IQNA

Surah-surah Al-Quran (24)

Penjelasan Mengenai Tuhan paling indah dalam Surah An-Nuur

6:45 - August 10, 2022
Berita ID: 3101356
TEHRAN (IQNA) - Kita melihat salah satu huraian Tuhan yang paling indah dalam Surah Nur, yang mempunyai tafsiran terperinci dan di samping itu, perbincangan mengenai pengawalseliaan atau pengurusan keluarga dan hubungan sosial dalam bidang wanita adalah antara isu utama yang dinyatakan dalam surah ini.

Laporan IQNA; Surah An-Nur -سورة النور - ialah surah ke-24 Al-Quran dan salah satu surah Madaniyah, yang termasuk dalam juzuk ke-18 Al-Quran. Surah ini mempunyai 64 ayat, adalah wahyu yang ke seratus tiga yang diturunkan kepada Nabi (SAW).

Surah ini dinamakan Nur kerana perkataan Nur digunakan sebanyak 7 kali di dalamnya, dan ayat Nur adalah salah satu ayat yang terkenal dalam Surah ini iaitu ayat ke 35, memuat penjelasan Mengenai Tuhan yang paling indah.

Ayat ini sering menjadi rujukan pelbagai tafsir untuk menyatakan perumpamaan yang terperinci tentang apa yang Al-Quran katakan mengenai Tuhan;

اللَّهُ نُورُ‌ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْ‌ضِ مَثَلُ نُورِ‌هِ کمِشْکاةٍ فِیهَا مِصْبَاحٌ الْمِصْبَاحُ فِی زُجَاجَةٍ الزُّجَاجَةُ کأَنَّهَا کوْکبٌ دُرِّ‌ی یوقَدُ مِن شَجَرَ‌ةٍ مُّبَارَ‌کةٍ زَیتُونَةٍ لَّا شَرْ‌قِیةٍ وَلَا غَرْ‌بِیةٍ یکادُ زَیتُهَا یضِیءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ‌ نُّورٌ‌ عَلَی نُورٍ‌ یهْدِی اللَّهُ لِنُورِ‌هِ مَن یشَاءُ وَیضْرِ‌بُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ لِلنَّاسِ وَاللَّهُ بِکلِّ شَیءٍ عَلِیمٌ

"Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (Qs, An-Nuur 24:35).

Kandungan Surah Nur adalah menyatakan ketetapan dan mensistematisasikan hubungan sosial dan kekeluargaan. Ayat 2 hingga 8 Surah Nur disenaraikan antara ayatul-Ahkam; Ayat-ayat yang merujuk kepada perkara-perkara ketetapan hukum syariah.

Beberapa ahli tafsir dalam isu sosial ayat-ayat ini mengatakan bahawa; berada bersama pimpinan untuk menyelesaikan masalah adalah tanda keimanan dan meninggalkannya adalah tanda kemunafikan atau kelemahan iman.

Larangan mementingkan diri sendiri dan autonomi dalam isu-isu organisasi yang diputuskan atas dasar muafakat dan perundingan, keharusan mempunyai pemimpin dan mengikutnya dalam kehidupan bermasyarakat, keharusan mengiringi iman dengan ketundukan dan kepatuhan kepada kepimpinan, keharusan menghormati sistem sosial dan kerja berkumpulan merupakan beberapa perkara yang lain yang dipetik daripada ayat-ayat tersebut.

Terdapat peraturan dan perundangan mengenai hubungan antara lelaki dan wanita; Antaranya, isu zina dan hukuman yang berkaitan dengannya telah dibincangkan.

Surah ini juga menekankan untuk mengelakkan fitnah zina. Hukum-hukum yang berkaitan dengan hijab dan tudung khususnya bagi wanita juga disebut dalam surah ini.

Antara perkara lain yang disebut dalam surah ini ialah berkaitan perkara nikah dan syarat-syarat perkahwinan serta pernyataan peraturan dalam keluarga.

Surah ini juga telah menyebut tentang isu-isu berkaitan pakaian wanita dan adab-adab memasuki rumah orang lain.

captcha