IQNA

Kedudukan wanita dalam teks agama

18:36 - May 22, 2023
Berita ID: 3102622
TEHRAN (IQNA) - Dalam teks Islam, perhatian khusus telah diberikan kepada maruah perempuan, dan menarik bahawa banyak hadis mengenai kedudukan tinggi perempuan dicetuskan oleh Nabi Islam (SAW), kerana terdapat konflik dan pandangan yang salah terhadap wanita pada zaman jahiliah - di waktu nabi (SAW) diutus.

Hazrat Masumah (as) adalah salah seorang wanita yang paling bangga dalam sejarah Islam yang menggambarkan aspek yang berbeza sebagai seorang wanita yang dicontohi; beliau seorang gadis yang berilmu, berakhlak mulia dan solehah, dan di sisi lain, beliau mempamerkan aktivisme politik dan sosial seorang wanita Islam semasa perjalanannya dari Madinah ke Khorasan - Iran.

Wajah berseri ini akhirnya wafat dalam perjalanan ke Qom; Ulang tahun kelahiran wanita mulia ini dinamakan sebagai "Hari Anak Perempuan" - "Hari Gadis" dalam kalendar Republik Islam Iran.

Di kesempatan ini, dalam temu bual dengan Zahra Fakhrohani (زهرا فخرروحانی), seorang profesor universiti dan pakar agama, wartawan IQNA telah membincangkan bersama beliau beberapa isu tentang wanita, petikan yang kita baca di bawah;

Pandangan agama mengenai anak perempuan, kita mempunyai beberapa hadis yang menyenaraikan tentang memiliki anak perempuan sebagai rahmat Allah  SWT; Nabi (SAW) bersabda, yang bermaksud; "Bahawa anak perempuan adalah sumber keberkatan",  "Seseorang yang mempunyai anak perempuan, Allah akan menjadi penolong dan pembimbingnya, dan rahmat dan keampunan Allah akan menutupi keadaannya", "Setiap hari 12 rahmat Allah akan turun ke atas rumah yang didiami anak-anak perempuan, dan rumah itu dikunjungi oleh malaikat, dan malaikat mencatat pahala satu tahun ibadat untuk bapa gadis-gadis itu setiap hari dan malam di catatan buku amalanya".

Nabi SAW juga bersabda, yang bermaksud; bahawa gadis-gadis yang dididik dengan baik akan jadi bekalan pahala yang kekal untuk ibubapanya, orang yang mempunyai seorang anak perempuan, anak perempuan ini lebih baik baginya daripada seribu haji dan seribu jihad di jalan Allah, dan lebih baik daripada seribu ekor unta dan seribu pesta memberi makan tetamu, seorang lelaki yang mempunyai tiga anak perempuan, Allah telah menghapuskan tanggungjawab Jihad dan tugas-tugas yang berat dari bahunya, dan nabi juga bersabda; bahawa anak-anak kamu yang terbaik adalah anak perempuan kerana mereka sumber cinta dan kelembutan dan mereka menyantuni kamu."

Hadis-hadis ini menunjukkan bahawa perhatian khusus telah diberikan kepada martabat anak-anak perempuan dalam teks-teks agama, yang  menarik bahawa semua hadis ini dikeluarkan oleh Nabi (SAW), kerana pada zaman Nabi, terdapat konflik dan pandangan yang salah mengenai anak perempuan. 

Terdapat banyak perbezaan antara jantina perempuan dan lelaki, dan Allah menasihati Rasul-Nya untuk meninggikan darjat kanak-kanak perempuan supaya kekotoran jahiliah dihilangkan. 

Allah menurunkan Surah Kauthar yang diberkati dan memanggil Fatimah Az-Zahra binti Muhammad (SAW) sebagai Kauthar (کوثر) yang bermaksud "Khair Kathir" (خیر کثیر) - "kebaikan yang banyak" supaya Allah melimpahkan setiap selawat kepada NabiNya melalui saluran gadis ini, dan kebajikan yang banyak itu akan berlipat ganda hingga hari kiamat.

*Hazrat Fatimah Masumah saudari imam Ali Ar-Redha - Cucu perempuan Imam Jaafar al-Sadiq as, putri  Imam Musa bin Jaafar yang telah diberkati oleh Allah SWT, pembukti kedudukan tinggi keruhanian suci ilmu Ilahi yang juga dipancarkan untuk umat manusia yang menjalin cinta ilahi melalui para wali Nya dari kalangan keturunan suci baginda Rasulillah (SAW), yang mempunyai makam di kota Qom, menjadi pusat ziarah para pecinta Allah dan keluarga NabiNya; menziarahi beliau sama dengan menziarahi Hazrat Fatimah Az-Zahra (sa).

captcha