IQNA

Perpaduan adalah mesej utama Eid Ghadir

8:01 - July 18, 2022
Berita ID: 3101263
TEHRAN (IQNA) - Jika seseorang mengetahui mesej Ghadir, dia akan membuat kesimpulan bahawa Hazrat Ali (as) menganggap pemeliharaan sistem dan agama Islam lebih berharga daripada kerajaan, dan berdasarkan ini, kita faham bahawa Ghadir mempunyai mesej perpaduan.

Laporan IQNA; Eid Ghadir Khum adalah salah satu hari raya terbesar Syiah dan sebahagian daripada Sunni. Hari ini disambut sempena pelantikan Hazrat Ali (as) sebagai Pemimpin atau Khalifah Rasyid umat Islam selepas Nabi yang mulia Islam (SAW) yang memiliki aspek pencetus perpaduan dan kesatuan di kalangan umat Islam yang dapat disaksikan di dalam nya.

Mesej penting Ghadir tentang hidup bersama secara aman
Eid Ghadir mempunyai beberapa perkara ajaran dan pesanan khusus untuk kita.

Perkara pertama ialah; Eid al-Ghadir menunjukkan kepada kita bahawa cara pandang kepada agama, khususnya Islam, harus dipandang secara menyeluruh dan sempurna memuat seluruh aspek kehidupan, bukan sebagai aliran kepercayaan atau mazhab yang hanya menjelaskan aturan-aturan secuil dan sporadis, sebaliknya, agama adalah satu set cara hidup; budaya, peradaban, upacara, ritual ibadah, slogan dan kepercayaan yang berpadu dan menyeluruh.

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا 

"Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu." (Qs, Al-Maaidah 5:3)

Perkataan «أَكْمَلْتُ» - Akmaltu - dalam ayat ini menunjukkan bahawa agama adalah program kebahagiaan umat manusia dan himpunan yang secara sistematik menuntut kepatuhan terhadap setiap ajarannya, dan jika kita gagal dalam satu ajaran, seolah-olah kita tidak menerima agama itu.

Oleh itu, agama harus dipertimbangkan dengan cara yang menyeluruh dan lengkap, dan ini jelas dalam ayat Ghadir yang mengalu-alukan mesej kesempurnaan Agama.

Perkara kedua ialah Ghadir sebenarnya membawa bersamanya sejenis budaya hidup bersama dan hari ini kita mengenalinya sebagai Wahdat - وحدة.

Dalam sejarah Ghadir dan kepercayaan Syiah, Amir al-Mukminin Ali (as) diperkenalkan sebagai khalifah selepas Nabi (SAW), tetapi apabila syarat untuk menjadi khalifah zahirnya tidak disediakan, Imam Ali (as) sama sekali tidak terlibat dalam kekacauan dan huru-hara serta mengganggu ketenteraman masyarakat Islam. Beliau (as) menunjukkan bahawa hidup bersama bermakna; anda mungkin mempunyai hak, tetapi hak anda telah diabaikan, anda tetap hidup secara bersama dengan mereka yang mengabaikan hak anda secara aman damai.

Sebagaimana Hazrat Ali (as) berkata dalam Perjanjian Malik Ashtar bahawa manusia adalah saudara seagama kamu atau sama dengan kamu dalam penciptaan.

Peranan Ghadir dalam mengukuhkan wilayah
Disebutkan dalam riwayat bahawa pada hari ini, Islam ditonjolkan dan kedudukan wilayah menjadi penting bagi semua umat Islam.

Disebutkan dalam Al-Quran:

«وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi".(Qs, Al-Baqarah 2:30)

Oleh itu, alam semesta diciptakan dengan sistem kebahagiaan yang sempurna, dan jika tidak ada sistem khalifah Allah dan RasulNya untuk membawa manusia kepada Tuhan (kebahagiaan yang sempurna)  setelah wafat Rasulullah (SAW), Tuhan tidak akan mencipta alam semesta ini.

Oleh itu, sistem wilayat khalifah pilihan Tuhan, yang menjadi perantara antara Tuhan dan manusia telah diperkenalkan pada Hari Ghadir.

* Sebahagian cebisan daripada wawancara Hujjatul Islam wal Muslimin Muhammad Hasan Ziauddini, pensyarah Universiti Agama dan mazhab bersama agensi berita IQNA.

captcha