IQNA

Zakat dalam Islam / 1

Zakat dalam agama-agama samawi kuno

14:53 - October 12, 2023
Berita ID: 3103288
ZAKAT (IQNA) - Zakat dalam terminologi Syariah bermaksud kewajipan membayar sejumlah harta tertentu yang telah mencapai ukuran - nisab wajib Zakat. Undang-undang Zakat bukan hanya khusus ada dalam Islam, tetapi juga ada dalam agama-agama terdahulu.

Zakat dan solat adalah perkara bersama bagi semua agama samawi.

Nabi Isa (as) sejak dalam buaian berkata: 

وَجَعَلَنِى مُبَارَكًا أَيْنَ مَا كُنتُ وَأَوْصَـٰنِى بِٱلصَّلَوٰةِ وَٱلزَّكَوٰةِ مَا دُمْتُ حَيًّۭا ٣١
"Dan Ia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada, dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup". (Qs, Maryam 19:31).

Nabi Musa (as) berkata kepada Bani Israil:

وَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱرْكَعُوا۟ مَعَ ٱلرَّٰكِعِينَ ٤٣
 “Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk". (Qs, Al-Baqarah 2:43).

Al-Quran berkata tentang Hazrat Ismail (as):

وَكَانَ يَأْمُرُ أَهْلَهُۥ بِٱلصَّلَوٰةِ وَٱلزَّكَوٰةِ وَكَانَ عِندَ رَبِّهِۦ مَرْضِيًّۭا ٥٥
 "Dan adalah ia menyuruh keluarganya mengerjakan sembahyang dan memberi zakat, dan ia pula adalah seorang yang diredhai di sisi Tuhannya!". (Qs, Maryam 19:55).

Juga dikatakan tentang semua nabi-nabi Allah:

وَجَعَلْنَاهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا وَأَوْحَيْنَا إِلَيْهِمْ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ وَإِقَامَ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءَ الزَّكَاةِ ۖ وَكَانُوا لَنَا عَابِدِينَ
“Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua ikutan, yang memimpin (manusia ke jalan yang benar) dengan perintah Kami, dan Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan, dan mendirikan sembahyang, serta memberi zakat; dan mereka pula sentiasa beribadat kepada Kami". (Qs, Al-Anbiyaa' 21:73).

Menurut ayat;

وَمَآ أُمِرُوٓا۟ إِلَّا لِيَعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ حُنَفَآءَ وَيُقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤْتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ ۚ وَذَٰلِكَ دِينُ ٱلْقَيِّمَةِ ٥
 "Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Agama yang benar". (Qs, Al-Bayyinah 98:5).

Zakat telah menjadi gandengan dan tandingan solat dalam seluruh ajara agama-agama langit.

Allahyarham Allamah Tabatabai berkata dalam perbincangan tentang zakat: "Walaupun tidak ada sejarah undang-undang sosial dalam bentuk selengkap yang dibawa oleh Islam, tetapi asal isu zakat bukanlah hanya sebagai inisiatif Islam sendiri. Kerana sifat fitrah manusia dapat memahaminya meski secara ringkas atau garis besarnya sahaja. Oleh itu, dalam tradisi keagamaan sebelum Islam dan undang-undang Rom kuno, kita boleh melihat beberapa perkara tentang pengurusan komuniti, dan boleh dikatakan bahawa tidak ada bangsa atau negara dalam mana-mana zaman, kecuali hak kewangan dipatuhi untuk pengurusan masyarakat, kerana masyarakat, apa pun keadaannya, memerlukan perbelanjaan kewangan dalam kebangkitan dan pertumbuhannya".

*Diambil dari kitab "Zakat", karangan Muhsin Qaraati.

captcha