Abdul Muhammad Jafari «عبدالمحمد جعفری», seorang veteran Al-Quran dari pasukan perang Pertahanan Suci Revolusi Islam Iran, dalam temu bual dengan IQNA dari Qom, sempena Minggu Pertahanan Suci «دفاع مقدس», berkata: Dalam tempoh lapan tahun perang yang dikenakan, sesi membaca Al-Quran telah diadakan di khemah dan parit/sanggar para pejuang, dan bunyi bacaan Al-Quran di dalam parit para pejuang sangat kuat pada waktu malam, solat malam jadi zikir para tentera dan pahlawan. Kami biasa dengan Al-Quran di medan perang, malah sentiasa mengikuti ajaran Al-Quran, mengalunkannya dalam puisi dan syair kami untuk persiapan jihad pertahanan, kami menggunakan ajaran Al-Quran dalam latihan pagi kami; membaca ayat ini;
كَمْ مِنْ فِئَةٍ قَلِيلَةٍ غَلَبَتْ فِئَةً كَثِيرَةً بِإِذْنِ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ
"Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar". (Qs, Al-Baqarah 2:249).
Beliau menyambung: Di medan perang, beberapa sahabat, termasuk syahid Muhsen Ismaili «شهید محسن اسماعیلی», dapat menghafal Al-Quran. Kali terakhir dia bercuti, dia berkata bahawa dia hanya mempunyai dua surah dari juzuk 30 untuk menghafal seluruh Al-Quran, selain itu, semasa kehadirannya di medan pertempuran antara hak dan batil, dia telah berjaya memperoleh diploma matematik, iaitu, dia belajar di medan pertempuran dan datang ke bandar untuk mengambil peperiksaan. Pada masa kita berada di barisan pertahanan, iaitu selain daripada operasi, kita ada pertandingan Al-Quran, pertandingan Ahkam dan pertandingan sukan.
Veteran pertahanan suci ini menyatakan: Dengan bermulanya perang yang dikenakan pada 31 Shahrivar 1356HS bersamaan dengan 22 September 1977M dan dengan serangan Saddam ke atas seluruh sempadan antarabangsa Iran dari barat laut ke selatan Teluk Parsi dan pengumuman mobilisasi am dan tentera 20 juta penduduk Iran atas perintah Imam Khomeini (ra) Mereka yang menjalani kursus latihan ketenteraan jangka pendek dan jangka panjang adalah ahli mesyuarat Al-Quran, dan mereka juga merupakan kumpulan pertama yang menyertai Basij/Badan mobilisasi rakyat dan memasuki medan pertempuran hak melawan kebatilan (musuh penceroboh).
Beliau menyambung: Orang-orang ini telah dilatih dengan Al-Quran dan diilhamkan oleh arahan Imam Khomeini (ra) dan sentiasa bersedia untuk melaksanakan tugas mereka.
Para qari Al-Quran mempunyai kehadiran yang aktif dalam pertemuan-pertemuan Jihad Pertahanan Suci itu. Dengan kemenangan dan penstabilan sistem Islam dan permulaan perang yang dikenakan, para peserta dalam pertemuan Al-Quran adalah antara pelopor jihad dan syahid dan mempunyai kehadiran yang aktif dan nyata di medan pertempuran hak melawan batil, mereka menghalau musuh keluar dari bandar-bandar yang diduduki, mereka tampil sebagai basiji atau korps atau tentera dan Jihad Pembinaan, mereka mengambil bahagian secara aktif di bawah arahan ketua mereka, Imam Khumeini Kabir (ra), dan satu demi satu mereka mencapai tahap syahid.
Pahlawan Pertahanan Suci ini berkata: perang yang dikenakan berterusan, dan ramai ahli perhimpunan Al-Quran dan revolusi dihantar ke medan pertempuran, satu demi satu, mereka syahid dalam mempertahankan Islam dan Al-Quran, dan mereka telah menepati janji yang mereka ikat dengan Imam mereka berdasarkan ajaran Al-Quran.
Jafari menambah: Mereka diingatkan akan ayat Al-Quran ini yang mengatakan:
مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُمْ مَنْ قَضَىٰ نَحْبَهُ وَمِنْهُمْ مَنْ يَنْتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا
"Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun". (Qs,Al-Ahzaab 33:23).
4238755