Boleh dipastikan semua manusia punya kepercayaan terhadap "Doa", baik ia beragama atau tidak beragama, sebagai pengungkap keperluan, tekanan, derita, cita-cita dan bahkan cinta kasih, kebahagiaan dan rasa bersyukur, atau penceritaan untuk menarik perhatian wujud yang diminta perhatiannya. Doa dalam erti sekata iaitu sebanding dengan kata "memanggil", sejak manusia lahir, dengan tangisan ia berteriak "memanggil"; seakan tidak mahu pisah dari ibu yang melahirkannya; ini adalah terjemahan yang paling dekat untuk tangisan bayi yang baru keluar dari rahim ibunya, memulai hidup dengan "Doa".
Makna literal dan idiomatik doa
Perkataan "دعاء " "doa" asal bahas Arab, secara literal berasal daripada perkataan "دعو" "dawu", bermaksud "mencondongkan sesuatu ke arah diri sendiri dengan bunyi dan ungkapan." Berdasarkan ini, inti dari "doa" adalah memanggil dengan suara dan kata-kata, dan secara istilah, ia adalah permintaan kepada Allah yang digabungkan dengan penyerahan dan permohonan kehambaan kepadaNya.
Berdoa dianjurkan oleh semua ajaran Agama, khususnya ajaran Agama Islam "Doa" sebagai anjuran utama dan memberi kedudukan yang rapat kehambaan makhluk dengan Tuhan - khaliknya, dan mempunyai banyak fadhilat serta merupakan ibadah yang paling tinggi. Meninggalkan doa adalah diharamkan kerana sombong dan salah satu dosa besar.
Menurut ucapan masyhur; "doa dalam solat jenazah adalah wajib bagi orang beriman selepas Takbir ketiga dan untuk jenazah selepas takbir keempat". Walau bagaimanapun, terdapat banyak kelebihan doa, dan untuk ringkas, kami hanya menyebut secebis daripadanya.
Imam Khomeini (ra) menganggap doa sebagai perhatian kepada zat suci yang memenuhi keperluan manusia, seperti keperluan kewujudan dan kesempurnaannya, sama ada perhatian ini bersifat intrinsik - batin atau secara zahir.
Merujuk kepada sebuah riwayat*, Imam Khomeini (ra) menganggap kebenaran doa adalah sebagai ibadah yang sama berkesan memberi cahaya kepada seseorang dengan memutuskan hatinya daripada orang lain, berusaha fakus untuk menarik perhatian dan hanya takut kepada Allah serta menjadikan dia boleh mendapat syafaat untuk diselamatkan daripada api dan azabNya.
Imam Khomeini (ra) menganggap doa membuka jalan bagi manusia ke darjat tinggi ketuhanan.
Imam Khomeini (ra) percaya bahawa Al-Quran dan doa tidak terpisah antara satu sama lain, sebagaimana Nabi (SAW) tidak terpisah daripada Al-Quran, dan doa Ahlulbayt maksumin Nabi (SAW) dalam bahasa Al-Quran dan tafsirannya.
Menurut Imam Khomeini (ra), ilmu makrifat yang ada dalam doa para maksumin Ahlulbayt Nabi (SAW) mungkin tidak terdapat dalam hadis, kerana audiens/mukhatab hadis adalah orang awam/khalayak manusia, dan sejauh mana kefahaman mereka perlu dihormati dalam ucapan, tindakkan dan taqrirr mereka (as), tetapi dalam doa, audiens/mukhatab adalah Tuhan.
Menurut kepercayaan Imam Khomeini (ra), doa para maksumin Ahlulbayt Nabi (SAW) adalah sebagai Al-Quran yang naik, dan seperti Al-Quran, ia mempunyai ilmu yang tinggi, tetapi bahasa Al-Quran berbeza dengan doa, kerana Al-Quran mengandungi semua kebenaran yang dalam banyak kes, ia dinyatakan secara rahsia yang tidak dapat dicapai oleh orang biasa (tidak semua manusia boleh mencapai kefahamannya yang tinggi dari kalamullahajid), tetapi doa Ahlulbayt Nabi (SAW) mengandungi kesadaran terhadap kebenaran yang boleh dicapai secara mendalam oleh wujud kehambaan setiap diri hamba (makhluk) Nya seperti kita-kita ini - (tentu mustahil diperoleh teks Doa-doa ini selain daripada insan maksum (as)).
Contoh doa Syabaniyah atau dikenal dengan "Munajat Syabaniyah" «مناجات شعبانیه» mengandungi banyak masalah yang telah diberikan oleh ahli tasawuf dalam kitab mereka dan sebenarnya ahli tasawuf Islam semua menggunakan doa tersebut*.
Contoh lain Doa Sahar «دعاء السحر » yang dianjurkan membacanya pada waktu Sahur Bulan Ramadhan; paling terkenal doa ini diriwayatkan oleh Imam Redha (as) daripada Imam Baqir (as) dan Seyyed bin Tawus dalam kitab Iqbal al-Amaal menyampaikan dokumen doa ini dan Syaikh Abbas Qomi dalam Mufatih al-Jinnan telah meriwayatkan doa ini.
Link Audio bacaan doa Sahar: https://erfan.ir/files/sound/mafatih/69_Sahar-Mosavi-Qahar.mp3
Menurut Imam Khomeini, doa para maksumin Ahlulbayt Nabi (SAW) dikeluarkan dalam keadaan "terjaga" selepas "kepupusan" apabila mereka melihat diri mereka berada di hadapan kebenaran mutlak Tuhan Yang Maha Berkuasa, dan beberapa orang jahil telah menyangka bahawa doa para maksumin Ahlulbayt Nabi (SAW) adalah untuk ritual dan mengajar orang lain, tentu ini tidak berlaku, sebab mereka (as) berdiri di hadapan keagungan kebenaran dan mengucapkan doa-doa ini; bukan berlakon, jauh dari realitinya.
*Khomeini, Ruhollah, Kuliah Falsafah Imam Khomeini, jld.3, ms. 271-270, Tehran, Institut Penyuntingan dan Penerbitan Karya Imam Khomeini, 1385HS.
*Doa Syabaniyah adalah salah satu Doa Ahlulbayt Nabi (SAW) di bulan Syaban, yang diriwayatkan dari Imam Ali bin Abi Talib (Imam pertama). Doa ini terkenal kerana mempunyai tema mistik dan Syaikh Abbas Qomi (penyusun kitab Doa Ahlulbayt Nabi (SAW) -Mafaatihul Jinan) juga telah menganjurkan membacanya di selain bulan Syaban, (Tentu Ramadhan adalah juga waktunya yang terbaik untuk membaca doa ini).
**Siri Peluang ibadah (Doa) di bulan Ramadhan - kajian Sekhah Al-Idrus; Study Program Muslim Thought (Ph.D) at Al-Mustafa International University, Republik Islam Iran.