IQNA

Al-Quran melarang mentaati pengurus yang mana?

6:11 - December 25, 2022
Berita ID: 3101986
TEHRAN (IQNA) - Pengurusan adalah berkaitan dengan pengurus dan konsep penyeliaan. Menguruskan koleksi atau komuniti adalah berdasarkan interaksi dua kumpulan orang; Satu kumpulan adalah pengurus dan satu kumpulan lagi adalah orang yang diurus atau bawahan. Al-Quran telah menggunakan kata kunci tentang pengurusan, antaranya konsep ketaatan, yang menyebabkan terbentuknya sistem pengurusan, kerana jika tiada ketaatan, tiada lagi pengurusan.

Laporan IQNA; Perkataan yang berkaitan dengan ketaatan digunakan sebanyak 129 kali dalam Al-Quran, beberapa di antaranya berkaitan dengan pengurusan. Antara lain dinyatakan dalam ayat 19 Surah Al-Alaq:

كَلَّا لَا تُطِعْهُ وَاسْجُدْ وَاقْتَرِبْ

"Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut (mentaati) kehendaknya (Abu Jahal), dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)! (Qs, Al-'Alaq 96:19).

Dalam ayat ini, Allah SWT meminta orang bawahan supaya tidak taat; Isu ini menunjukkan bahawa Al-Quran telah memberi tempat kepada orang bawahan sehingga jika pengurus itu tidak cekap (tidak punya kelayakan pengurus), dia tidak akan ditaati.

Jika kita taat kepada pengurus yang derhaka dan ahli maksiat, akhirnya kita akan menjadi seperti dia, sebab itu Al-Quran bertegas untuk mentaati pengurus yang punya kelayakan menej. Al-Quran telah mengatakan bahawa pengurus yang menghalang anda dari jalan Tuhan tidak boleh dipatuhi. Juga, pengurus yang mengingkari jalan Tuhan dan menyangka bahawa Allah tidak melihatnya, tidak patut dipatuhi.

Dalam ayat 21 Surah Mubarakah Takwiir disebutkan:

مُطَاعٍ ثَمَّ أَمِينٍ

"Yang ditaati lagi dipercayai." (Qs, At-Takwiir 81:21).

Oleh itu, pengurus yang tidak mempunyai keseimbangan keperibadian dan ketidakseimbangan sosialnya akan mengingkari hari kiamat, dia jahil tentang perihal hari kiamat, dan mempekerjakan wakil-wakil yang lemah dan jahil juga, tentu pengurus semacam ini tidak boleh dipatuhi.

Allah juga berfirman dalam surah Taghaabun:

فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ وَاسْمَعُوا وَأَطِيعُوا وَأَنْفِقُوا خَيْرًا لِأَنْفُسِكُمْ وَمَنْ يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

"Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya upaya kamu, dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya); dan belanjakanlah harta kamu (serta buatlah) kebajikan untuk diri kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya." (Qs, At-Taghaabun 64:16).

Seorang pengurus yang tidak memperkirakan kerugian dan manfaat dan keseimbangan hubungan diri dengan Tuhan tentu pengurus itu sedang berada dalam dilema dan bermasalah, kerana seseorang yang mampu memperkirakan apa-apa dari segi untung atau rugi, dia mesti memikirkan bahawa segala perkara tidak keluar dari kehendak Tuhan, oleh itu dia mesti merujuk pada Tuhan, dan mesti mencari apa kata Tuhan dalam apa jua perkara, jika tidak dia telah mengalami kerosakan pengurusan.

Sudah tentu, perlu diingatkan bahawa apabila interaksi yang betul antara pengurus dan orang bawahan tidak terbentuk, keadaan tidak akan berjalan lancar dan pengurusan tidak akan berkesan.

captcha