Laporan IQNA, memetik perhubungan awam Forum Penghampiran Agama Islam Dunia «مجمع العالمیة التقریب مذاهب الاسلامی»; Maulana Azmi Abdul Hamid «مولانا عزمی عبدالحمید», ketua Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), pagi Ahad ini, 14 Januari, pada persidangan antarabangsa "Badai Al-Aqsa «طوفان الاقصی» dan Kebangkitan Hati Nurani Manusia", merujuk kepada "muqawamah negara Palestin" menegaskan: Pertama sekali, rakyat Palestin ingin membebaskan diri mereka daripada penjajahan Zionis, dan pendirian yang tertindas menentang penindas (zalim), dan sebenarnya, perjuangan rakyat Palestin adalah konfrontasi antara keadilan dan ketidakadilan.
Beliau menambah: Badai Al-Aqsa adalah hasil daripada 75 tahun pendudukan Zionis, yang mengubah peraturan interaksi dan mendedahkan wajah sebenar Israel dan menentang normalisasi hubungan dengan Zionis.
Merujuk kepada kesan Badai Al-Aqsa terhadap maruah dan hati nurani manusia, Azmi Abdul Hamid menyatakan bahawa protes berleluasa penduduk dunia dan kebangkitan manusia di peringkat global adalah akibat daripada Badai Al-Aqsa ini.
Pada akhirnya, beliau menyatakan bahawa mekanisme Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Majlis Keselamatan harus ditakrifkan semula dan hati nurani manusia harus ditakrifkan semula dalam rangka kerja penentangan atas kezaliman dalam organisasi ini.
Pemikir India: Pilih antara kemunafikan dan muqawamah
Salman Nadvi, seorang pemikir India, turut menghadiri persidangan ini dan menyatakan: Kami telah berkumpul hari ini dalam persidangan besar ini mengenai Masjid Al-Aqsa, Quds Syarif, Gaza dan Palestin.
Merujuk kepada mikraj «معراج» Nabi (SAW) pada tahun ke-10 Hijriah, beliau menganggap peristiwa ini sebagai perutusan untuk semua manusia dan menyatakan: Nabi (SAW) adalah hujjah bagi semua manusia.
Dalam sambungan ucapannya, pemikir India ini menunjukkan perjuangan bangsa Palestin dan penentangan terhadap rejim Zionis di Gaza dan berkata: Hari ini, orang-orang Palestin yang sangat gagah berani telah bangkit untuk binasakan Zionis, dan insya-Allah, mereka akan menang.
Bercakap kepada negara-negara Arab di rantau ini, beliau menjelaskan: Anda sama ada perlu berdiri di sebelah kemunafikan dan kekufuran dan rejim Zionis, atau anda perlu berdiri di sebelah Islam dan pejuang muqawamah Iman Islamiah.
Nadvi menambah: Kawasan ini suatu hari nanti akan menjadi tanah perkuburan orang Amerika dan sekutu Zionis nya, dan Hamas, Jihad dan pertahanan Islam akan mencapai kemenangan.
Sambil menegaskan bahawa Zionis telah gagal di Gaza, beliau berkata: Itulah sebabnya mereka membalas dendam terhadap wanita dan kanak-kanak kerana mereka marah dengan kekalahan besar yang mereka alami. Kita telah melihat keajaiban dari hari pertama dan kemenangan terakhir pasti akan datang.
Persidangan antarabangsa pertama "Badai Al-Aqsa dan kebangkitan hati nurani manusia" bermula pagi Ahad ini, 14 Januari, di Dewan Darya Nur hotel Parsian Isteqlal «دریای نور هتل پارسیان استقلال» di Tehran dengan kehadiran lebih daripada seratus ulama terkemuka dunia Islam dengan bertujuan untuk menjelaskan Jihad penduduk Gaza. Penceramah khas persidangan antarabangsa ini ialah Hjjatul-Islam Syed Ibrahim Raisi «حجةالاسلام سید ابراهیم رییسی» presiden negara Republik Islam Iran.
4193836