IQNA

Bagaimana belajar dari yang hilang!?

10:13 - October 31, 2022
Berita ID: 3101741
IQNA - Dunia adalah tempat ada dan tiada - kesempurnaan dan kemusnahan - penciptaan dan pengrosakan - pencapaian dan kehilangan, bahkan manusia, yang merupakan ciptaan Tuhan yang paling penting, dilahirkan suatu hari, maju selangkah demi selangkah dan berkembang, tetapi secara beransur-ansur kehilangan kemampuannya. Kemusnahan semua terjadi pada waktunya yang tidak dapat dicegah.

Laporan IQNA; Salah satu isu yang sentiasa melanda umat manusia sepanjang sejarah ialah ketakutan akan kehilangan dan kemusnahan, oleh sebab itu, ia sentiasa mencari jalan untuk mencegah penurunan, kekurangan, kehilangan dan kemusnahan ini.

Apabila seseorang menganggap sangat penting dan terlalu mengira atas sesuatu hal, perkara dan benda, pasti dia akan sangat terjejas dengan kehilangannya, yang sementara dia memilikinya, dia sentiasa mempunyai ketakutan bahawa mungkin dia akan merasa kehilangannya suatu hari nanti. 

Orang yang menganggap dunia dan kepentingannya begitu hebat, tidak dapat menanggung kehilangannya, kerana idea ini tidak sesuai dengan realiti.

Al-Quran dan hadis-hadis menganggap dunia ini sebagai perkara yang akan mengalami kehancuran dan menyuruh manusia jangan terlalu mengharapkannya untuk kekal berada, namun tiada tempat tinggal kekal di sini;


 ۗ قُلْ مَتَـٰعُ ٱلدُّنْيَا قَلِيلٌۭ وَٱلْـَٔاخِرَةُ خَيْرٌۭ لِّمَنِ ٱتَّقَىٰ وَلَا تُظْلَمُونَ فَتِيلًا
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Harta benda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja, (dan akhirnya akan lenyap), dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertaqwa (kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya), dan kamu pula tidak akan dianiaya sedikit pun". (Qs, An-Nisaa' 4:77). 

Apabila kita hidup di dunia fana, kita mesti bersedia untuk kalah - merasa kehilangan; kita pasti akan kalah, tetapi bagaimana kita kalah adalah penting untuk menjadikannya berfaedah yang besar.

Kita tidak boleh menolak kematian, tetapi kita boleh memilih "bagaimana untuk hidup" dan "bagaimana untuk mati". 

Kita pasti akan kehilangan zaman kanak-kanak, remaja, kehidupan dan semua sumber tersebut.  

Penuaan tidak boleh dihentikan, tetapi apa yang penting ialah bagaimana kehidupan ini menuju penuaannya dan apa yang telah kita perolehi sebagai faedahnya yang kekal.

Jika kita tahu selepas dunia ini, ada dunia yang lebih baik dan berkualiti di hadapan, kita tidak akan bersedih dengan dunia ini lagi, kita tidak akan bimbang tentang kematian, kehilangan dan kemusnahan, kerana tidak ada kematian sama sekali, ia hanya peralihan dari dunia ini ke dunia lain.

Apa yang menjadikan hidup bernilai apabila hidup sentiasa diisi untuk mencapai kesempurnaan sebagai hamba pecinta Allah dan makhlukNya.

Kita harus menghabiskan hidup kita di jalan menuju kesempurnaan ini, langkah pertamanya adalah mengenali apa tugas kita di dunia ini dan apa yang harus dilakukan.

captcha