Laporan IQNA, memetik Al-Masri Al-Youm « المصری الیوم», wakil Kementerian Wakaf Mesir Muhammad Abdul Karim Kamil Atiyah memukau hadirin dengan bacaannya pada majlis perasmian Pertandingan Hafazan dan Tilawah Al-Quran antarabangsa Malaysia edisi ke-64, yang diadakan di Kuala Lumpur di tahun 2024 ini.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menulis di laman Facebooknya bahawa Qari Muhammad Abdul Karim Kamil Atiyah merupakan salah seorang peserta Pertandingan Tilawah dan Menghafaz Al-Quran ke-64 2024 di Malaysia dan wakil Mesir dalam pertandingan ini.
Di laman Facebook JAKIM itu telah dijemput dan ditekankan untuk mendengar bacaan qari Mesir ini di dalam dewan Pertandingan Hafazan dan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2024 yang telah dilakukan tanpa adanya penggunaan Al-Quran Braille dengan sedikit memberi perhatian, anda dapat memahami bahawa kerohanian dan hidup dengan firman Tuhan Yang Maha Esa tidak ada batasan dan ini adalah inspirasi nyata untuk kita semua.
Pertandingan Al-Quran Antarabangsa Malaysia ke-64 telah bermula dari 5hb Oktober di Kuala Lumpur dan akan berterusan sehingga 12hb Oktober. 91 peserta dari 71 negara telah menyertai pertandingan ini.
Sebuah video dari qari yang makrifat ini dari ayat 52 dan 53 dari Surah as-Syura « سوره شوری»;
وَكَذَلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ رُوحًا مِنْ أَمْرِنَا مَا كُنْتَ تَدْرِي مَا الْكِتَابُ وَلَا الْإِيمَانُ وَلَكِنْ جَعَلْنَاهُ نُورًا نَهْدِي بِهِ مَنْ نَشَاءُ مِنْ عِبَادِنَا وَإِنَّكَ لَتَهْدِي إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ، صِرَاطِ اللَّهِ الَّذِي لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ أَلَا إِلَى اللَّهِ تَصِيرُ الْأُمُورُ
"Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) - Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus - Iaitu jalan Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Ingatlah! Kepada Allah jualah kembali segala urusan". (Qs, Asy-Syuura 42:52 - 53).