IQNA

Pusat al-Quran Dibuka di Bandar Ma‘roub, Lubnan Dengan Kehadiran Wakil Gerakan Muqawamah

22:53 - July 30, 2025
Berita ID: 3106797
IQNA - Satu pusat baharu al-Quran yang bernaung di bawah Jam'iyyah al-Quran al-Karim Lubnan telah dirasmikan di bandar Ma‘roub, selatan Lubnan.

Laporan IQNA; memetik agensi berita rasmi Lubnan (nna-leb); Majlis perasmian Pusat al-Quran dan Dewan Syuhada Bandar Ma‘roub «معروب» diadakan dengan kehadiran Hasan Fneish «حسن فنیش», Datuk Bandar Ma‘roub, tokoh-tokoh agama, aktivis, penduduk tempatan serta keluarga para syuhada Lubnan.

Hasan ‘Izzuddin «حسن عزالدین», ahli Parlimen Lubnan dari Blok Wafa' lil-Muqawamah (Kesetiaan kepada Perjuangan), dalam ucapan perasmiannya mengucapkan tahniah atas pembukaan pusat ini dan menyatakan:

“Apabila kita berbicara mengenai muqawamah (perjuangan pembebasan), kita tidak maksudkan muqawamah bersifat sektarian atau mazhab. Para pejuang adalah pengikut kebenaran; agama dan akidah mereka berdiri menentang kebatilan.”

Beliau menyatakan rasa dukacita atas gambar-gambar kekejaman dan pembunuhan beramai-ramai yang sedang berlaku di Palestin dan Gaza yang tersebar di media, dan menambah:

“Dunia tidak menunjukkan sebarang reaksi walau sedikit pun terhadap jenayah ini. Kita berbangga dengan para pejuang dan pemimpin kita yang telah mengorbankan diri demi maruah dan harga diri kita - agar kita dapat hidup dan tanah air kita kekal merdeka dan bermaruah.”

Beliau menegaskan bahawa:

“Apa yang sedang dilakukan oleh rejim Zionis hari ini telah melangkaui sekadar pelanggaran undang-undang - ia telah berubah menjadi pencerobohan berterusan terhadap Lubnan, yang kadangkala meningkat dan kadangkala menurun, namun tetap melanggar kedaulatan negara di udara, laut dan darat.”

‘Izuddin menjelaskan bahawa:

“Dengan alasan bahawa lokasi-lokasi tertentu adalah infrastruktur muqawamah, rejim ini melancarkan pencerobohan, jenayah, pembunuhan, pelanggaran sempadan serta kemusnahan rumah-rumah dan kawasan awam - walaupun tentera Lubnan, pasukan UNIFIL dan organisasi antarabangsa secara terang-terangan menyatakan bahawa tiada sebarang infrastruktur muqawamah di selatan Sungai Litani. Lubnan dan muqawamah telah mematuhi sepenuhnya resolusi gencatan senjata dan semua peruntukannya, namun rejim Zionis masih meneruskan pencerobohan dengan keras kepala.”

Ahli Parlimen blok muqawamah ini turut menegaskan:

“Amerika Syarikat dan Israel sedang melaksanakan satu strategi yang mendedahkan hakikat sebenar mereka. Israel hanyalah alat Amerika dalam menghancurkan rantau ini — setiap langkahnya adalah hasil ilham, perancangan dan dorongan dari Amerika.”

Beliau menutup ucapannya dengan mengingatkan bahawa:

“Apabila Israel mengalami kekalahan, Amerika segera campur tangan secara langsung. Fenomena ini dapat dilihat dengan jelas dalam serangan rejim Zionis terhadap Republik Islam Iran baru-baru ini

4297009

captcha