IQNA

Surah-surah Al-Quran (34)

Surah Saba' dan Mukjizat dua Nabi bapa dan anak

7:14 - October 09, 2022
Berita ID: 3101634
TEHRAN (IQNA) - Di antara para nabi, ada yang mempunyai hubungan bapa-anak antara satu sama lain, seperti "Zakaria dan Yahya", "Ibrahim dan Ishak", "Ibrahim dan Ismail", "Yaqub dan Yusuf", "Daud dan Sulaiman", yang di antara hubungan bapa dan anak ini ada peristiwa mukjizat yang boleh didengar dan dipelajari. "Daud dan Sulaiman", dua Nabi yang berhubungan nasab bapa dan anak yang diberi mukjizat yang disebut dalam surah Saba', Nabi Daud (as) memulakan pembinaan senjata dan peralatan bangunan dengan logam besi yang dicairkan.

Laporan IQNA; Surah ketiga puluh empat dalam Al-Quran disebut «سبا» "Saba". Surah dengan 54 ayat ini diletakkan dalam juzuk ke 22. Surah Saba' adalah salah satu surah Makiyah dan merupakan wahyu yang ke-58 yang diturunkan kepada Nabi (SAW).

Sebab penamaan surah ini adalah ayat kelima belas yang menyebut nama "Saba'". Saba adalah nama salah satu kota di Yaman di mana satu suku dengan nama yang sama hidup semasa kenabian Sulaiman (as), dan pemerintah mereka adalah seorang wanita bernama Balqis.

لَقَدْ كَانَ لِسَبَإٍۢ فِى مَسْكَنِهِمْ ءَايَةٌۭ ۖ جَنَّتَانِ عَن يَمِينٍۢ وَشِمَالٍۢ ۖ كُلُوا۟ مِن رِّزْقِ رَبِّكُمْ وَٱشْكُرُوا۟ لَهُۥ ۚ بَلْدَةٌۭ طَيِّبَةٌۭ وَرَبٌّ غَفُورٌۭ

"Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba', satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka): "Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun!." (Qs, Saba' 34:15).

Dalam surah ini telah diceritakan kisah pertemuan Sulaiman dengan penduduk Saba. Suarah ini seperti surah Makiyah yang lain, membincangkan akidah umat Islam, termasuk tiga prinsip, iaitu tauhid, kenabian, dan kebangkitan hari kiamat - Maad, setelah menyatakan hukuman orang yang mengingkarinya atau menimbulkan keraguan mengenai tiga usul Agama Ilahi tersebuat, kemudian menghilangkan keraguan itu dengan pelbagai cara.

وَقَالَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ لَا تَأْتِينَا ٱلسَّاعَةُ ۖ قُلْ بَلَىٰ وَرَبِّى لَتَأْتِيَنَّكُمْ عَـٰلِمِ ٱلْغَيْبِ ۖ لَا يَعْزُبُ عَنْهُ مِثْقَالُ ذَرَّةٍۢ فِى ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَلَا فِى ٱلْأَرْضِ وَلَآ أَصْغَرُ مِن ذَٰلِكَ وَلَآ أَكْبَرُ إِلَّا فِى كِتَـٰبٍۢ مُّبِينٍۢ

"Dan orang-orang yang kafir berkata:" Hari kiamat itu tidak akan datang kepada kami". Katakanlah (wahai Muhammad): "Bahkan (tetap datang). Demi Tuhanku yang mengetahui segala perkara yang ghaib, hari kiamat itu sesungguhnya akan datang kepada kamu". Tiada tersembunyi dari pengetahuanNya barang seberat debu yang ada di langit atau di bumi, dan tidak ada yang lebih kecil dari itu atau yang lebih besar melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab yang terang nyata." (Qs, Saba' 34:3).

Surah ini telah memberi perhatian lebih kepada isu kebangkitan. Sub topik surah ini ialah tanda-tanda kebesaran Allah di alam semesta dan sifat-sifatnya, perdebatan antara orang yang dizalimi dan penzalim yang sombong pada hari kiamat, penerangan tentang beberapa mukjizat para nabi, nasib orang yang bersyukur dan yang kufur, perihal beberapa nikmat Allah dan seruan kepada manusia untuk berfikir dan tadabur.

Pernyataan mukjizat dua orang nabi iaitu bapa dan anak yang melunakan besi oleh tangan Nabi Daud (as) dan penaklukan angin oleh kehendak Nabi Sulaiman (as) dengan Izin Allah, juga disebut dalam Surah Saba.

Dalam surah ini juga mengisahkan tasbihan gunung dan burung bersama dengan Nabi Daud (as) dan pembuatan baju besinya, penaklukan jin oleh Sulaiman, peleburan tembaga dan pembinaan bangunan dan bejana, kematian Sulaiman, serta kisah penduduk Saba dan kebun-kebun mereka yang subur dan banjir yang menimpa mereka kerana kekufuran mereka adalah sebahagian kisah sejarah surah ini.

وَلَقَدۡ اٰتَيۡنَا دَاوٗدَ مِنَّا فَضۡلًا ؕ يٰجِبَالُ اَوِّبِىۡ مَعَهٗ وَالطَّيۡرَ ۚ وَاَلَـنَّا لَـهُ الۡحَدِيۡدَ ۙ‏

"Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberikan kepada Nabi Daud limpah kurnia dari Kami (sambil Kami berfirman): "Hai gunung-ganang, ulang-ulangilah mengucap tasbih bersama-sama dengan Nabi Daud, dan wahai burung-burung (bertasbihlah bersama-sama dengannya)!" Dan juga telah melembutkan besi baginya". (Qs, Saba' 34:10).

وَلِسُلَيْمَـٰنَ ٱلرِّيحَ غُدُوُّهَا شَهْرٌۭ وَرَوَاحُهَا شَهْرٌۭ ۖ وَأَسَلْنَا لَهُۥ عَيْنَ ٱلْقِطْرِ ۖ وَمِنَ ٱلْجِنِّ مَن يَعْمَلُ بَيْنَ يَدَيْهِ بِإِذْنِ رَبِّهِۦ ۖ وَمَن يَزِغْ مِنْهُمْ عَنْ أَمْرِنَا نُذِقْهُ مِنْ عَذَابِ ٱلسَّعِيرِ ١٢

"Dan Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya: sepagi perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan, dan sepetang perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan; dan Kami alirkan baginya matair dari tembaga; dan (Kami mudahkan) sebahagian dari jin untuk bekerja di hadapannya dengan izin Tuhannya. Dan sesiapa dari jin itu yang menyeleweng dari perintah Kami, Kami akan merasakannya (pukulan) dari azab api neraka." (Qs, Saba' 34:12).

Berita Berkaitan
captcha