Menurut Al-Quran, sebab utama puasa adalah untuk mencapai "takwa" «تقوا» iaitu kuasa mengawal diri dari kelakuan dosa. Allah berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa". (Qs, Al-Baqarah 2:183).
Puasa mempunyai pelbagai dimensi, dan ia mempunyai banyak kesan material dan rohani kepada manusia, yang paling utama adalah mencapai ketakwaan. Taqwa berasal dari akar kata "waqayah" «وقایه» yang bermaksud "memelihara diri dan menahan diri". Tetapi dari segi agama, taqwa bermaksud menjaga diri daripada kemungkaran - larangan Ilahi.
Taqwa itu ada beberapa derajat, yang paling rendah adalah menahan diri dalam menghadapi larangan Allah. Tetapi dalam tahap ketaqwaan yang lebih tinggi, kita juga mesti meninggalkan beberapa perkara yang tidak berdosa tetapi perkara itu lebih baik ditinggalkan kerana bagi Allah perkara yang tidak disukai/Makruh, seperti mencuba satu batang rokok biasa bagi mereka yang baru mengenal rokok.
Dari perspektif Al-Quran, orang beriman yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa:
إِنَّ أَکرَمَکُم عِندَ اللَّه أَتقاکُم
“Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa.” (Qs, Al-Hujurat: 13).
Dalam khutbah yang beliau sampaikan sebelum bulan suci Ramadhan, yang dikenali sebagai Khutbah Sya'baniyah, Rasulullah (SAW) memperkenalkan amalan terbaik di bulan ini sebagai "meninggalkan dosa." Dalam khutbah ini, Imam Ali (AS) merujuk kepada keutamaan dan ibadah di bulan ini dan melakukan amalan yang dianjurkannya. Tetapi akhirnya, sebagai jawapan kepada soalan Imam Ali (AS): Wahai Rasulullah! Apakah amalan terbaik bulan ini? Baginda Nabi (SAW) bersabda:
«أَفضَلُ الأَعمَالِ فِی هَذَا الشَّهرِ الوَرَع عن مَحَارِمِ اللَّه»
"Sebaik-baik amalan pada bulan ini ialah meninggalkan perkara-perkara yang diharamkan Allah."
Sekarang, bagaimanakah kita dapat mengekalkan meninggalkan dosa dan larangan Ilahi yang telah kita capai sepanjang bulan Ramadhan yang mulia untuk kita buat sepanjang tahun ini?
Salah satu cara untuk melakukannya adalah dengan meneruskan puasa dalam hari-hari yang disunnahkan untuk berpuasa dalam sepanjang tahun. Pada beberapa hari dalam setahun, kita boleh berpuasa dan mendapat manfaat puasa yang kita terima sepanjang bulan Ramadhan dan mengekalkan kesan ibadah suci di bulan suci Ramadhan.
3492550