IQNA

Watak orang dalam Al-Quran / 27

Firaun, tuhan palsu yang tenggelam

7:11 - January 16, 2023
Berita ID: 3102081
TEHRAN (IQNA) - Firaun adalah nama panggilan untuk raja-raja Mesir kuno, tetapi firaun yang paling terkenal ialah raja zaman Nabi Musa (as) yang mengaku sebagai tuhan, yang akhirnya tenggelam di tengah laut atas kehendak Tuhan Yang Maha Esa (Allah SWT), tetapi tubuhnya ditinggalkan untuk menjadi pelajaran dan peringatan bagi generasi akan datang.

Laporan IQNA; Perkataan firaun adalah nama panggilan untuk pemerintah Mesir kuno. Firaun adalah ketua pentadbir, ketua tentera dan pemerintah umum Mesir. Perkataan firaun disebut sebanyak 74 kali dalam Al-Quran, semuanya merujuk kepada firaun zaman hazrat Musa (as).

Ramai ahli sejarah Islam percaya bahawa "Ramses II" (1224-1290 SM) adalah firaun zaman Nabi Musa (as). Ada juga yang menganggap Mefnetah - مفنتاح (1214-1224 SM) sebagai firaun pada zaman Nabi Musa (as).

Al-Quran memperkenalkan firaun sebagai raja yang zalim yang menganggap dirinya sebagai Tuhan rakyat Mesir. Dia menyewakan orang-orang Bani Israil yang telah menetap di Mesir semasa kenabian Yusuf (as), dan apabila para nabi mengatakan bahawa akan lahir seorang anak lelaki dari Bani Israil yang akan membinasakan firaun, firaun memerintahkan untuk membunuh anak-anak Bani Israil.

Walau bagaimanapun, firaun bersama isterinya, Asia, tampa disadari oleh mereka mengambil Musa sebagai anak angkat dan memeliharanya bersama mereka sehingga Musa berusia belia.

Firaun bukanlah seorang yang menyembah Tuhan, bahkan dia pembunuh orang yang menentangnya dalam pelbagai cara; Di antaranya ada yang mereka dipenjarakan atau diseksa, ada yang pernah firaun pukul lawannya ke tanah dengan paku dan membiarkan mereka mati.

Apabila Musa mencapai kedudukan nabi, beliau (as) ditugaskan untuk mengajak firaun menyembah Tuhan. Setelah mendengar kata-kata Musa dan bahkan melihat mukjizatnya, firaun memanggil Musa sebagai pendusta dan memintanya untuk bersaing tanding dengan ahli sihir terkemuka Mesir.

Pertandingan antara ahli sihir Mesir dan Nabi Allah Musa (as) telah diadakan pada hari raya Mesir; Selepas melihat mukjizat Nabi Allah Musa (as), ahli sihir menerima bahawa apa yang Musa lakukan bukanlah sihir. Tetapi firaun tidak menerima dan memerintahkan untuk menyeksa ahli sihir Mesir.

Nabi Allah Musa (as) meninggalkan Mesir pada waktu malam bersama orang-orang beriman, manakala firaun dan tenteranya mengejar kumpulan mukmin Nabi Musa (as).

Apabila mereka sampai ke laut, Nabi Musa (as) memukul laut itu dengan tongkat dan air laut terbelah untuk kumpulan Nabi Musa (as) menyeberang dicelahnya, tetapi apabila firaun melintasi celah itu, kedua belah laut itu kembali bersatu dan celah itu hilang dan golongan firaun tenggelam.

Di dalam Al-Quran disebutkan bahawa firaun beriman kepada Tuhan ketika lemas dalam laut, walaupun imannya tidak diterima pada saat itu, tetapi Allah berkehendak tentang jenazahnya masih ada untuk dijadikan pengajaran bagi generasi akan datang.

captcha