Laporan IQNA, memetik al-Kafeel 《الکفیل》, majlis pembukaan festival ini berlangsung semalam, 8 September, dengan kehadiran Mustafa Murtadha Aal Ziyauddin 《مصطفی مرتضی آل ضیاءالدین》, Penjaga Makam Suci al-‘Abbasiyyah, timbalannya Abbas Musa Ahmad 《موسی احمد》, ahli-ahli majlis pentadbiran, ketua-ketua jabatan Makam Suci al-‘Abbasiyyah serta tokoh rasmi, agama dan akademik dari dalam dan luar Iraq.
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh qari Muhammad Reza al-Zubaidi 《محمدرضا الزبیدی》. Seterusnya, Hashim al-Milani 《هاشم المیلانی》, mewakili Makam Suci al-‘Abbasiyyah, menyampaikan ucapan.
Dalam ucapannya, beliau menekankan keperluan untuk mengkaji warisan Islam dan meneliti kesan risalah Muhammad (SAW) terhadap masyarakat.
Selain itu, sebuah dokumentari mengenai aspek kehidupan Rasulullah (SAW) dan nilai-nilai kemanusiaan yang luhur turut dipertontonkan.
Festival ini diadakan bersempena memperingati ulang tahun ke-1500 kelahiran Rasulullah (SAW) dan akan berlangsung selama tiga hari.
Program Festival Antarabangsa Pertama Rahmatan Lil-‘Alamin merangkumi pameran buku, majlis tilawah al-Quran, sesi penyelidikan, seminar ilmiah tentang sirah Rasulullah (SAW), aktiviti Pusat Dar al-Rasul al-A‘zam (SAW) 《دارالرسول الاعظم (ص)》dengan kerjasama Universiti Diyala 《دیالی》, sesi pembacaan puisi serta perayaan rakyat di Haram Suci Abu al-Fadl al-‘Abbas a.s. Dalam majlis tersebut juga akan diumumkan para pemenang pertandingan pertama “al-Risalah al-Kubra” «الرسالة الكبرى».
Tujuan Makam Suci al-‘Abbasiyyah dalam menganjurkan Festival Rahmatan Lil-‘Alamin adalah untuk menekankan risalah kemanusiaan Rasulullah (SAW) sebagai simbol rahmat, kasih sayang dan kedamaian.
4304217