IQNA

Kepentingan privasi dalam Islam

18:09 - July 12, 2023
Berita ID: 3102856
TEHRAN (IQNA) - Privasi atau wilayah kesucian dan kehormatan pribadi seseorang dalam Islam adalah infrastruktur atau asas bangunan kepribadian yang serius dan tidak boleh diabaikan untuk pertumbuhan kerohanian, pendidikan dan pembinaan masyarakat, yang diberi perhatian khusus dalam Islam.

Kita boleh menganggap kerja, status dan pemikiran seseorang sebagai sebahagian daripada privasi atau wilayah rahsia peribadi, dan tidak dibenarkan memasuki kawasan ini atau mendedahkan mana-mana daripadanya. Tetapi apabila kerja, status dan pemikiran orang adalah sebahagian daripada wilayah umum (awam) maka di manakah sempadan antara kedua-dua privasi ini; sama ada privasi sosial atau bukan sosial.

Privasi sosial bermaksud bahawa ketiga-tiga ini (kerja, status dan pemikiran) direalisasikan atau muncul dalam masyarakat, dan privasi  bukan sosial ialah kerja atau status atau pemikiran seseorang itu sedemikian rupa disembunyikannya sehingga tidak ada sesiapa kecuali dirinya yang mempunyai akses kepadanya dan ini adalah sebahagian daripada privasi itu sendiri.

Kita boleh membahagikan kerja seseorang dalam komuniti sosial kepada dua kategori;

Satu adalah kerja sedemikian rupa ditutup oleh pemiliknya sehingga beberapa aspek kerja sahaja dapat didedah oleh orang lain dan pemilik kerja menyimpan rahsia sebahagian aspek lainnya. 

Jika percubaan dibuat untuk mendedahkan maklumat aspek tersembunyi itu, maka pendedahan ini adalah yang disebut "pencerobohan privasi".
  
Yang dimaksudkan dengan aspek tersembunyi ialah aspek-aspek yang ingin dirahsiakan oleh seseorang, bukan untuk mendedahkannya; Lebih-lebih lagi jika dengan mendedahkan aspek-aspek kerja yang dilakukan ini, masyarakat akan berubah dan watak seseorang itu akan tercalar.

Dalam kes ini, walaupun kerja ini berlaku dalam masyarakat, ia harus dianggap sebagai privasi; apabila kerja dilakukan secara terbuka dalam masyarakat, tetapi ia secara semula jadi dirahsiakan dalam beberapa aspeknya. 

Kategori kedua ialah perkara yang semua arahnya tidak mungkin disembunyikan.

Di samping kedua-dua ini, terdapat tugas yang bukan sahaja berkaitan dengan perseorangan, tetapi juga berkaitan dengan orang-orang di sekelilingnya, yang merupakan contoh jelas dalam kategori ini adalah wilayah keluarga. Jika kita mengambil persekitaran keluarga sebagai privasi antara dua kedudukan privasi iaitu privasi individu murni dan juga privasi sosial murni, maka kedudukan wilayah keluarga boleh ditafsirkan sebagai privasi separa sosial.

Privasi kerja yang berkaitan dengan ruang keluarga ini mempunyai dua bentuk; satu bentuk persekitaran keluarga, yang sama sekali bukanlah wadah sosial dalam erti kata rahsia keluarga sama sekali tidak boleh didedah bagi masyarakat luar, apabila terjadi pendedahan dalam erti masuk ke dalam situasi keluarga ini adalah pencerobohan privasi jika ia disembunyikan oleh keluarga itu.

Setiap perkara yang disembunyikan entah bagaimana menunjukkan minat seseorang untuk menyembunyikannya; Sama ada ia adalah alasan untuk menutupnya, oleh sebab ini seseorang tidak sepatutnya berusaha untuk membuka apa yang disembunyikannya, jika ada useha kearah pendedahannya, maka dianggap sebagai pelanggaran privasi; Kerana ia mendedahkan rahsia seseorang kepada isu yang diingini oleh pemilik privasi untuk disembunyikan.

Dengan kenyataan ini, kita dapat tahu apa yang dimaksud dengan kriteria privasi, dan jika ada yang mencuba memerhati dan pergi ke arah perkara rahsia orang dianggap sebagai pelanggaran privasi; Kerana ia ingin mendedahkan rahsia seseorang kepada isu yang ingin disembunyikan oleh pemilik privasi.

Pada dasarnya, pendedahan perkara yang berkaitan dengan privasi bagi sesetengah orang tidak boleh menjadi lesen untuk meneruskan melanggar privasi ini; Kerana pelanggaran ini memberitahu anda tentang situasi yang ingin dirahsiakan oleh orang itu, dan secara semula jadi, jika ia telah didedahkan kepada sesetengah orang, dia mahu skop pendedahan ini tidak meningkat. Oleh itu, di sini pencerobohan privasi masih tetap boleh dicadangkan dan diminta untuk diberhentikan.

Privasi mutlak bermaksud tersembunyi sepenuhnya; Iaitu, ia adalah peribadi sepenuhnya; Jika perkara yang benar-benar peribadi ini didedahkan kepada sesetengah orang, sehingga menjadi rahsia umum; Tetapi bagi anda yang menuju ke arah itu, ia masih privasi; Kerana kriteria peribadinya adalah benar tetap perlu anda jaga, dalam kes ini, privasi menjadi relatif dipertimbangkan.

Walau apa pun, jika ada percubaan mengakses hal ehwal peribadi adalah dianggap pelanggaran privasi; Sama ada ia sudah didedahkan kepada sesetengah orang atau tidak, dalam erti kata lain, larangan melanggar privasi adalah berdasarkan hukum haramnya tersendiri dan tidak boleh dipintas dengan alasan dan apa cara sekalipun.

*Petikan daripada kata-kata Ahmad Mubalighi (احمد مبلغی), seorang profesor fiqh dan usul pelajaran tinggi (Bakhthul Khaarij) Hauzah Qom.

captcha