezisykian Sebagai Presiden ke14 Republik Islam Iran

15:07 - July 28, 2024
Berita ID: 3104829
IQNA - Upacara pelaksanaan pertabalan «تنفیذ» penggal ke-14 jawatan presiden diadakan di hadapan pemimpin tertinggi revolusi dan dengan kehadiran sekumpulan pegawai negara di Dewan Husaini Imam Khomeini (ra).

Laporan IQNA; Upacara pelaksanaan pertabalan Masud Pezisykiyan diadakan mulai 10 pagi hari ini, Ahad, 28 Julai, dengan kehadiran pemimpin tertinggi revolusi dan dengan kehadiran pemangku presiden Syahid Raisi, speaker parlimen, ketua badan kehakiman, ketua dewan pakar kepimpinan, ketua Majlis Kemaslahatan negara, Setiausaha Dewan Wali dan sekumpulan pegawai dan Kaki tangan negara dan duta negara-negara lain yang tinggal di Tehran telah diadakan di Husainiah Imam Khomeini (ra), 
di awal majlis ini, selepas kumandang lagu kebangsaan Republik Islam, Ahmad Abul Qasimi «احمد ابوالقاسمی», qari antarabangsa negara ini, membacakan ayat-ayat dari kalimah Allah.

Dalam kesinambungan majlis ini, Hujat-ul-Islam wal-Muslimin Muhammadi Gulpaigani «حجت‌الاسلام والمسلمین محمدی گلپایگانی», ketua pejabat Pemimpin Tertinggi, membaca teks titah Pemimpin Tertinggi Revolusi mengenai pelaksanaan undi rakyat yang memilih Encik Masud Pezisykian sebagai Presiden Republik Islam Iran, dan kemudian Pemimpin Tertinggi Revolusi memberikan teks dekri kepada presiden terpilih rakyat.

Teks keputusan tersebut adalah seperti berikut:

بسم‌الله‌الرحمن‌الرحیم والحمدلله رب العالمین و صلی الله علی محمد و آله الطاهرین سیما بقیةالله فی العالمین 

Terima kasih kepada Tuhan Yang Maha Mengetahui dan Maha Perkasa, yang sekali lagi membanggakan Iran Islam dan menjadikan wajah negara besar itu bersinar; Ujian penentu pilihan raya presiden telah selesai dengan usaha rakyat dan pegawai, dalam keadaan yang sukar, dengan ketenangan dan selamat, dan presiden yang dipilih bangsa bersedia untuk menunaikan tanggungjawab yang besar.

Melihat beberapa fenomena yang tidak menyenangkan dalam beberapa ujian serupa di beberapa wilayah di dunia, menunjukkan penonjolan Iran dan warga Iran.

Pada peluang ini Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memainkan peranan dalam mencipta penghormatan ini, mengikuti negara yang besar, saya meluluskan undian mereka untuk personaliti bijak, jujur, merakyat, dan ilmiah Encik Dr. Masud Pezisykian dan melantik beliau ke jawatan presiden Republik Islam Iran. 

Dan dengan doa dan berharap yang ikhlas untuk kejayaan beliau, saya mengingatkan bahawa undi umum bangsa Iran dan tanfiz/pertabalan saya akan berterusan selagi dasar berterusan beliau untuk mengikuti jalan lurus Islam dan revolusi dikekalkan. 

Salam sejahtera ke atas hamba-hamba soleh Allah.
Seyed Ali Khamenei
 7 Murdad 1403HS

Tanfiz Masud Pezisykian Sebagai Presiden ke14 Republik Islam Iran

Tanfiz Masud Pezisykian Sebagai Presiden ke14 Republik Islam Iran

captcha