Laporan IQNA; Persidangan Antarabangsa Perpaduan Islam ke-38 dimulakan dengan kehadiran Masud Pazashkian «مسعود پزشکیان», Presiden Republik Islam Iran, dengan bacaan ayat-ayat Kalamullah Majid oleh Yunus Shahmoradi «مجید توسط یونس شاهمرادی», qari antarabangsa negara ini, dan lagu kebangsaan Republik Islam Iran di dewan sidang kemuncak di Tehran.
Pertama sekali, Hujjatul-Islam wal-Muslimin Hamid Shahriari, Setiausaha Agung Majmak Dunia Taqrib Mazahib Islam «دبیرکل مجمع جهانی تقریب مذاهب اسلامی», dalam ucapan sambil mengalu-alukan tetamu dalam dan luar negara persidangan ini, mengucapkan tahniah dan syabas atas ketibaan Minggu Perpaduan dan hari kelahiran Rasulullah SAW yang diberkati.
Teks ucapan beliau adalah seperti berikut:
اعوذ بالله من الشیطان الرجیم
بسم الله الرحمن الرحیم
والحمدلله رب العالمین
و صلی الله علی سیدنا محمد وآله الطاهرین و صحبه المنتجبین و من تبعه باحسانه الی یوم الدین
Saya berlindung kepada Allah, daripada kejahatan syaitan yang dirajam
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam
Dan selawat dan salam Allah ke atas Pemimpin kita Muhammad dan keluarganya yang suci dan Sahabatnya terpilih dan bagi sesiapa yang mengikutinya secara terbaik hingga hari kiamat.
Saya mengucapkan tahniah kepada semua tetamu dan hadirin yang dikasihi di Persidangan Antarabangsa Kesatuan umat Islam ke-38 sempena hari kelahiran yang berbahagia Nabi suci Islam SAW, dan kelahiran Imam Jafar Sadiq (as).
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat presiden Republik Islam Iran, Encik Masud Pazashkian, yang menerima jemputan kami. Selamat datang kepada semua ulama dan cendekiawan yang hadir terutama tetamu yang menerima jemputan kami dari luar negara dan Tehran.
Persidangan Antarabangsa Perpaduan Islam ke-38 dimulakan dengan tema "Kerjasama Islam untuk mencapai nilai-nilai bersama dengan penekanan terhadap isu Palestin" untuk meneruskan diplomasi hubungan rapat dan wacana satu negara, untuk penubuhan Kesatuan Negara Islam.
Kami amat berterima kasih kepada Yang Berhormat Presiden Republik Islam Iran kerana menunjukkan konsep asas ini semasa lawatan beliau ke Iraq dan mengingatkannya sebagai tuntutan asas.
Pemikiran mendalam ini, yang diasaskan oleh pengasas Republik Islam Iran, Hazrat Imam Khomeini (quddisa sirruhu zakiah), patut diberi perhatian serius dan khusus.
Matlamat asas persidangan perpaduan
Matlamat utama dan asas kami dalam persidangan perpaduan dalam empat tempoh terakhir ialah agar masyarakat Islam bergerak ke arah konsep Al-Quran yang ideal dan membawanya ke hadapan supaya sempadan negara-negara Islam tidak jadi penghalang persaudaraan, mata wang Islam tunggal dipopularkan dan parlimen tunggal boleh membuat undang-undang dan meluluskan peraturan umum dan sosial, aktif dalam kesatuan ini.
Pada saat genting dalam sejarah ini, apabila dunia terlibat dalam dua peperangan yang berbahaya dan dahsyat, kami menekankan isu-isu berikut:
1. Al-Quran yang mulian yang terjaga sebagai satu-satunya panduan wahyu untuk manusia. Perdamaian dan persahabatan dengan sesama orang Islam dan dengan mereka yang ada perjanjian kerja sama dan dibarisan pertahanan penentangan terhadap kezaliman dan penindasan kelompok angkuh dunia adalah antara ajaran kitan suci Al-Quran yang menghidupkan. Tiga nilai bersama dalam masyarakat manusia, iaitu maruah manusia, keadilan dan keselamatan, adalah matlamat Islam bersama untuk pembangunan mampan di rantau ini.
2. Sebarang jenis pencabulan hak ini adalah contoh penindasan yang jelas, dan keadilan adalah perintah rasional dan ilahi bagi manusia untuk menubuhkan kesatuan negara yang stabil di mana hak semua manusia dihormati secara sama rata tanpa mengira pertalian etnik, agama dan aliran yang memberi konteks untuk interaksi sosial yang adil.
Orang-orang dunia yang tamak dan angkuh sentiasa cuba merampas hak orang lain untuk kepentingan mereka sendiri, dan mereka tidak teragak-agak melakukan sesuatu yang kejam untuk mencapai lebih banyak faedah, sehingga kini di Gaza dan wilayah yang diduduki, tangan mereka berlumuran darah orang-orang yang tidak berdosa, kanak-kanak, wanita, dan orang tua yang telah dikorbankan, seperti telah dingati oleh para Malaikat menceritakan kembali sejarah pahit dalam firman Allah SWT;
أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ
"Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan)". (Qs,Al-Baqarah 2:30).
Dan Teguran Tuhan termasuk untuk mereka yang, seperti kelakuan bani Israil, yang mereka telah membuat perjanjian untuk tidak menumpahkan darah orang yang tidak bersalah dan tidak mengusir sesiapa pun dari rumah mereka, tetapi mereka melanggar perjanjian itu;
وَإِذْ أَخَذْنَا مِيثَاقَكُمْ لَا تَسْفِكُونَ دِمَاءَكُمْ وَلَا تُخْرِجُونَ أَنْفُسَكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ ثُمَّ أَقْرَرْتُمْ وَأَنْتُمْ تَشْهَدُونَ/ ثُمَّ أَنْتُمْ هَٰؤُلَاءِ تَقْتُلُونَ أَنْفُسَكُمْ وَتُخْرِجُونَ فَرِيقًا مِنْكُمْ مِنْ دِيَارِهِمْ تَظَاهَرُونَ عَلَيْهِمْ بِالْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَإِنْ يَأْتُوكُمْ أُسَارَىٰ تُفَادُوهُمْ وَهُوَ مُحَرَّمٌ عَلَيْكُمْ إِخْرَاجُهُمْ
"Dan (ingatlah), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan kamu: "(Bahawa) janganlah kamu menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan) sesama sendiri, dan janganlah kamu usir-mengusir sesama sendiri dari kampung masing-masing". Kemudian kamu telah berikrar mematuhi perjanjian setia itu, dan kamu sendiri pula menjadi saksi (yang mengakui kebenarannya)/Kemudian kamu ini (wahai Bani Israil), berbunuh-bunuhan sesama sendiri dan kamu usir satu puak dari kaum kamu keluar dari kampungnya; kamu pula saling bantu-membantu (dengan orang lain) untuk menentang mereka dengan melakukan dosa dan penganiayaan; padahal kalau mereka datang kepada kamu sebagai orang tawanan, kamu tebus mereka; sedang perbuatan mengusir mereka diharamkan juga atas kamu. Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan". (Qs,Al-Baqarah 2:85).
Keselamatan global dengan menghalang keangkuhan penguasa sombong
3. Keselamatan global bergantung kepada pencegahan pencerobohan dan kepentingan diri manusia yang sombong di dunia.
Negara-negara Islam di rantau ini dan jiran kita harus tahu bahawa matlamat pembangunan mampan memerlukan keselamatan global dan serantau, dan ini tidak mungkin tanpa kerjasama Islam untuk mencapai nilai bersama ini.
Dengan kerjasama serantau, kita boleh menghalang jenayah perang yang berlaku di Gaza dan sedang berlaku di Tebing Barat, Palestin yang diduduki, dan Lubnan, dan menamatkan jenayah ini dalam tindakan.
Memastikan keselamatan rantau ini bergantung kepada tindakan perpaduan negara-negara Islam dalam menghadapi militan zionis dan menyediakan keselamatan untuk rakyat Palestin.
Penciptaan tamadun Islam baharu bergantung kepada menjamin keselamatan dirantau ini dengan menggunakan kesatuan rasionalitas pemerintah negara-negara Asia Barat.
Gerakan dunia Islam ke arah keamanan yang adil
4. Ia adalah sumber harapan bahawa dunia Islam sedang menuju ke arah keamanan yang adil dan cuba menghapuskan wacana militan teroris dari rantau ini. Kami mengalu-alukan pemberhentian perang yang sia-sia di Yaman dan Syria dan kami menyatakan rasa puas hati kami dengan pembukaan semula kedutaan negara Arab di Syria. Kami percaya bahawa dialog adalah satu-satunya cara untuk mencapai keamanan yang mampan di rantau ini dan negara-negara Islam terkemuka seperti Kerajaan Arab Saudi dan Turki meletakkan penciptaan jambatan antara agama Islam di Mekah dan Istanbul dalam agenda mereka dan berkongsi nilai-nilai bersama yang kami mengalu-alukan dan menjemput kedua-dua kerajaan mulia ini untuk mengembangkan lagi hubungan ekonomi dan budaya dengan Republik Islam Iran dan kami berterima kasih kepada mereka kerana meminggirkan transnasionalisme yang berpaksikan ekstremisme etnik dan mazhab. Langkah ini boleh menjadi model bagi negara-negara lain di rantau ini dan mewujudkan tanggapan bahawa kerajaan asing tidak boleh memberikan keamanan yang berkekalan di rantau ini.
Perhatian Emiriah Islam Afghanistan untuk menghormati hak semua rakyat
5. Penubuhan Emiriah Islam Afghanistan telah memberi peluang kepada Taliban untuk berkhidmat kepada semua etnik dan agama secara adil dan jujur. Kami berharap bahawa Emiriah Islam Afghanistan, dengan menghormati hak semua rakyat dan mewujudkan peluang yang sama untuk mereka, akan menghapuskan tuduhan etnik dan diskriminasi atas mereka.
Prasangka etnik dan mazhab tidak akan membawa apa-apa akibat lain kecuali kembalinya kerugian masa lalu dan konflik negara.
Selain itu, Perhimpunan Penghampiran mazahib Islam Sedunia mengisytiharkan kesediaannya untuk memainkan peranan yang membina bagi Emiriah Islam Afghanistan mencapai kesyumulannya.
6. Kami mengajak sekolah-sekolah dan institusi pendidikan Islam di seluruh dunia Islam khususnya di Pakistan untuk menghapuskan ajaran ekstremisme dan takfirisme dari dalam, dan kini negara-negara Islam semakin dekat antara satu sama lain, untuk melatih pelajar yang tajam anak panah dan pena mereka untuk menolak pemikiran orang-orang yang sombong di dunia dan kezaliman, dan mengelakkan daripada mewujudkan perpecahan dan konflik dalam dunia Islam, yang merupakan perangkap dari musuh-musuh dunia Islam, dan sebaliknya mestilah hanya untuk mempromosikan kasih sayang dan belas kasihan di kalangan umat Islam. Janji keampunan Allah dan pahala yang besar bergantung kepada persahabatan dengan orang Islam dari semua etnik, bangsa dan mazahib Islam.
Dalam persidangan ini, 78 cendekiawan mazahib dan kenegaraan dari 30 negara, kebanyakannya di peringkat menteri atau mufti atau timbalan dari Amerika, Afrika, Eropah dan negara-negara Islam telah menghadiri persidangan perpaduan, dan tetamu dari Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu dan Jordan buat pertama kalinya hadir dalam persidangan ini.
4237484